Tuesday 14 July 2015

hidup terus hidup

Sengaja mahu kongsi kepayahan untuk meneruskan kehidupan. Namun hidup terus hidup.Permandangan yang biasa dilihat bagi yang berulang alik ke Kapit Sarawak. Atau yang berpeluang bertembung dengan badang-badang sado ini.
     Bayangkan memikul motor yang masih dibalut dengan plastik dan pergerakan melintas sungai yang dalam dan deras.
     Langsung tidak boleh melakukan sebarang kesilapan untuk rezeki sesuap nasi.






 Lebih menarik bila berlaku bencana alam. Pilot berdepan dengan ribuan kayu-kayu dan balak yang bergelimpangan di permulaan sungai. Perjalanan wajib diteruskan. Tugas tetap diutamakan. Kental hidup demi kelangsungan rezeki. Demi keperlauan ulang alik ke kota dan desa.

Bukan hanya di Sarawak atau di Malaysia. Ianya menjangkau seluruh kehidupan di dunia ini. Keperluan saling membantu. Namun kita hanya diwadahkan dengan gambar-gambar yang turut saya kongsi ini.















Hidup terus hidup

Negara Maju juga tidak lari dari kesesakan. Masalah yang boleh dijadikan pedoman untuk Malaysia melaksanakan perancangan bandar yang sempurna.