Saturday 28 December 2013

KONFRONTASI MALAYSIA-INDONESIA 1963 & HARI INI


 
Banyak Orang yang tahu dan ramai yang tidak tahu sejauh mana besarnya pengorbanan ini.

Apakah sekadar serupa cerita Jamudul Kiram Sulu ke Lahad Datu dan cuba peranggi Angkatan Tentera Malaysia.
Banyak versi yang bercerita.

Minggu akhir tahun 2013 ni banyak habiskan masa di KL, Melaka, Seremban dan sudah pasti Selangor juga. Macam-macam kerja kena selesaikan dan menyertai jugak sesi ilmu dengan rakan-rakan penulis.

Yang Bestnya cerita Konfrantasi Indonesia-Malaysia. Kalau bicarakan hari ini seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Tapi kenapa ingin diceritakan dalam penghujung tahun 2013 ni. Semata-mata satu cerita menarik yang telah ditemui. Dari cucu seorang tentera Indonesia yang menusuk masuk waktu Konfrantasi. Datuknyapun sudah meninggal.

Datuknya dulu tentera Indonesia datang untuk menyerang Malaysia. BESAR BUNYINYA ITU. Sempat atau tidak untuk berperang? Bila tentera terjah masuk ke kampung Melayu kebetulan orang kampung sedang buat bubur Syura. Maka dipelawalah semua tentera Indonesia menjamu bubur syura. Sehingga habis bubur syura tu. Lebih menarik orang kampung dengan bantuan tentera Indonesia masak semula bubur syura tu sebab ramai lagi rakan-rakan yang lain kelaparan. Memang kelaparan sebab sudah hampir 2 minggu lebih bersedia dalam paya bakau  di sebelah Selangor tu untuk menunggu order menyerang. Bila dapat makan maka habis dipanggil keluar untuk makan.

Tentera Indonesia dimaklumkan yang pasukannya akan berhadapan dengan tentera Malaysia mempertahankan sepanjang pantai Malaysia. Tapi yang sebenarnya orang kampung tidak pernah tahu yang tentera Indonesia akan menyerang. Sebab waktu itu sudah ramai orang Indonesia yang berhijrah dan tinggal di pinggir pantai dengan aman damai. Kehidupan yang selesa di Malaysia.

Akhirnya semua Tentera Indonesia pasukan datuk kawan saya ni meletak senjata dalam diam dan tinggal di perkampungan itu. Hinggalah ke hari ini. Malahan orang kampung sebenarnya menjangkakan mereka (Tentera Indonesia) memang datang untuk bekerja di Malaysia. Lagi satu orang kampung tepi pantai itu juga sebahagian besarnya memang orang asal Indonesia yang sudah tinggal lebih dari 50 tahun di situ. Malahan masih punya saudara-mara mereka di Indonesia dan masih berhubung. Jadi mereka sedikitpun tidak gentar dengan Tentera Negara Mereka juga.

Tapi semua ini berbeza dengan apa yang berlaku di Sabah dan Sarawak.



Batu asas di Tugu Peringatan Kalabakan bagi memperingati perajurit yang telah terkorban ini telah diletakkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia pada 2 Disember 1966.
Umum mengetahui bahawa Konfrontasi Indonesia dan Malaysia bermula apabila Presiden Sukarno melancarkan Gerakan Ganyang Malaysia yang sememangnya menjejaskan keselamatan Negara Malaysia pada ketika itu. Pada 20 Januari 1963 pula, sebuah perhimpunan telah diadakan oleh pihak Indonesia dan Menteri Luar Indonesia pada masa itu, Dr. Subandrio telah mengisytiharkan konfrontasi terhadap Malaysia. Sebagai akibatnya pula, Kepala Staf Strategik Angkatan Darat Indonesia, Jeneral Achmad Yani telah menasihati Presiden Sukarno agar tidak terus melancarkan konfrontasi dengan Malaysia kerana ini akan menyebabkan pihak tentera 
4 batang pokok payung yang telah ditanam di Tugu Peringatan Kalabakan dan telah disempurnakan oleh Sultan Kedah selaku Kolonel YDP Rejimen Askar Melayu Diraja, Sultanah Kedah, TYT Sabah dan isteri TYT Sabah pada 6 April 2005.
British dan Australia terlibat konflik dengan Tentera Nasional Indonesia (TNI). Walaubagaimanapun, Presiden Sukarno menyifatkan nasihat itu sebagai membelakangi arahannya.

Dalam usaha Presiden Sukarno menggulingkan penubuhan Malaysia, beliau juga telah memulaukan Laporan Suruhanjaya Cobbold yang ditugaskan pada tahun 1962 yang bertujuan untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak terhadap penubuhan Malaysia. Konfrontasi Presiden Sukarno telah berubah dari perang mulut sehingga membawa kepada konfontasi ketenteraan.




Batu asas di Tugu Peringatan Kalabakan
KONFLIK INDONESIA-MALAYSIA BERMULA DENGAN TEMBAKAN PERTAMA.

Tembakan pertama yang memulakan perang gerila di sempadan Sarawak – Kalimantan yang berakhir dari 1963 sehingga 1966 dilepaskan pada 12 April 1963 di dalam pos polis yang terletak di Tebedu yang terletak 40 kilometer dari Kuching. Tembakan pertama dalam konflik ini telah membunuh seorang anggota polis yang berpangkat Korperal iaitu, Korperal John Remek yang pada ketika itu sedang menjalankan tugas di dalam “Charge Room” setelah menggantikan seorang lagi anggota polis yang bertugas. Beliau merupakan perajurit pertama yang gugur di dalam serangan pertama di Sarawak oleh pihak Indonesia.

Korporal John Remek telah diserang hendap oleh pasukan penyerang Tentera Nasionalis Indonesia yang meluru masuk ke dalam balai polis tersebut. Korporal John Remek telah ditembak bertubi-tubi sehingga meninggal dunia pada jam 0200 pagi dan pada tarikh itu, 12 April 1963 turut merupakan hari Good Friday. Menurut siasatan yang dijalankan, para penyerang ini telah lama memerhatikan Balai polis Tebedu ini dalam sesuatu tempoh dan ada di antara mereka telah berpura-pura menjadi peniaga yang mencari rezeki di pasar yang berdekatan kerana Tebedu merupakan salah satu tempat perniagaan di antara peniaga Indonesia dan peniaga tempatan utk mencari rezeki. Dengan berpura-pura menjadi peniaga sehingga bertahun-tahun lamanya, kegiatan pasukan penyerang ini tidak akan disedari oleh pihak keselamatan (Security Forces). 

4 batang pokok payung yang telah ditanam di Tugu Peringatan Kalabakan dan telah disempurnakan oleh Sultan Kedah selaku Kolonel YDP Rejimen Askar Melayu Diraja, Sultanah Kedah, TYT Sabah dan isteri TYT Sabah pada 6 April 2005.

Di dalam serangan ke atas Balai Polis Tebedu tersebut, bilik senjata polis juga telah dicerobohi oleh penyerang tersebut. Senjata api dan amunisi-amunisi turut dilarikan oleh mereka. Selain itu, mereka juga melepaskan tembakan ke arah berek polis dan mencederakan seorang konstabel polis (PC) di lengan kanannya dan turut mencederakan seorang anggota polis yang berpangkat Korporal di telinga dan peha kanannya. Para penyerang Berjaya melarikan 13 laras senapang, 2 laras Sterling 9mm Sub Machine Gun (SMG), sepucuk revolver, selaras Bren Gun, selaras Greener Gun, 3 laras senapang patah, sepucuk Verey Light pistol dan 85 butir peluru pelbagai jenis. Sebelum meninggalkan balai polis tersebut, penyerang-penyerang tersebut turut meninggalakn beberapa keeping gambar tentera dari Tentera Nasionalis Kalimantan Utara (TNKU) dan satu ‘shoulder patch’logam yang tertulis “TNKU” dan “BAT-X” sebagai bukti kehadiran mereka.

Serangan kedua oleh para militant TNKU berlaku pada 27 April 1963. Sebuah lagi Balai Polis di Tebedu telah dijadikan sebagai sasaran dan kali ini, para penyerang hanya terdiri daripada Sembilan orang penyerang sahaja. Para penyerang bertindak dengan melepaskan tembakan yang bertubi-tubi dengan senjata automatic yang dipercayai dilakukan pada jarak kurang daripada 100 ela ke 200 ela. Namun begitu, para penyerang kali ini berhadapan dengan pasukan komando British dari 40 Komando Marin Diraja (40th Royal Marine Commandos) dan Pasukan Polis Hutan (kini dikenali dengan Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia) yang mengawal seluruh perimeter balai polis tersebut dengan serta-merta membalas tembakan pihak musuh. Insiden tembak-menembak berlangsung selama lima belas minit tanpa korban pada kedua-dua belah pihak. Disebabkan oleh keadaan yang gelap-gelita pada ketika itu, pihak Pasukan Keselamatan tidak mengejar musuh tetapi sebaliknya, menunggu sehingga awal pagi pada keesokan harinya utk menjejaki para penyerang itu. Unit anjing pengesan atau Tracker Dogsturut dibawa masuk dari Kuching oleh pihak tentera British.

Salah satu insiden yang menyedihkan adalah serangan yang dilakukan di Gumbang, Bau, Sarawak. Kisah ini diceritakan oleh seorang ayah yang berasal dari Sidin, iaitu sebuah perkampungan kecil Indonesia yang terletak berhampiran dengan Gumbang, Bau. Beliau yang berasal dari Sarawak, telah Berjaya menyusup keluar ke sempadan Sarawak bagi mencari perlindungan untuk diri sendiri dan ahli keluarganya walaupun mereka telah menetap di Sidin selama 20 tahun pada ketika itu. Menurutnya, sebelum serangan di Gumbang, Bau dilancarkan oleh pengganas TNKU, mereka telah menghampiri anaknya dengan tujuan untuk memujuk dia bekerja sebagai ‘porter’ untuk membawa amunisi dan bekalan makanan kepada mereka. Namun begitu, anaknya telah enggan bekerjasama dengan para pengganas TNKU ini dan akhirnya, menyebabkan dirinya dibunuh oleh mereka dengan melepaskan tembakan dari peluru .303 lebih kurang 20 butir. Pembunuhan ini dilakukan di hadapan ahli keluarga mangsa. Bayangkan keadaan Si Ibu melihat anaknya dibunuh dengan matanya sendiri! Hanya Allah S.W.T yang tahu kepedihan ini.


Cerita dengan huruf senggeng ni - Petikan Facebook VAT 69 - Perjuangan Semalam



           Dari apa yang diperkatakan oleh Media Indonesia ternyata negara itu begitu takut dengan bayang-bayang sendiri. Apakah benar ada TNI yang jadi Askar Wataniah Malaysia. Jawapannya satu sahaja iaitu Media Indonesia membuat laporan dari sudut yang jahat. Laporan yang melaga-lagakan dua bangsa. Percayalah kalau British yang memerintah Indonesia maka semua orang Indonesia itu akan dipanggil Melayu sebagaimana di Malaysia. Tapi Indonesia dikuasai oleh Belanda. Maka hilanglah nama Melayunya.Begitu juga kalau Belanda yang menjajah Malaysia maka orang Malaysia juga akan dipanggil Indonesian.

 

Cuba kita dengar berita ini.
                                  

Thursday 12 December 2013

Syarikat roti Gardenia dan Menteri Besar Terengganu Ahmad Said

Mangsa Banjir Yang Tidak Di Dendang Mengucapkan Terima Kasih

 


       Bila banjir sudah pasti kita bayangkan rumah ditenggelami air dan harta benda yang rosak dan musnah. Gitu juga dengan kesukaran bila bantuan lambat tiba. Berbeza dengan perkataan bantuan tidak diterima. Kalau kita fikir secara rambangpun.
       Bila Banjir - Petugas dari serata pelusuk pun bersedia ke lokasi banjir. Air banjir naik dalam tempoh 2 hingga 3 jam sahaja di Chukai dan Kuantan. Cerita adik saya yang berada di pejabatnya lebih kurang 3 km dari rumah. Sampai di rumah terus kemas alatan rumah dan waktu kemas barangan tiba-tiba air sudah masuk ke dalam rumah. Tayar kereta di luar rumah sudah ditenggelami air sepenuhnya. Yang mana nak diselamatkan dulu. Jawapannya semua yang ada dalam rumah teres setingkat itu ditenggelami air. Bukan rumahnya sahaja malahan semua rumah yang ada di kawasan perumahan Bukit Mentok Chukai Kemaman. Satu Kawasan perumahan yang lebih besar keluasannya dari Kawasan Perumahan Bandar Tun Razak Cheras Kuala Lumpur.
        Hari ini juga jalan raya sesak sebab air melintasi jalan. Kereta tersesak-sesak. Bombapun terkandas dalam kesesakan jalan raya. Petugas di Chukai rumah mereka sama-sama ditenggelami air dan petugas dari daerah lain terkandas dalam kesesakan.
       Air Naik dengan cepat. Pukul 2.00 petang hampir seluruh kawasan di Bandar Chukai kemaman telah dinaiki air kecuali kawasan betul-betul di perbandaran untuk beli belah disekitar Perhentian Bas Chukai dan Kawasan sebelah Sekolah Kebangsaan Chukai hingga ke Jambatan Bukit Kuang.
       Perniagaan dan segala urusan di bandar Chukai Kemaman lumpuh dengan ditambah beban ketiadaan elektrik dan air. Stesen minyak semua tutup.

       Sangat tidak bijak kalau menyalahkan petugas dari kerajaan untuk itu dan ini pada hari pertama banjir.

Cerita kali ini masih lagi berkisar pada laluan ketika banjir dari Sungai Ular Pahang ke Chukai Kemaman pada 4hb Dis 2013. Bermula dari Sungai Ular jem teruk dan bermula di situ aku singgah dikedai untuk beli roti atau sedikit makanan yang boleh tahan lapar. Tapi sudah kehabisan.
        Ketika terkandas di Chendor memang hampir setiap kedai makan sudah kehabisan makanan yang dijual minuman panas sahaja. Makan minumpun tuan kedai kata dah tak larat nak masak dan bahan mentah kehabisan.
       Dekat R&R Cendor penuh dengan kereta yang terkandas dan bermalam di situ. Ketiadaan elektrik dan air menyebabkan semua kedai tutup. Kedai runcitpun hanya ada barangan yang tidak boleh di makan sahaja. Dalam jem yang teruk peluang keluar dari kenderaan dan mencari makanan di kedai memang amat perit. Bayangkan pada keluarga yang punya baby menangis dalam kereta.
      Saya tidak ada dilokasi kejadian Menteri besar Terengganu membahagikan roti Gardenia tapi teringin melengkapkan blog ini dengan cerita ini. Sebabnya hanya satu... turut merasai keperitan kelaparan sebab sudah berada dalam kenderaan sejak pukul 10.30 pagi dan kebetulan tidak makan pagi pada hari ini. Andaian untuk berhenti makan di perjalanan.
       Cerita MB Terengganu membeli keseluruhan roti dari dua buah lori Roti Gardenia betul-betul mencuit hati ini. Cukup mulia untuk seorang yang ada pengaruh dan kuasa menggunakan kesempatan tiba-tiba. Itu yang patut dilakukan oleh siapa-siapa sahaja yang berpengaruh bila berada di tengah-tengah kesulitan masyarakat.
       Aku bukan siapa-siapa dan bukan juga ahli mana-mana parti politik. Malahan aku kenal MB Terengganu cuma MB Terengganu memang tak kenal aku. Tulisan ini ikhlas dari mangsa banjir di jalan raya.



KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said melahirkan rasa terharu apabila pihak pengurusan syarikat roti Gardenia enggan menerima bayaran roti yang diagihkan kepada mangsa banjir yang terperangkap di negeri itu baru-baru ini.
Sebaliknya pihak pengurusan syarikat terbabit menganggap roti itu sebagai sumbangan mereka kepada mangsa banjir di negeri itu.
“Terima kasih kepada pengurusan Gardenia yang pada hari itu saya membuka lori untuk diagihkan (roti). Asalnya kita berbincang dengan driver, pada awalnya tidak berani tetapi saya cakap dengan pegawai pengurusan dia saya bersetuju untuk membayar harga roti tersebut. Apabila kita tulis surat untuk mendapatkan invois,pengurus dia kata ini sumbangan mereka untuk mangsa banjir yang terkandas. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada pihak Gardenia,” katanya.
Beliau yang ketika itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kemaman meminta dua pemandu lori Gardenia mengagihkan roti yang dibawa mereka kepada orangramai.


Lori terbabityang  turut terkandas ekoran banjir di kawasan Chendor, pada mulanya enggan membenarkan lori mereka dibuka .
Selepas berbicang dengan pengurus Gardenia di Kuala Lumpur, beliau kemudiannya membuka lori dan mengagihkanya kepada mangsa yang terperangkap.

Tindakan Ahmad itu turut dikongsikan mangsa banjir yang berada di tempat kejadian dan mendapat perhatian di media sosial.
Berita mula diterbitkan pada: Disember 12, 2013 06:50 (MYT)

 


 12.12.13

Friday 6 December 2013

Kuantan ke Kuala Terengganu 13 jam

Kuantan ke Kuala Terengganu 13 jam

Bandar Kuantan yang lengang pada Rabu 4 Dis 2013 jam 9.20 pagi

Bandar Chukai dari Udara.
Laluan Jakar - Balai Bomba ke
SMK Chukai (gambar dari FB)

Perjalanan yang panjang sebab kebiasaannya kalau berkerata 2 jam setengah atau 3 jam dan paling lambat dengan bas 4 jam je. Itu jarak masa perjalan dari Bandar Kuantan ke Kuala Terengganu.

Banjir besar melanda Kuantan. Hotel-hotel di bandar Kuantan pada 4 Dis 2013 tidak menerima tetamu. Walking Check In langsung tidak di terima. Segalanya berpunca bekalan elektrik dan air terputus.
Saya sudah berada di Kuantan sejak 3 Dis 2013
dan terpaksa pulang awal pada 4 Dis 2013. Banjir baru bermula tapi di Kuantan sebenarnya sudah kecoh dengan kehadiran banjir yang sangat besar. Isipadu air pada tahun ini cukup berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Malahan sepanjang hidup tidak pernah mendengar banjir sebesar ini di Kuantan.
 
Masjid di Bandar Pekan  Kuantan (gambar dari FB)
Bila hotel tidak menerima tetamu apapun yang berlaku maka perlu meneruskan perjalan balik ke Kuala Terengganu. Dalam keadaan biasa catatan perjalanan Kuantan ke Kuala Terengganu pasti tidak ada apa-apa yang sangat menarik untuk diperkatakan. Tapi dengan suasana minggu ini satu Malaysia memperkatakan tentang Kuantan dan Chukai Kemaman. Bayangkan sepanjang perjalanan dari bandar Kuantan ikut kawasan Perindustrian Semambu dan naik ke jalan utama ke Kuala Terengganu sebelum ambil susur dekat Balok Kuantan ke LPT.

Sebelum sampai ke Balok sebenarnya kereta sudah bortingkek-tingkek beratur samada berehat atau menunggu air banjir surut. ataupun tidak mahu meneruskan perjalanan dalam hujan lebat. Tandas Stesen Minyak Shell dekat Balok penuh dengan pengunjung. Memang beratur panjang hanya untuk masuk tandas.

Cabaran bermula bila naik ke LPT dari Tol Jabor ke Susur keluar Sungai Ular. Jarak yang pendek. 10 minit untuk hari biasa. Tapi kenderaan penuh berhenti di sepanjang jalan dan ada yang memandu melawan arus. Segala-galanya seperti tidak teratur.

Dari simpang Balok ke LPT dah jumpa satu tempat dinaiki air. Tahun lepas kawasan ni sangat rendah tapi selepas dibaiki tinggi masih jugak naik air. Jalan dekat pembuangan sampah tu. Namun mudal melepasi kawasan ini. Kereta kancilpun boleh lepas. Tq kerajaan sebab dah tinggikan jalan kawasan ni.
Tapi kenderaan tetap bersesak-sesak untuk melepasi kawasan ini jugak. Dengar cerita kawasan surau dekat tol Jabor penuh dengan kenderaan. Lebih perik laluan ke Jabor ikut highway Sungai Besi dah dinaiki air. Hanya tinggal jalan LPT yang boleh dilalui.
Bersedia nak rentas air.. Banyak kereta tak berani

Gambar sebelah tu tempat pertama LPT dinaiki air. Panjang jugak. Antara Tol Jabor ke Susur keluar Sungai Ular ada tiga tempat air naik. Dua yang besar, satunya lepas Kawasan Perindustrian China Malaysia dan sebelum sampai di Pusat Latihan Maritim. Dua-dua air sangat laju. Kereta dah bersusun-susun sejak dari Jabor lagi. Hujan pulak turun selebat-lebatnya. Kami buat keputusan redah je sebab kalau tunggu air makin naik. Kalau kenderaan mati sama-sama pakat tolak. Pulang tetap kena pulang jugak. Berada di sini lagi menyusahkan. Dah terlanjur di jalan raya maka perjalanan diteruskan.


Air dari hutan hitam pekat. Barangkali inilah yang dinamakan air hitam. Apa yang mengecewakan pada kenderaan yang tidak mahu merentas banjir tapi berada di bahagian paling hadapan. Cukup mengganggu untuk lori-lori yang  nak meneruskan  perjalanan. Dah tahu tidak mahu melintas sepatutnya beradalah di bahagian belakang atau memberi lorong pada yang mahu menyemberang.

Ada kereta kancil mampu lepas bila dia ikut rapat dengan belakang lori. Air yang diredah oleh lori menjadi pendiding untuk dia meneruskan jalanan. Toyota Unser yang follow kami juga lepas. Dia ikut dengan cukup rapat. Tapi ada sebuah kereta terkandas. Sangat bahaya terkandas dalam banjir di sini sebab arusnya sangat laju. Berkemungkinan kereta tu boleh dibawa oleh arus.

Hujan yang berhenti seketika memudahkan perjalanan tanpa viper dan kosantrasi pemancupun agak baik untuk redah banjir ini.
Keadaan air yang merentasi jalan di LPT dekat Gebeng
Kenderaan melawan arus di LPT
Selamat merentas. Tiang dan hadangan Guide Rail menjadi pedoman untuk meneruskan laluan dalam air banjir ini. Kalau air di bawah Guide Rail maknanya dah dekat dengan 1.5 kaki. Jadi kalau Guide Rail timbul maka boleh lagi dan redah.

Jalanan mula mesti kena sangat berhati-hati. Laluan kita sudah ada kenderaan datang dari hadapan. Malahan ke dua-dua lorong sama sahaja. Kenderaan dari arah bertentangan di atas LPT seperti satu kejadian biasa sahaja. Masing-masing tidak ada pilihan sebab ada Guide Rail di tengah jalan antara kiri dan kanan dan kenderaan tidak boleh redah.

Sebenarnya sudah ada Guide Rail pemisah antara   laluan yang rosak atau dilanyakkan oleh kenderaan berat. mungkin dilakukan ketika sesak semalam. Sebab air di sini sudah melintas sejak pagi 3hb lagi. Malam sudah ramai yang tidur dalam kereta di LPT ini. Bayangkan kalau terperangkap antara dua lintasan air ini, bagi kenderaan kecil tidak boleh ke mana-mana hanya perlu tunggu sahaja mengharapkan air yang melintas menjadi rendah itu sahaja yang mampu dilakukan. Sedihnya sebab tiada makanan atau sebarang kedai di kawasan ini. Ramai yang terperangkap dan tidur di LPT dekat Gebeng.
 
Kereta Bomba ada stanby kat sini mungkin untuk memberi bantuan kalau apa-apa yang berlaku. Anggotanyapun seperti siap sedia untuk membantu jika diperlukan.

Bomba berada di hadapan air dan di sini hanya satu lorong sahaja di buka untuk kenderaan berat. Jalan hala Sungai Ular ke Jabor. Dan Gude Rail yang patah dijadikan lorong untuk menukar laluan. Kenderaan yang berani rentas melencong melalui Guide Rail yang patah dan mulalah perjalanan melawan arus sebab kawasan sebelah lawan arus lebih cetek airnya.

Kalau tadi tengok kenderaan lain lawan arus kini giliran kami pulak lawan arus. Guna lorong paling tepi. Namun kenderaan dari hadapan tidak ada yang lalu. Dengan lain perkataan tidak ada kenderaan dari Sungai Ular ke arah Tol Jabor. Dengan sebuah Thanker paling hadapan maka banyaklah kereta dan 4x4 follow dari belakang. Sehinggalah sampai ke susur keluar di Sungai Ular . Di sini memang kawasan air yang sangat banyak. Memang bila di lihat hanya air sahaja di atas jalan menghala ke Pelabuhan Kuantan tapi kami pusing ke arah Chukai Kemaman. Juga terpaksa meredah air.

Nasib Malanglah Ambulan nok lalu sebab masing-masing bukan tak nak bagi jalan tapi kereta jem rapat-rapat sangat. Apapun memang susah nak bergerak ke tepi sebab adakalanya jalan satu lorong tu jadi dua atau tiga lorong.

Cabaran dalam jem bermula bila lepasi air melintas jalan di Sungai Ular. Dari sini sempat turun jalan-jalan beli makanan di kedai dan kenderaan yang kita naik tu baru bergerak sejauh jarak sebuah bas. Ini kerana air yang banyak dekat simpang nak masuk Club Mediteraniam di Cendor.

Jalan di sini jem bukan kerana air di sini, rupanya kerana air yang panjang di Jambatan Pendek dekat R & R Chendor. Sini menjadi penyebab jem yang amat panjang. Kenderaan bergerak hanya jarak sebuah bas sahaja setiap kali berjalan. Selebihnya berhenti menunggu hampir 10 - 20 minit.

Memang peluang masing-masing keluar membeli makanan. Kedai-kedai runcitpun kehabisan makanan dan manakala kedai makan hanya ada air je. Makanan sudah habis. Ketika di sini dalam jam 2.00 petang. Kedai-kedai makan yang di buka hanya jual air minuman panas je.

Ketika dalam jem di Cendor sempat keluar berjalan sehingga ke kawasan banjir. Hampir 2 jam dari waktu keluar kenderaan dan berada di Kawasan banjir.

RESPECT orang kampung Cendor Kuantan sebabnya membantu semua kenderaan lalu lalang. Rela Cendorpun bertugas mengawal jalan raya. Polis tidak ada. Tak tahulah kalau polis tu berpakaian preman tapi kalau dengan uniform memang tak ada. Memang saya cari-cari. Segala-galanya dikendalikan oleh RELA dan penduduk kampung. RESPECT.
 Lebih RESPECT  bila kenderaan mati di tengah laluan air masing-masing berebut tolong tolak. Dan ditolak sehingga ke kawasan tidak mengganggu lalulintas. Bila pemandu kereta beri upah semua menolak.

"Kita hanya tolong bang... kita sama-sama dalam kesusahan ni"

Memang mulia hati orang muda dan penduduk kampung Cendor Kuantan Pahang yang membantu mangsa yang melalui kawasan banjir. Hanya Tuhan yang membalas jasa baik kalian di ketika kita sama-sama berada dalam kesusahan ini. RESPECT.

Permandangan kereta tenggelam dan rumah yang tenggelam memang dapat dilihat sepanjang jalan. Begitu jugak dengan penonton yang berdiri di kiri kanan jalan untuk menambahkan lagi kesibukan ketika banjir ni. Orang lain tension sebab memandu dari jauh terperangkap dia begitu bersuka ria bergurau senda ketika melalui kawasan banjir. Ini lah wajah orang muda hari ini yang bakal mentadbir negara hari depan. Tidak memperdulikan kesusahan orang lain.
Ada yang menyakitkan hati bila sengaja motor-motor cubcai berkonvo dalam air merentasi banjir. Sepatutnya ini bukan masa untuk tambah kesibukan yang teramat jem. Berehat di sini agak lama sebab hanya satu laluan di buka. Pergi ke R & R langsung tak ada makanan. Habis stock dan toilet pulak tidak ada elektrik dan air.  Sisa tidak di flush lebih memburukkan suasana. Ada gambar saya ambil tapi tak tergamak nak masukkan ke dalam cerita ini. Sekadar sebut je. Kesihan pada yang kelaparan sebab tidak ada apa yang boleh dibeli di sini selain minuman panas.

Banyak kereta berani rentas di tempat laluan air sebelum ini tapi tidak berani merentas kawasan ini.
Kawasan Sempadan Pahang dan Terengganu paling
dalam dan paling jauh. Kenderaan bersesak-sesak untuk melepasi kawasan ini. Banyak kenderaan yang mati di tengah air.

RESPECT  Orang di sini juga tidak ambil upah membantu kereta yang mati di dalam air. RESPECT.

Kesesakkan di sini amat teruk sebab kereta-kereta yang lepas di lintasan air sebelum ini tidak berani meneruskan perjalanan merentas air di kawasan ini.

Namun penduduk kampung di Sempadan ini menyediakan lencungan masuk ke Taman Perwaja dan memberi peluang untuk kenderaan kecil menyemberang. Namun khabarnya sebelah petang semua kenderaan kecil tidak dibenarkan lalu kawasan ini.

Melepasi kawasan ini sekali lagi berdepan dengan Jem yang amat teruk. Seperti tadi juga kenderaan bergerak amat perlahan. Lebih banyak berhenti dari bergerak. Bayangkan ketika kenderaan bergerak dalam jem sempat masuk tandas di Masjid Geliga. Selepas menyelesaikan hajat buang isi perut, kenderaan masih lagi berada di sekitar kawasan masjid,

Kenderaan di parkin masjid seperti hari Jumaat yang penuh dengan kenderaan. Tangisan bayi dan bunyi bising kanak-kanak riuh. Semuanya adalah mangsa banjir yang tidak di dendangkan.

Mangsa Banjir yang tidak didendangkan terkandas hanya masjid tempat singgah dan tidak ada sebarang bantuan makanan dan minuman. Malangnya tak bawa kamera ke sini.

Baby yang menangis dan anak-anak kecil yang lapar dan ibubapa jugak lapar. Kedai berdekatan sudah habis barangan yang boleh di makan. Untung juga

Jem di sini memang amat teruk namun pandangan kita tidak putus-putus ke arah seluruh kawasan lembah di naiki air. Nampak jelas jalanraya Mak Lagam di Chukai dah jadi padang air. Pusat Service Produa ditenggelami air. Malahan seluruh kawasan kilang di sebelah kiri dari Kuantan di tenggelami air pada paras tempat duduk Case atau Buldozer yang tenggelam di situ. Telefon sudah kehabisan bateri dan tidak boleh ambil gambar lagi. Power Bank pun diguna oleh orang lain.
Ni di Kuantan ni (ambil kat FB)
Ini bukan di Chukai (ambil dlm FB)


Ketika melepasi Jambatan Geliga yang panjang nampak jelas dua buah stesen minyak yang dinaiki air 10% dan jalan sesak sehingga simpang dekat Tunas Manja. Membelok ke arah Kampung Dusun Nyior lalu ikut Jalan Jakar. Masuk ikut bandar Chukai. Ini sahaja laluan yang ada dan boleh dilalui. Waktu kami lalu Jambatan Limbong masih boleh dilalui dan air di sini juga sangat banyak.

Jambatan Limbong hala ke Pasar. Waktu kami lalu belum putus
Khabarnya air di hadapan sekolah Menengah Chukai bermula dari simpan Tunas Manja lagi hingga ke Balai Bomba. Banjir di kawasan itu agak besar sehingga di tutup kepada semua kenderaan.

Berhenti di Masjid Besar Chukai jam sudah menunjukkan pukul 6.00 petang. Jamak Takhir. Kebetulan kawasan ini banyak kedai makan yang dibuka. Selepas jamu selera solat jamak pulak Magrib/Isyak.

Perjalanan dari sini ke Kuala Terengganu tidak ada masalah namun tidak boleh bergerak laju sebab jalan sesak dengan kenderaan sehinggalah Dungun barulah traffic seperti biasa.
Rumah sedara di Bukit Mentok Kemaman

11.30 malam sampai ke Kuala Terengganu.

Rumah sahabat di Bukit mentok Kemaman
"Sesungguhnya Allah tidak akan beri cabaran untuk hambaNya yang tidak mampu menggalas cabaran itu"


"Allah akan memberi kenikmatan kepada hambanya bersama cabaran-cabaran..."











Thursday 14 March 2013

Cara Menutup Akaun Facebook Anda




Menutup Akaun Facebook

Di sini saya akan mengajar anda bagaimana untuk memadamkan terus akaun Facebook anda. setelah membaca Teori Konspirasi Facebook ada yang mengambil keputusan untuk menutup atau memadamkan terus akaun Facebook mereka. tapi masalahnya tiada link atau pilihan (Delete Facebook Account)untuk memadamkan akaun anda. nak buat senang kan, masukkan nama, email, password. there you go. Done! anda dah ada Facebook.

di sebabkan masalah tiada pilihan untuk berbuat demikian ramai yang yang mencuba delete akaun dengan memadamkan semua gambar, delete semua kawan dalam friend list kemudian deactivate kan akaun tersebut.

kenapa berbuat demikian sebabnya Facebook sendiri menyediakan pilihan
Delete Account. dengan cara ini anda boleh menutup akaun Facebook anda.
Delete Akaun Facebook anda
caranya adalah dengan pergi ke alamat ini http://www.facebook.com/help/contact.php?show_form=delete_account kemudian tekan "Submit". ikut arahan seterusnya untuk memadamkan akaun anda.

akaun anda akan diactivate selama 2 minggu. dalam tempoh tersebut jika anda tidak log in ke akaun anda selepas 2 minggu akaun anda tidak akan wujud lagi di dunia cyber ini. tetapi dalam masa 2 minggu anda berubah fikiran tak jadi nak padam akaun Facebook anda, apa yang anda perlu buat adalah log in ke akaun anda. bila anda log in dalam tempoh 2 minggu tersebut Facebook akan membatalkan pilihan memadamkan akaun Facebook anda.

sekian, selamat mencuba. ada yang ingin memadamkan akaun kerana
Facebook Adalah Produk Yahudi. apa-apa pun pilihan ditangan anda, anda yang menilai, anda yang buat keputusan.