Tuesday 30 December 2014

'Saya terpaksa makan biskut hanyut'

25 Disember 2014

KUALA KRAI- “Ya Allah jika ini ujian kami, kami terimanya dengan redha”

Demikian luahan guru penolong kanan Sekolah Kebangsaan Menengah  Kebangsaan Manek Urai, Nor Aini Mat Nor yang bertanggungjawab menjaga 150 orang mangsa banjir yang melanda sekitar kawasan tersebut Rabu lalu.

Lokasi kawasan sekolah ini dikatakan paling terjejas kerana ia berhadapan dengan sungai dan menjadi viral di laman sosial yang mendakwa ia runtuh akibat hentaman air sungai berhampiran.

Menceritakan detik ngeri kejadian, Nor Aini yang sudah berkhidmat 20 tahun di Kementerian Pendidikan berkata, ramai penduduk kampung tidak membuat persiapan memandangkan banjir besar tidak pernah berlaku sejak 1927.

Katanya pada pagi Selasa, keadaan masih aman, namun bertukar menjadi ganas pada pagi Rabu apabila peningkatan air secara mendadak mengakibatkan orang kampung panik.

“Ia bermula di waktu Subuh, air di sungai sebelah sekolah meningkat dengan cepat, sehingga ke tingkat dua. Kami rasai gegaran yang sangat kuat kerana gelombang dan arus menghentam dinding sekolah, ia menyebabkan ramai yang mula ketakutan dan menangis,” katanya.

Malah, katanya dia dapat melihat beberapa rumah  dan kayu balak hanyut deras melalui di hadapan sekolahnya, namun bersyukur kerana ia membelok sebaik sahaja menghampiri kawasan sekolah.

“Ini adalah kuasa Allah, saya sudah redha sekiranya rumah yang hanyut itu menghempap sekolah kami, tetapi ia tidak berlaku, “katanya.

Jelasnya lagi, ekoran paras air yang sudah menghampiri tingkat tiga beberapa penduduk mengambil keputusan untuk meninggalkan sekolah menggunakan perahu menuju ke bukit berhampiran.

Katanya, walaupun ada yang mengajaknya untuk lari ke bukit, namun dia mengambil keputusan untuk bersama dengan mangsa kerana rasa bertanggungjawab dengan mereka.



Tuesday 11 March 2014

Pray for MH370


artikel ini cukup menarik untuk sama-sama kita kongsi


Tragedi Bario dikaitkan dengan Segi Tiga Borneo
KAWASAN helikopter Bell 206 Long Ranger terhempas yang menyebabkan juruterbang dan enam penumpang terbunuh pada 12 Julai lalu di kenali sebagai kawasan Segi Tiga Borneo yang memang ditakuti oleh juruterbang.
Kedudukannya di antara Bario, Pa'Lungan dan Gunung Murud itu adalah antara kawasan paling ditakuti di kalangan juruterbang yang berulang-alik antara Bario ke Ba'kelalan.
Seorang juruterbang Hornbill Skyways yang enggan dikenali berkata, kawasan berkenaan mempunyai persamaan dengan Segi Tiga Bermuda dan menyimpan pelbagai misteri.
Malah seorang jurucakap Jabatan Penerbangan Awam (DCA) juga memberitahu bahawa kawasan berkenaan memang terkenal sebagai kawasan berbahaya sejak zaman pemerintahan British lagi.
Tahun lepas, sebuah helikopter jenis sama milik Hornbill Skyways terhempas di kawasan segi tiga berkenaan dan meragut nyawa juruterbangnya.
Nahas terbaru menambah lagi lipatan misteri di kawasan berkenaan ekoran tempoh yang terlalu lama diambil bagi mengesan kedudukan bangkai helikopter berkenaan.
Yang menghairankan semua pihak mengapa juruterbang, Kapten Samsuddin Hashim tidak mengikut laluan udara yang ditetapkan DCA dan memilih laluan itu yang memang telah sedia maklum cukup berbahaya kerana sering berlaku fenomena angin lintang.

Pada kebiasaannya dari Bario untuk ke Ba'kelalan jika menggunakan helikopter, laluan yang ditetapkan ialah mengikut sebelah tepi kanan Gunung Murud dan apabila laluan itu ditutupi oleh awan, juruterbang akan berpusing ke arah kiri gunung itu.
Ini adalah kerana Bario dan Ba'kelalan dipisahkan oleh Gunung Murud dan pesawat ringan tidak mempunyai kemampuan mengikut laluan yang mendaki gunung itu.
Di dalam kes kali ini juruterbang itu dipercayai memilih untuk terbang ke puncak gunung berkenaan berdasar kawasan bangkai pesawat itu ditemui dan keadaan helikopter yang seolah-olah tidak dapat dikawal dan melanggar pokok-pokok.
Walaupun di kawasan Gunung Murud memang terdapat kawasan pendaratan kecemasan termasuk jalan balak, tetapi risikonya terlalu tinggi kerana helikopter mungkin gagal mendaki dan akan melanggar gunung tersebut.
Seperkara yang menjadi persoalan, juruterbang helikopter malang itu juga ti-dak memaklumkan kepada menara kawalan di Bario atau Kota Kinabalu atau Miri sebelum mengubah haluannya.
Sedangkan mengikut prosedur penerbangan, juruterbang perlu memaklumkan kepada menara kawalan udara tentang sebarang perubahan laluan yang diambilnya.
Biasanya perubahan laluan itu berlaku apabila penumpang yang paling kanan memberi arahan supaya juruterbang pergi ke kawasan lain dan juruterbang harus mematuhinya.
Bagaimanapun di dalam keadaan cuaca buruk, juruterbang mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan haluan yang harus digunakan dan tiada pihak yang boleh memberi arahan kepadanya.
Semua persoalan itu mungkin terjawab selepas siasatan oleh DCA selesai dalam tempoh sebulan lagi atau mungkin terus menjadi persoalan yang tidak terjawab.
Banyak pihak juga yang mempersoalkan cara operasi mencari dan menyelamat (Ops Cari) di Bario dikendalikan kerana ia tidak diterajui sejak awal lagi oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seperti lain-lain tragedi di negara ini.
Penglibatan `orang politik' di dalam operasi kali ini menjadikan ia kurang berkesan pada peringkat awal kerana ia berjalan secara tidak teratur dengan pelbagai arahan dikeluarkan juga mengelirukan.
Masuk hari ketiga barulah operasi berjalan agak lancar dan lebih banyak anggota tentera, polis, bomba dan penduduk kampung dikerahkan ke dalam hutan.
Selepas itu pelbagai pesawat termasuk beberapa buah yang dilengkapi peralatan canggih mula tiba di Bario yang kesemua berjumlah 20 buah menjadikan Lapangan Terbang Bario seperti karnival pertunjukkan udara yang terbesar di Sarawak.
Pelbagai pesawat dan peralatan canggih seperti pesawat PC-3 Orient dari Amerika Syarikat, sistem maklumat geografikal (GIS), kamera digital pengesan haba infra merah dari Australia digunakan.
Rupa-rupanya peralatan canggih yang dikatakan boleh mengesan benda sekecil syiling 10 sen itu mempunyai kemampuan yang terhad apabila berdepan dengan konflik di Bario. Pelbagai kesukaran yang dihadapi sepanjang operasi itu telah menghantui semua pihak terutama ahli keluarga tujuh mangsa yang terlibat serta pasukan mencari dan menyelamat.
Penggunaan peralatan canggih yang tidak membuahkan sebarang hasil itu, telah mendorong saudara-mara mangsa yang terlibat untuk menggunakan khidmat bomoh.
Khidmat lapan bomoh termasuk empat yang diterbangkan dari Semenanjung Malaysia, digunakan bagi membantu mencari mangsa dan bangkai helikopter.
Menurut, salah seorang bomoh dari Semenanjung yang digunakan dalam usaha mencari itu, Rahim Mohamad Hail, khidmat dia digunakan bagi membantu mengesan kedudukan mangsa secara ghaib.
Upacara yang dilakukan oleh bomoh itu dibuat secara rahsia dan pemberita tidak langsung berpeluang melihat aktiviti mereka.

© Utusan Melayu (M) Bhd
artikel ini cukup menarik untuk sama-sama kita kongsi
 
Peristiwa kehilangan sebuah helikopter di Bario, Sarawak pada Julai tahun ini tiba-tiba menjadi satu misteri yang menggemparkan banyak pihak.
Setelah hampir 20 hari pencarian dilakukan oleh hampir 2000 tenaga manusia dan alat teknologi tercanggih, akhirnya helikopter itu ditemui juga dengan bantuan orang-orang yang dekat dengan Allah, yang berusaha takut dan cinta Allah dengan sebenar-benarnya.
Parlimen Malaysia sudah hampir mahu memberhentikan operasi pencarian, sejurus sebelum helikopter itu ditemui.
Kaedah bomoh biasa juga gagal dalam menghadapi kes ini. Berbagai jenis bomoh dari berbagai agama mencuba berbagai alatan perbomohan bersama jampi serapahnya tetapi sia-sia.
Apa sebenarnya berlaku?


Bersabda Sulaiman

" Wahai orang-orang mulia, siapakah diantara kamu yang boleh membawa
kepadaku tahta kerajaan Ratu Saba' itu sebelum mereka datang tunduk
kepadaku?"

Berkata Ifrit di antara Jin

" Saya dapat membawanya kepadamu sebelum engkau berdiri dari majlis
ini, sesungguhnya saya kuat lagi jujur"

Berkata seorang manusia yang di sisinya ada ilmu dari Kitab

" Saya boleh membawanya kepadamu dalam sekelip mata"

AnNaml: 38-39
- Helikopter Bell 206 Long Ranger kepunyaan Hornbill Skyways membawa seorang Menteri Sarawak, Dr Judson Sakai Tagai, bersama-sama lima orang yang lain dan dikemudi oleh juruterbang Kapten Shamsudin Hashim, yang satu-satunya Muslim, bertolak pada tanggal 12 Julai 2004, Selasa 12.15pm. Perjalanan melintasi Bario bertujuan meninjau lokasi sesuai untuk pembinaan projek empangan hidro-elektrik baru di Sarawak.

- Baru 3 minit berlepas, helikopter itu terputus hubungan dengan menara kawalan dan terus hilang. Perjalanan sepatutnya mengambil 20 minit ke destinasinya iaitu Ba'kelalan.

- Yang menjadi pertanyaan, mengapa helikopter tidak sempat menghubungi menara kawalan atas kerosakannya padahal baru sahaja berlepas 3 minit.

- Isyarat kawalan automatik juga tidak berfungsi menunjukkan lokasi terhempasnya.
- Operasi mencari dimulakan seawal 2 petang. Persekitaran di mana logiknya helikopter itu jatuh dan sekitarnya sudah digeledah 25 pesawat dan 2000 orang pencari terdiri dari PDRM, TUDM, RAMD, TNI-AD, dan bermacam-macam lagi pasukan, termasuk penduduk kawasan sekitar di situ termasuk penduduk negara jiran Indonesia.
- Termasuk sebuah helikopter dari Australia yang lengkap dengan sistem pengesan haba infra-red yang mampu mengesan perubahan suhu, merakam gerakan visual dan mengesan kewujudan jarak di dalam hutan, misi dibantu 2 pakar warga OZ.
- Helikopter de Orient dari USA yang mampu mengesan sehingga syiling sebesar 10 sen tidak mampu mengesan helikopter itu, tetapi satu jentolak/jentera pengangkut balak yang buruk dan berkarat dapat dikesannya.
- Pakar teknologi satelit dan pemetaan berbangsa Afrika dari badan Perhutanan Sarawak.
- Pesawat bantuan juga datang dari Singapura, Brunei dan Korea Selatan.
Maklumat sebenar tentang apa yang terjadi kepada heli itu telahpun didapati oleh penaung Skylab (Ustaz Ashaari Muhammad) seelok sahaja helikopter itu hilang secara alam kerohaniannya.

*Skylab adalah satu persatuan gabungan doktor-doktor kerohanian dan doktor-doktor fizikal termasuk doktor specialist dari bidang medical dan dentisry yang bekerja dengan kerajaan, universiti, tentera dan private practise*
- Setelah hari kelapan barulah Skylab campurtangan dalam kes ini kerana pada peringkat awalnya pihak kerajaan menolak pertolongan penaung Skylab dan anak buahnya.
- Pihak kerajaan terbahagi dua dalam menerima kehadiran Skylab, tetapi pihak Ketua Menteri Sarawak menerima permohonan Skylab untuk membantu apabila Ketua Menteri mendapat maklumat dari bomoh bahawa heli itu hilang kerana ditutup oleh jin dengan berlapis-lapis tutupan yang sangat tebal. Dan mereka berkata hanya orang yang bersembahyang sahaja yang mampu membuka tutupan itu.
Sebelum dua orang doktor kerohanian Skylab menyertai operasi, mereka bermesyuarat bersama-sama anggota Skylab lain dengan guru mereka Ustaz Ashaari di Labuan.
Seperti yang diduga mereka dapat melihat dengan jelas seorang wakil jin yang menyerupai manusia bernama Al dihantar oleh pembesar jin bernama Zar. Tujuh pengiring Al menunggu di luar dan tidak masuk ke bilik mesyuarat. Tidak semua member Skylab mampu melihatnya, mereka ini hanya merasa kehadiran makhluk Allah ini dengan hati.
Jin bernama Al yang mewakili pembesar Zar ini meminta manusia membayar segala kerosakan yang ditanggung oleh penduduk jin akibat pencerobohan helikopter itu ke daerah mereka, merosakkan rumah-rumah mereka, membunuh seramai 37 bangsa jin, lagi pula tujuan asal manusia itu bertujuan meninjau kawasan pembuatan empangan hidro-elektrik baru yang akan memusnahkan bandar dan perkampungan jin di Bario.
Syaratnya adalah menebus dosa manusia ini dengan mengeluarkan sedikit wang, lalu menyembelih seekor kambing dan dijamukan kepada para fakir miskin yang tinggal di rumah atas air di Labuan.
Jikalau manusia sanggup melakukannya, barulah perundingan melepaskan barang tawanan dimulakan.
Makhluk jin yang marah itu yang saiznya boleh membesar sebesar gunung telah mencekup helikopter tersebut dan dibawa ke alam mereka, lalu menutupnya dari pandangan mata kasar manusia.
Lalu Skylab mengeluarkan RM 400.00 untuk mengadakan jamuan kepada jemaah masjid atas air di Labuan, sebelum menyertai pasukan operasi mencari.
1. Pada 23 Julai 2004 (Jumaat) selepas 11 hari helikopter hilang, Tabib Abdul Rahim Manaf dan Tabib Hassan Mohd Zain yang berupaya melihat makhluk jin dan bercakap-cakap dengan makhluk Allah ini, memulakan operasi pencarian yang pertama bersama-sama pilot Capt George (bangsa Iban) dan seorang jurubahasa bernama Afendi. Kawasan yang diilhamkan adalah Pa'Longan, satu kawasan yang tidak diminati kerana terkeluar dari laluan asal dan bearing heli tersebut. Kedua orang tabib itu dapat melihat adanya heli itu dengan jelas di sana - di alam ghaib, cuma di alam lahir lokasi sebenarnya tidak diketahui dan ianya tertutup dari pandangan manusia biasa.
2. Pada 24 Julai 2004 (Sabtu) jam 11.00 pagi, operasi kedua dimulakan. Pada 11.45 pagi mereka ternampak sebatang pokok yang putus, tinggal kayu balaknya sahaja menegak, mungkin kesan helikopter jatuh. Semasa operasi ini, Tabib Hassan terus-menerus berhubung secara ghaib dengan Al si Jin Islam. Masyarakat jin di situ mempunyai 3 raja adik-beradik iaitu Kalamngan, Kalamung dan Kalapung. Hanya seorang raja yang boleh diajak berunding dengan baik, yang dua lagi susah diajak berunding. Seorang ini yang akhirnya memeluk Islam. hasil perhubungan dan perbincangannya dengan manusia ini.
Perundingan dengan jin mengambil masa yang lama. bukankah dikatakan sebaik-baik jin itu sejahat-jahat manusia.
Sepanjang operasi pertama itu, Tabib Hassan merayu "Bukankah kami sudah sembelih kambing seperti yang disyaratkan, tolonglah beri petunjuk di mana helikopter itu boleh ditemui"



Selepas menentukan lokasi pokok patah itu dan diambil gambarnya, mereka balik untuk solat Zuhur.
3. Pada 24 Julai 2004 (Sabtu) petang, operasi ketiga - dengan panduan sistem GPS - Global Positioning System, mereka menuju ke kawasan pokok patah tadi. Aneh sekali, kerana kali ini dua batang pokok pula yang patah. Mengiringi heli mereka adalah dua lagi heli lain, tetapi penumpang heli utama melihat 2 lagi heli itu terlalu kecil, sebesar hujung pena. Seolah-olah mereka sedang berada jauh di alam lain iaitu alam jin.
Sesudah itu mereka pulang kerana helikopter belum dibuka tutupnya oleh Jin.
Setelah petunjuk pertama ditemui, seorang ketua kaum Penan - kaum pribumi Sarawak - telah bergerak ikut darat dengan tujuan mencari heli, bila sampai ke kawasan itu dia telah mencantas dahan dan dihalakan ke udara, metode secara perbomohan untuk ditunjukkan hala sebenar bau mayat. Tiba-tiba ribut kuat memukulnya sehingga dia terhempas ke pokok dan patah gigi. Heli penyelamat terpaksa dipanggil untuk menyelamatkannya
Sebuah helikopter Nuri TUDM, telah menurunkan seorang tentera dengan tali pada pagi Ahad 25 Julai. Heli telah bergegar kuat dan tali itu berpusing-pusing sampai tentera itu terhempas ke pokok juga. Dia terpaksa naik semula sebelum sempat memijak tanah.
Sekembalinya dari operasi ketiga, Tabib Hassan mengucapkan terima kasih kepada Raja Jin 3 beradik diperantarai Al.


Tabib Hassan berkata "Tolonglah bukakan heli itu pula untuk kami dapat lihat"

Jawab Al " Yalah..kami akan bukalah!!"

Inilah perangai jin, kerja sehari jadi 3 hari!
4. Pada 25 Julai 2004 (Ahad) pagi, di kawasan tersebut ada perkembangan terbaru, di antara dua pokok patah itu, terdapat seolah- olah satu ruang terjerumusnya helikopter. Tetapi helikopter masih tidak kelihatan.


Tabib Hassan mengeluh.." Jin,jin mengapa lambat sangat nak buka ni?."
Aneh pula, Afendi si jurubahasa kelihatan sangat terganggu perasaannya, berkeras mahu dihantar pulang ke kampungnya di Miri. Terpaksalah demi menjaga hatinya, mereka semua terus berlepas ke Miri, padahal sudah sangat hampirnya dengan penemuan heli itu. Operasi diteruskan juga oleh beberapa yang lain seperti yang diceritakan tadi, tetapi aneh habis semua terpelanting dikerjakan oleh jin-jin di situ.
Sampai sahaja di Miri, para tabib itu mendapat arahan dari ustaz Ashaari guru mereka, supaya bertukar orang, kerana pasukan yang ada tidak cukup ampuh. Afendi diganti dengan Ustaz Ahmad Zahari iaitu Pengarah Rufaqa' Sarawak. Di sinilah percaturan Tuhan, di Bario perhubungan telefon memang terputus, balik ke Miri ada tujuan yang telah diatur oleh Tuhan.
Pada mulanya Ustaz Ahmad Zahari tidak dibenarkan naik ke heli menolong usaha mencari oleh Tan Sri George Chan. Semasa sedang bermenung dan berselawat dan berzikir itu, dia dan Tabib Hassan melihat pihak tentera membawa 2 ekor anjing pengesan yang terlatih menaiki helikopter di pengkalan untuk menghidu mangsa di tempat pokok patah itu..
"Kami melihat 2 ekor anjing itu bila dibawa ke heli, mereka seperi sangat ketakutan dan berlari ke belakang. Setelah dikejar dan dipaksa naik juga hingga beberapa kali, tetap anjing-anjing itu memprotes. Sehingga akhirnya heli itu pergi tanpa anjing. Pada masa yang sama riuh-rendah kedengaran ayam berkokok seolah-olah melihat sesuatu".
5. Pada 27 Julai 2004 (Selasa), Tabib Hassan, Ustaz Ahmad Zahari dan pilot Cpt Thomas meredah lagi hutan meneruskan pencarian di lokasi. Ustaz Ahmad Zahari dengan penuh tawakkal kepada Allah, merenjis air bacaan doa Ustaz Ashaari ke atas bumi Bario. Diiringi doa anggota Skylab dan doa ahli Rufaqa' Sarawak serta guru mereka, pada jam 5.00 petang heli itu dapat dilihat oleh Cpt thomas ditempatnya.
Jin sudah membukanya.. Tetapi SEBENTAR sahaja, waktu itu sahaja.
Semasa heli itu kelihatan hari sudah hampir malam, walaupun baru jam 5.00 petang di Bario, jadi apa sahaja usaha menghampiri heli terpaksa ditangguhkan keesokan harinya, lagi pula cuaca yang sejuk, berangin serta keadaan tanah cerun menyukarkan penyediaan landing point dsb.
6. Pada 28 Julai 2004 (Rabu), hujan turun renyai-renyai. Ramai manusia yang berbondong-bondong keluar ke tempat lokasi untuk mencari heli itu.


Pada petangnya, dua orang polis udara AS Ehsan dan DSP Lukman terus mencari Tabib Hassan dan memaklumkan "Tolong kami ustaz, saya seram ni.. Gunung Murut sudah hilang!!"
Rupa-rupanya sepanjang hari mencari mereka tidak melihat heli itu, yang dijumpai satu pokok manggis besar di tempat terjerumusnya heli itu, buah-buahnya pula masak dan besar. Bila heli buat u-turn untuk mendekati pokok manggis itu, pokok manggis itu ghaib pula.. Bila mereka pandang ke arah Gunung Murut, gunung itu turut hilang.. Terus ASP Ehsan mengarah pilot memecut heli mencari si Tabib.
Tabib memberitahu ASP Ehsan " Nampaknya jin itu telah menutup heli itu semula! Kalau begitu marilah kita bersolat, baca Fatihah 4x, AyatQursi dan selawat pada Rasulullah SAW.
Akhbar-akhbar tanggal 30 Julai 2004 Jumaat, melaporkan pada sepanjang malam itu (Rabu 28 Julai, malam Khamis) 2 komando diturunkan dan tidur bersama mayat, ada yang mengatakan pasukan Bomba - pemadam kebakaran - yang menjumpai heli itu. Ada yang mengatakan ekor heli sahaja dijumpai padahal di lokasi ekor dan badan heli ada bersama-sama.. Macam-macam khabar yang tidak sinonim disebarkan dengan apa yang sebenarnya terjadi.
Hakikatnya, sukar untuk menurunkan komando dalam cuaca yang gelap dan sejuk begitu, tanah di situ pula agak curam dan bercerun, tiada tanah rata, agak sukar membuat operasi menyelamat, apa lagi heli itu ghaib semula waktu itu!!
Padahal, sepanjang malam itu ASP Ehsan tekun berdoa bersama tabib-tabib semalaman agar dimudahkan segala usaha.
7. Pada 29 Julai 2004 Khamis, ASP Ehsan dan orang-orangnyalah yang berjaya menemui heli malang itu dan mengangkat tujuh mayat yang berada di situ (tiada komando yang bermalam bersama mayat sebelum itu seperti yang dilaporkan akhbar-akhbar utama di Semenanjung).
Operasi itu dilakukan waktu siang terang-benderang. Landing point helikopter dibuat agak jauh dari tempat heli malang ditemui kerana tanahnya yang curam. Seorang anak buah ASP Ehsan, anggota penyelamat, membaca kata-kata ini di dinding helikopter yang ditemui.
"Mengapa lambat selamatkan kami?".. Bayangkan cuaca di Bario itu mencecah 10 darjah Celcius, tanpa bekal sedikitpun makanan, jatuh di kawasan hutan yang sangat tebal dan bercuram.

Heli itu langsung tidak terbakar, hanya ekornya yang patah. Jika terhempas di gunung dalam keadaan petrolnya penuh mesti ia terbakar. Pintu heli terbuka lebar dan dua orang ditemui di luar helikopter, termasuk mayat Allayarham Kapten Shamsudin. Sementara mayat-mayat lain sukar dikenali akibat reput dan mengalami dekomposisi yang teruk, mayat Kapten Shamsudin mudah dikenali, walaupun reput, bau kapur barus cukup kuat pada mayat itu. Ada sejadah lapik solat yang tidak reput di sebelahnya, di keliling mayatnya sampah-sarap dan kayu-kayan disapu bersih.
Bila dirujuk pada Ustaz Ashaari dia menjawab "Itulah petanda kehadiran jin-jin Islam"
Kapten Haris menceritakan heli itu terletak elok, hanya ekor dan kipasnya yang patah, pokok-pokok disekitarnya pun masih dalam keadaan asal. Seolah-olah heli itu diletakkan di situ dan jin-jin yang bekerja mencantas dua pokok secara berperingkat hingga tinggal batangnya sahaja untuk menggambarkan seolah-olah heli itu terhempas di situ.
Ahbar berbahasa Cina dan Inggeris - Miri Daily News di Sarawak menemubual mengambil gambar individu-individu yang menolong dalam operasi mencari heli hilang itu dan melaporkan kejadian yang sebenar. Akhbar-akhbar di Indonesia hanya melaporkan heli itu ditemui dengan pertolongan bomoh/dukun/pawang. Tiada langsung berita mengenai Skylab pada akhbar utama di Semenanjung.
(Sistem rohani dan ghaib itu jauh lebih hebat dari sistem akal. Alam ghaib memang wujud..Alam perwalian, alam Roh, cuma kita yang terlalu sekular ini sangat terpengaruh dengan fahaman Barat. Mana-mana yang berlainan sedikit dari logik mudah sahaja dituduh sesat, menyesatkan, bid'ah dsb.)
Bila ditanya kepada Ustaz Ashaari oleh Skylab.. "Apakah Ustaz didampingi jin?"



Beliau menjawab "Mendidik manusia cukup susah bahkan sering gagal, hebatnya saya kalau mampu menundukkan jin. Sejahat-jahat manusia itu sama dengan sebaik-baik Jin Islam."
Dan akhirnya..salah seorang Raja jin yang masuk Islam itu adalah yang bernama Kalamung. Dia hatinya agak lunak dan mudah diajak berunding.
Namanya ditukar ke Abdul Jabir, nama yang dipilih dan diberi oleh manusia yang telah berhubung dengannya melalui alam yang tidak terjangkau akal. Mana mustahil, kaum Jin suatu hari nanti akan turut sama membantu manusia sebagai sebahagian tentera Allah seperti yang banyak berlaku sebelum-sebelum ini.
Wallahua'lam... Hanya Allah yang maha mengetahui...
Dipetik dari buku,
Kuasa Tuhan Mencabar Kuasa Manusia Di Bario
SKYLAB September 2004


Ditulis bersama oleh: Haji Abd Rahim Manaf, Hassan Mohd Zain, Mejar Dr Yusof Abu Bakar, Dr Johari Alias,
 Dr Hanif Abd Rahman, Dr Abd. Rahim Tahir, Dr Azlina Jamaluddin,
 Mejar Dr Abd Hamid Sujak, Dr Rohaya Dato' Muhamad.
 
SUMBER:
 http://www.mazeermohamad.com

Friday 7 March 2014

Jelajah ke Taman Negara Tasek kenyir

Dari Kesinambungan cerita kenyir sebelum ini, sebenarnya ini merupakan isi cerita. Garapan dibuat untuk yang mahu mencari tip-tip ke Tasik Kenyir.
     Ada dua laluan utama masuk untuk menjelajah Tasik Kenyir. Laluan utama sudah tentu ikut Pengkalan Gawi dan laluan tradisionalnya ikut Dam Empangan Tasik kenyir. Pemilihan laluan ini bergantung kepada boat yang disewa. House bot yang berada di pengkalan mana. Tapi kita boleh arahkan house bot tersebut untuk ke pengkalan mana yang kita suka.
       Memilih bot untuk ke Tasik Kenyir sangat penting. Kalau nak bawa keluarga yang ada anak kecil pastikan bot yang betul-betul selamat. Kalau boating dengan penuh nilai Islamic dicadangkan dua buah bot satu untuk lelaki dan satu lagi untuk perempuan. Kalau nak tidur selesa kena cari bot yang punya tempat tidur selesa dengan aircon atau kipas yang baik. Kalau mahukan bot yang ala kadar je... sebagaimana team pemancing yang dalam kepala hanya nak memancing dan tidak kiralah bagaimana bentuk bot maka mudahlah kalau nak menjelajah tasek kenyir.
      Maaflah rakan-rakan pilot bot di tasik kenyir. Apa yang  diceritakan ini bukan dari orang yang hanya naik sebuah bot. Saya ni orang yang terlibat dalam banyak aktiviti di Tasik Kenyir dan pernah menyewa 12 buah house bot serentak untuk menjayakan program. Menjadi kebiasaan masuk ke Tasik Kenyir dengan menyewa 3 hingga 5 buah bot.
    Dari gambar bot anda sudah boleh buat penilaian sendiri bagaimana decoration bot tersebut. Perkara utama yang saya dikomplein setiap kali pulang dari Tasik kenyir bila bawa grup ala-ala Mak Datin. (Mak Datinpun sebahagian besarnya langsung tak cerewek, kita je kadang-kadang buat persediaan sehingga merimaskan dia).
       Hakikatnya pada yang nak enjoy atau release tension dengan berada atas bot sebenarnya kena ubah your mind set. ANDA SEKARANG ATAS BOAT dan bukan berada DI RUMAH.

Boat yang selesa
       Ke Tasik kenyir dengan Bot House kita makan minum, dah tentu kena masak sendiri, Mandi, Buang air kecil dan besar, salin pakaian dan apa sahaja aktiviti di rumah atau di pejabat kena buat atas bot. Jadi ubahlah your mind anda sekarang melancong ke Tasek Kenyir dan bukan naik Bot di Lake Toba untuk ke Samosir atau sebagainya.
     Bot tempat lain macam naik Feri ke Pulau redang je. Sampai ke Destinasi maka kita turun ke tanah. Boat di Kenyir ini sampai ke Distinasi kita hanya turun beraktiviti dan bila nak makan, tidur maka kena naik semula atas bot. Itulah suasana sebenar holiday dengan bot house di Tasik kenyir.
     Ini baru cerita pasal bot belum lagi cerita betapa "kerek" crue-crue bot. Biasanya pemandu  atau orang yang diamanahkan mengendalikan bot itu cukup sporting dan bertanggungjawab tapi
crue-cruenya seolah-olah tidak wujud orang lain atas botnya.
     Sorry to say sebab harapan agar boatman pilih crue yang bijaksana dengan tuturkata dan sensiviti tentang aurat muslim. Bayangkan crue dengan seluar pendek ala botser tanpa baju mundar mandir dalam boat yang sedang bergerak menuju destinasi. Tanpa peduli kaum hawa yang ada dalam bot. Tanpa peduli Ketua Jabatan ke... Pengarah ke... atau Apa saja pangkat orang yang ada dalam bot. Paling best main laung je kalau nak panggil rakan di belakang.
      Rata-rata house bot di Kenyir ni ada Astro.... Taklah boring sangat. Orang kita ni memang bila nampak ada Astro maka mulalah nak mengkhatan drama bersiri yangmasing-masing dok hafal. Paling best crue bot datang tukar Channel sebab ada cerita kegemaran yang dia juga nak tengok. Lebih best lagi kita di kerusi crue boat tadi
Dapur dalam House bot
ambil bantar dan tidur melengtang terkangkang depan TV. Penyewa boat terpaksalah mengalah. Kamukan penyewa je... dia tu crue boat tempat bekerja. Saya ada gambar crue yang tidur melentang tengok TV dan penyewa boat penuh di belakang menonton dia yang tengok TV. Fail...
      Dikalangan penyewa boat berkata sinis pada saya... encik mintak biar crue boat ni kerja hotel untuk sebulan dua. Barulah dia faham bagaimana nak layan penyewa.... Segan je saya yang bertindak sebagai penganjur ni.

OK Dah Dapat Boat
Kini Lokasi Untuk Jelajah Tasik Kenyir.

Laluan ikut Dam Empangan Kenyir
Ada dua lokasi sebagai di ceritakan tadi. Pengkalan Gawi masuk ikut laluan utama dan Dam Empangan Kenyir ini laluan klasik. Laluan ketika mula-mula buka Tasek kenyir ini.
     Pernah saya bersama rakan-rakan dari Kota Bharu kehilangan dua buah kereta ketika tinggalkan di pengkalan Gawi. Laporan Polis dibuat dan sebuah daripadanya dapat semula body kereta je. Aksosori dan apa yang bernilai pada kereta itu hilang.
        Tapi kalau ikut Dam memang selamat. hanya bayar RM10 untuk 2 malam kenderaan anda anda berada dalam pagar TNB.
       Namun untuk memudahkan urusan kita menaiki bot dan membeli sedikit sebanyak barangan saya cadangkan naik ikut Pengkalan Gawi. Sebab di sini banyak kemudahan tersedia untuk pelancong. Berbeza sekali dengan segala peraturan yang ketat jika masuk ikut Dam Empangan melalui Kampung Jenagor. Semua pengunjung kena faham. Memang patut memperketatkan apa sahaja melibatkan humanitarium sebab itu adalah Empangan Hidro Elektrik.
       Jadi masuklah ikut Pengkalan Gawi sebab itu lokasi pelancongan. Tidak ada apa yang menyusahkan.

Lokasi Mana Perlu Pergi untuk jelajah Tasik Kenyir

Memilih lokasi mesti mengikut hobi dan tujuan masuk ke Tasik kenyir. Nanti saya perjelakan di cerita akan datang.



      

Wednesday 5 March 2014

Tasek Kenyir menyimpan khazanah alam

Sejarah Penempatan Asal Perkampungan Tenggelam di Tasek Kenyir

Sudah 2 hari memikirkan ingin bermula dari mana untuk bercerita tentang Tasek Kenyir ini. Bila lokasi biasa dikunjunggi seperti juga Pulau Redang jadi agak sukar juga memilih-milih pengalaman kebiasaan untuk dijadikan sesuatu yang luar biasa.

Namun sebelum mendetailkan pengalaman terbaru pada akhir Febuari 2014 ada baiknya penceritaan memasukkan segalanya seperti sebuah draf-draf nak siapkan tesis hehehe...
Peta Tasek kenyir



Kalau dulu ini gambaran kebiasaan muka air tasek kenyir
LAMA sebelum ditenggelami air, dasar Tasik Kenyir yang suatu ketika dahulu subur dan permai pernah menjadi sebahagian daripada kawasan penempatan penduduk terawal di Hulu Terengganu.
Walaupun tidak lagi menjadi sebutan, nama-nama kampung seperti Melor, Keliok, Berching, Petang, Mentong, Melaka, Kuala Terenggan, Kerbak dan Belimbing pasti akan kedengaran apabila ada yang menjejak sejarah empangan hidro-elektrik itu.
Topo Map yang digoogle
Namun kini cerita masyarakat yang dahulu berkampung jauh di hulu Sungai Terengganu itu bukan sesuatu yang diketahui umum.
Kebanyakan kisah-kisah lisan yang turun dari generasi ke generasi itu semakin dilupakan.
Wartawan S2 baru-baru ini ke Kampung Dura, di Kuala Berang untuk menemui Abbas Othman, bekas penduduk yang pernah mendiami perkampungan di dasar Tasik Kenyir sebelum ditenggelami air pada 1984.
Pada usia 77 tahun, Abbas boleh dikatakan antara generasi terakhir 'penghuni dasar tasik' yang sanggup berkongsi kisah hidup di kampung asalnya iaitu Kampung Kuala Terenggan.
Ketika berkongsi memori zaman kanak-kanaknya, Abbas mengakui kehidupan kampung kira-kira 60 tahun lalu itu jauh berbeza dengan kehidupan sekarang.
Lokasi Gunung Bewah sebelum wujudnya Tasek kenyir

Katanya, kehidupan di kampung itu boleh diibaratkan berada di dalam dunia yang tersendiri.
Abbas berkata, kedudukan kampung yang terpisah jauh dengan penempatan lain menyebabkan penduduk bergantung penuh pada sumber alam sehinggakan wang ringgit tidak mempunyai sebarang nilai.
"Semasa kecil saya tak pernah tengok duit kerana orang kampung tak guna duit untuk beli barang.
"Nak beras tanam padi, nak ikan ambil di sungai,'' katanya.
Sungai Depan Gunung Bewah sebelum ada Tasek kenyir
Menurut Abbas, wang hanya akan dikeluarkan dari guri (sejenis tempayan kecil) beberapa kali setahun ketika ada penduduk mahu mudik ke Kuala Terengganu untuk membeli garam dan pakaian.
Tambahnya, perjalanan menaiki rakit buluh ke Kuala Terengganu kira-kira 50 kilometer dari kampungnya ketika itu memakan masa empat hingga lima hari.
"Perjalanan menggunakan rakit buluh sangat mencabar kerana penduduk terpaksa mengharungi sungai yang berarus deras dan berbatu.
"Biasanya satu rakit memuatkan tiga hingga empat orang. Mereka akan kayuh secara bergilir-gilir. Ada masanya rakit pecah dipukul arus,'' ujarnya.
Lokasi Gunung Bewah dulu-dulu
Menurut Abbas, kehidupan di tengah belantara yang dilalui oleh penduduk di situ mula mendapat perhatian kerajaan sekitar 1950-an sehingga menyarankan penduduk supaya berpindah.
Katanya, kerajaan menjanjikan pampasan tanah seluas empat hektar kepada yang berpindah ke Kuala Berang.
"Perpindahan pertama bermula pada 1950 selepas penduduk merasakan kehidupan di dalam hutan itu diselubungi kemiskinan.

"Mereka pindah secara berperingkat kerana ada yang tidak
 mahu berpindah sebab sayangkan tanah kebun dan sawah yang luas," ujarnya.
Menurut Abbas, beliau dan keluarganya berpindah sebanyak tiga kali iaitu dari Kampung Kuala Terenggan ke Kampung Petang dan ke Kampung Berching sebelum menetap sepenuhnya di Kampung Dura sejak 1959.
Gambar sayapun turut ada pada poster dalam Gua bewah. Sebenarnya 5 keping gambar ini diambil dari poster milik KETENGAH - Lembaga Kemajuan Terengganu Terengah. Pihak yang bertanggungjawab penuh membangunkan Tasek kenyir dari segenap sudut. Cerita pula dari akhbar Utusan Malaysia. Gambar bawah tu adalah gambar asal saya ketika mendaki Gunung gajah Terom tarikh dan bila ada pada bena tu.... (Kini saya sudah memijak kaki ke puncak pelbagai gunung sebanyak 31 kali dah dikira otai. Rasanya semua gunung yang tersohor di Malaysia sudah saya daki )

Tambah beliau, tempoh perpindahan penduduk dari 'dasar' Tasik Kenyir itu dilakukan kira-kira 20 tahun sebelum pembinaan empangan Stesen Hidro Elektrik Sultan Mahmud di Kampung Jenagor, Kuala Berang.
"Seingat saya, ada lebih kurang 80 keluarga yang terlibat dalam perpindahan peringkat pertama,''
katanya.
Selain penduduk dari Kampung Petang dan Berching, Kampung Dura kini turut dikongsi penduduk dari Kampung Kelitok dan Berching.
Pada masa sekarang, bekas kampung yang bertukar menjadi tasik itu masih boleh dilihat berpandukan beberapa batang sungai yang masih mengekalkan nama asalnya.
Artikel Penuh Sejarah Penempatan ini di: http://www.utusan.com.my/utusan
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sengaja blog ini didahulukan dengan petikan pengalaman yang pernah tersiar di akhbar. Pastinya  ramai yang tidak pernah mengetahuinya dengan cerita ini. Cerita sebenar sebelum terbinanya empangan yang begitu gah isipadu air.  Saya memang ada beberapa orang rakan yang asal kampungnya memang dari kawasan yang sudah ditenggelami  air yang membentuk Tasek kenyir. Bila tanya jawabnya mudah je... Tak Tahu... Ayah mungkin boleh cerita kut... Itu je jawapan yang diberikan. Seluruh kehidupan desanya berubah dengan pembinaan mercu tanda ini.

Stesen Janakuasa Elektrik Sultan Mahmud

Pembinaan dimulakan pada tahun 1978 dan disiapkan pada tahun 1986. Empangan ini memulakan operasi pada tahun 1987 dan dirasmikan pada 1988 oleh Sultan Terengganu, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Pintu Kawalan Masuk ke Dam yang sangat ketat
Specifikasi benteng Empangan Kenyir yang dibina seperti berikut;

Empangan utama

Tinggi 150m dari tapak ke puncak. Panjang 800 m dari hujung ke hujung. Isipadu 15.20 juta meter padu.Aras puncak ialah 155 m atas aras laut. Aras air maksima ialah 153 m. Aras operasi adalah 145 m maksima dan 120 m minima
Takungan : luas permukaan pada 145m ialah 370 km persegi, dan kawasan tadahan ialah 2,600 km  persegi. Isipadu takungan ialah
13,600 juta meter padu.
  
Empangan Kenyir atau Stesen Kuasa Sultan Mahmud adalah sebuah empangan hidroelektrik Terengganu. Ia terletak di penghujung Kampung Jenagor, Kuala Berang merentasi Sungai Terengganu lebih kurang 50 km ke barat laut Kuala Terengganu.

Binaan ini menghasilkan sebuah tasik yang besar dikenali Tasik Kenyir.

Tandop – 4 petak.
Alur limpah – luahan 7,000 meter padu sesaat.
Terowong jana – 4 terowong dengan x.x m bukaan rentang, dan panjang xxx m setiap satu.
Rumah janakuasa
Di atas tanah, 4 tingkat berukuran.
4 set janakuasa merangkumi 4 turbin jenis Francis dengan bersaiz 100 MW sebuah, 4 janakuasa bersaiz 120 MVA sebuah dan 4 pembolehubah bersaiz 120 MVA sebuah.

Jalan naik yang menegak tinggi
Kenderaan boleh disimpan di belakang pondok keselamatan dalam bahagian dalam pagar dengan riset untuk sumbangan kelab sukan. Terima kasih kepada pengurusan Empangan yang turut mengawal kenderaan kami yang di parking di situ.  Dari pintu masuk inilah kena angkut semua kawan-kawan dan akhirnya sebuah kenderaan terpaksa di bawa naik ke atas untuk membawa pemandu-pemandu pula. 

Akhir pergerakan maka pemandu boat pelancong yang membawa kita naik ke atas selepas semua kenderaan di bawa ke tempat parking. Lebih selamat parking di sini dari Pengkalan Gawi. Pernah saya rasa sangat kecewa bila kehilangan 3 buah kenderaan peserta  yang parking di Pengkalan Gawi.
Waktu tu semua peserta dari Kelantan.

Antara Peringatan yang perlu diikuti dan rasanya papan tanda ini sesuai sangat dengan keadaan bukit yang tinggi. Namun ada juga papan tanda yang tidak begitu sesuai dan diletakkan di puncak empangan.

Larangan mengambil gambar. Rasanya larangan ini kena dilonggarkan bagi kawasan berhampiran turun naik boat pelancong dan juga kawasan seperti pejabat atau rumah rehat. Kalau dudu di sini lokasi restoren dan bahagian dalamnya ada ruang pameran. Pengunjung boleh sahaja mengambil gambar.

Sekadar cadangan kepada pihak TNB dan Stesen Janakuasa  agar papantanda ini diletakkan di tempat lain atau di tengah-tengah dataran atau selepas gate di atas laluan bertar menuju ke hujung pelana. Nampak macam saje-saje letak je bila polis TNB hanya melihat sahaja pengunjung yang sibuk bergambar.

Tapi riuh diantara pengunjung sibuk marah rakan-rakan yang berposing dan  mengambil gambar.  Lokasi ini memang tidak sesuai dengan larangan mengambil. gambar. Sebabnya mudah kerana ianya distinasi pertama pelancong tiba sebelum turun untuk menaiki house boat.
Kawasan larangan ambil gambar - Destinasi pertama ketibaan seblum naik bot

Sebelum meneruskan cerita perjalanan ini ingin juga dimuatkan tentang sejarah penting negara yang tidak banyak diluahkan oleh para sarjana. Mungkin sumbernya turut sama tenggelam dengan tasik sejauh mata memandang.




Dari Empayar Srivijaya Malai ke Bumi Terqanun

Di Pagar Ruyung, Nakhoda Khalifah mengetuai satu ekspidisi dakwah ke Selatan Pulau Jawa di mana terletaknya pusat pemerintahan Kerajaan Buddha Sri Vijaya. Kerajaan Buddha Sri Vijaya ketika ini menaungi Fo-Lo-An (Kuala Berang) dan hampir setiap tahun Fo-Lo-An menghantar ufti kepada kerajaan ini melalui wakil yang dilantik. Setelah diIslamkan oleh Syarif Nakhoda dan angkatan Raja Minangkabau, Fo-Lo-An terus merdeka daripada Kerajaan Buddha Sri Vijaya.

Pada tahun 2001, Prof. Dr. Rusydi Hamka telah mendedahkan kepada umum tentang kajian bapanya
yang tidak sempurna iaitu perihal Batu Bersurat Kuala Berang. Pendedahan ini dibuat di Dewan Auditorium IKIM lalu menarik perhatian para pengkaji. Menurut catatan peribadi Dr. Hamka yang ditulis sekitar tahun 1973, ada kemungkinan Syarif Nakhoda adalah Syarif Muhammad al-Baghdadi!! Alasan Dr. Hamka adalah... sebaik sahaja Kerajaan Buddha Sri Vijaya diIslamkan, jejak Syarif Nakhoda tidak dapat dikesan dan didapati tidak pulang kembali
ke Pagar Ruyung mahupun Perlak. Kematiannya turut disiasat dan tidak menemui sebarang petunjuk tentang lokasi makam. Kajian Dr. Hamka terpaksa menelusuri ke Bumi Timur Tengah semula kerana mengandaikan ada kemungkinan Syarif Nakhoda ini telah kembali ke tanah kelahirannya. Namun turut tidak menemui asas yang kuat. Sebaliknya... watak bergelar Syarif Muhammad al-Baghdadi adalah paling kukuh untuk dikaitkan dengan watak Syarif Nakhoda @ Nakhoda Khalifah @ Muhammad Nafs az-Zakiyyah @ Muhammad al-Mahdi @ Muhammad bin Abdullah al-Kamil. Kerana kedatangan Syarif Muhammad al-Baghdadi di Kuala Berang (Fo-Lo-An) sekitar abad ke-12 adalah sama hampir dengan tarikh pengIslaman Kerajaan Buddha Sri Vijaya pada tahun 1178M. Di dapati... Syarif Muhammad al-Baghdadi diiringi sebahagian pengikutnya dari Pagar Ruyung membina Kota Temir yang dipercayai berkeluasan 300 ekar (Muzium Terengganu hanya
mengumumkan 30 ekar sahaja!). Bahkan salah seorang pengikutnya dikenali sebagai Raden Merih telah membuka daerah Dungun ketika itu. Berdasarkan kajian yang masih berjalan... Ada kemungkinan juga individu yang dikenali sebagai Tok Raja Ri adalah Raden Merih di mana makamnya tidak jauh daripada makam Syarif Muhammad al-Baghdadi yang diwar-
Dari Dalam Gua bewah
Tangga yang telah disediakan dalam gua
warkan.