Sudah 2 hari memikirkan ingin bermula dari mana untuk bercerita tentang Tasek Kenyir ini. Bila lokasi biasa dikunjunggi seperti juga Pulau Redang jadi agak sukar juga memilih-milih pengalaman kebiasaan untuk dijadikan sesuatu yang luar biasa.
Namun sebelum mendetailkan pengalaman terbaru pada akhir Febuari 2014 ada baiknya penceritaan memasukkan segalanya seperti sebuah draf-draf nak siapkan tesis hehehe...
![]() |
Peta Tasek kenyir |
![]() |
Kalau dulu ini gambaran kebiasaan muka air tasek kenyir |
Walaupun tidak lagi menjadi sebutan, nama-nama kampung seperti Melor, Keliok, Berching, Petang, Mentong, Melaka, Kuala Terenggan, Kerbak dan Belimbing pasti akan kedengaran apabila ada yang menjejak sejarah empangan hidro-elektrik itu.
![]() |
Topo Map yang digoogle |
Kebanyakan kisah-kisah lisan yang turun dari generasi ke generasi itu semakin dilupakan.
Wartawan S2 baru-baru ini ke Kampung Dura, di Kuala Berang untuk menemui Abbas Othman, bekas penduduk yang pernah mendiami perkampungan di dasar Tasik Kenyir sebelum ditenggelami air pada 1984.
Pada usia 77 tahun, Abbas boleh dikatakan antara generasi terakhir 'penghuni dasar tasik' yang sanggup berkongsi kisah hidup di kampung asalnya iaitu Kampung Kuala Terenggan.
Ketika berkongsi memori zaman kanak-kanaknya, Abbas mengakui kehidupan kampung kira-kira 60 tahun lalu itu jauh berbeza dengan kehidupan sekarang.
![]() |
Lokasi Gunung Bewah sebelum wujudnya Tasek kenyir |
Katanya, kehidupan di kampung itu boleh diibaratkan berada di dalam dunia yang tersendiri.
Abbas berkata, kedudukan kampung yang terpisah jauh dengan penempatan lain menyebabkan penduduk bergantung penuh pada sumber alam sehinggakan wang ringgit tidak mempunyai sebarang nilai.
"Semasa kecil saya tak pernah tengok duit kerana orang kampung tak guna duit untuk beli barang.
"Nak beras tanam padi, nak ikan ambil di sungai,'' katanya.
![]() |
Sungai Depan Gunung Bewah sebelum ada Tasek kenyir |
Tambahnya, perjalanan menaiki rakit buluh ke Kuala Terengganu kira-kira 50 kilometer dari kampungnya ketika itu memakan masa empat hingga lima hari.
"Perjalanan menggunakan rakit buluh sangat mencabar kerana penduduk terpaksa mengharungi sungai yang berarus deras dan berbatu.
"Biasanya satu rakit memuatkan tiga hingga empat orang. Mereka akan kayuh secara bergilir-gilir. Ada masanya rakit pecah dipukul arus,'' ujarnya.
![]() |
Lokasi Gunung Bewah dulu-dulu |
Katanya, kerajaan menjanjikan pampasan tanah seluas empat hektar kepada yang berpindah ke Kuala Berang.
"Perpindahan pertama bermula pada 1950 selepas penduduk merasakan kehidupan di dalam hutan itu diselubungi kemiskinan.
"Mereka pindah secara berperingkat kerana ada yang tidak
mahu berpindah sebab sayangkan tanah kebun dan sawah yang luas," ujarnya.
Menurut Abbas, beliau dan keluarganya berpindah sebanyak tiga kali iaitu dari Kampung Kuala Terenggan ke Kampung Petang dan ke Kampung Berching sebelum menetap sepenuhnya di Kampung Dura sejak 1959.
"Seingat saya, ada lebih kurang 80 keluarga yang terlibat dalam perpindahan peringkat pertama,''
katanya.
Selain penduduk dari Kampung Petang dan Berching, Kampung Dura kini turut dikongsi penduduk dari Kampung Kelitok dan Berching.
Pada masa sekarang, bekas kampung yang bertukar menjadi tasik itu masih boleh dilihat berpandukan beberapa batang sungai yang masih mengekalkan nama asalnya.
![]() |
Pintu Kawalan Masuk ke Dam yang sangat ketat |
Empangan utama
Tinggi 150m dari tapak ke puncak. Panjang 800 m dari
hujung ke hujung. Isipadu 15.20 juta meter padu.Aras puncak ialah 155 m atas
aras laut. Aras air maksima ialah 153 m. Aras operasi adalah 145 m maksima dan
120 m minima


Empangan Kenyir atau Stesen Kuasa Sultan Mahmud adalah
sebuah empangan hidroelektrik Terengganu. Ia terletak di penghujung Kampung
Jenagor, Kuala Berang merentasi Sungai Terengganu lebih kurang 50 km ke barat
laut Kuala Terengganu.
Binaan ini menghasilkan sebuah tasik yang besar dikenali
Tasik Kenyir.
Tandop – 4 petak.
Alur limpah – luahan 7,000 meter padu sesaat.
Terowong jana – 4 terowong dengan x.x m bukaan rentang,
dan panjang xxx m setiap satu.
Rumah janakuasa
Di atas tanah, 4 tingkat berukuran.
4 set janakuasa merangkumi 4 turbin jenis Francis dengan
bersaiz 100 MW sebuah, 4 janakuasa bersaiz 120 MVA sebuah dan 4 pembolehubah
bersaiz 120 MVA sebuah.
![]() |
Jalan naik yang menegak tinggi |
Kenderaan boleh disimpan di belakang pondok keselamatan dalam bahagian dalam pagar dengan riset untuk sumbangan kelab sukan. Terima kasih kepada pengurusan Empangan yang turut mengawal kenderaan kami yang di parking di situ. Dari pintu masuk inilah kena angkut semua kawan-kawan dan akhirnya sebuah kenderaan terpaksa di bawa naik ke atas untuk membawa pemandu-pemandu pula.
Akhir pergerakan maka pemandu boat pelancong yang membawa kita naik ke atas selepas semua kenderaan di bawa ke tempat parking. Lebih selamat parking di sini dari Pengkalan Gawi. Pernah saya rasa sangat kecewa bila kehilangan 3 buah kenderaan peserta yang parking di Pengkalan Gawi.
Waktu tu semua peserta dari Kelantan.
Larangan mengambil gambar. Rasanya larangan ini kena dilonggarkan bagi kawasan berhampiran turun naik boat pelancong dan juga kawasan seperti pejabat atau rumah rehat. Kalau dudu di sini lokasi restoren dan bahagian dalamnya ada ruang pameran. Pengunjung boleh sahaja mengambil gambar.
Sekadar cadangan kepada pihak TNB dan Stesen Janakuasa agar papantanda ini diletakkan di tempat lain atau di tengah-tengah dataran atau selepas gate di atas laluan bertar menuju ke hujung pelana. Nampak macam saje-saje letak je bila polis TNB hanya melihat sahaja pengunjung yang sibuk bergambar.
Tapi riuh diantara pengunjung sibuk marah rakan-rakan yang berposing dan mengambil gambar. Lokasi ini memang tidak sesuai dengan larangan mengambil. gambar. Sebabnya mudah kerana ianya distinasi pertama pelancong tiba sebelum turun untuk menaiki house boat.
![]() |
Kawasan larangan ambil gambar - Destinasi pertama ketibaan seblum naik bot |
Sebelum meneruskan cerita perjalanan ini ingin juga
dimuatkan tentang sejarah penting negara yang tidak banyak diluahkan oleh para
sarjana. Mungkin sumbernya turut sama tenggelam dengan tasik sejauh mata
memandang.
Dari Empayar Srivijaya Malai ke Bumi Terqanun

Pada tahun 2001, Prof. Dr. Rusydi Hamka telah mendedahkan
kepada umum tentang kajian bapanya


mengumumkan 30 ekar sahaja!). Bahkan salah seorang pengikutnya dikenali sebagai Raden Merih telah membuka daerah Dungun ketika itu. Berdasarkan kajian yang masih berjalan... Ada kemungkinan juga individu yang dikenali sebagai Tok Raja Ri adalah Raden Merih di mana makamnya tidak jauh daripada makam Syarif Muhammad al-Baghdadi yang diwar-
![]() |
Dari Dalam Gua bewah |
![]() |
Tangga yang telah disediakan dalam gua |
Assalamualaikum. saya pelajar seni bina lanskap dari universiti tempatan sedang membuat kajian tentang sejarah pembangunan negeri terengganu (terutamanya kuala berang) & sejarah kedatangan Islam ke negeri tersebut. tasik kenyir juga adalah antara kawasan kajian kami. saya ingin tahu lebih mendalam tentang keadaan tasik kenyir sebelum ianya dijadikan empangan(seperti bekas kampung-kampung asal di dasar tasik kenyir dan sebagainya). Jika encik tahu mana-mana pihak yang boleh membantu kami dalam kajian ini, saya harap encik boleh emelkan kepada saya apa-apa informasi mengenai kawasan-kawasan kajian kami ke alamat emel ini, biyazamri@gmail.com . kerjasama encik amat kami hargai. terima kasih
ReplyDeleteok
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteassalammualikum,saya pelajar kolej ingin membuat lawatan ke empangan kenyir,boleh saya tahu bagaimana ingin membuat temujanji dengan empangan kenyir?
ReplyDelete