Tanya orang Kuantan pasti ramai yang tidak tahu. Apatah lagi mahu tanya orang-orang di Chukai Kemaman. Pasti lebih ramai yang tidak tahu dari yang pernah laluinya. Tapi inilah jalan yang pernah menjadi nadi untuk admin ulang alik dari Daerah Hulu Kemaman ke bandar Kuantan. Jarak yang hanya 15 km. Jalan yang tidak banyak berubah dari tahun 1990 hingga gambar-gambar ini diambil Tahun 2015.
Menjadi sempadan yang pelik bila jalan ini yang pemisah sempadan yang panjang. Sempadan antara Negeri Terengganu dan Negeri Pahang. Kalau dari Kuantan akan melalui sebelah kiri Pahang dan sebelah kanan menjadi milik Teregganu. Persempadanan dua negeri ini dipisahkan hampir 9 km.
Sewaktu berada di daerah ini agak lucu juga. Ini kerana perbezaan waktu berbuka puasa antara daerah Kemaman Terengganu dengan Kuantan Pahang, pernah berbeza hampir 3 minit. Ada kedai makan kampung di sempadan sebelah kuantan dan di sempadan sebelah Terengganu.
Jadi boleh pilih daerah untuk sahur dan daerah untuk berbuka..
Agak-agak berapa kilometer untuk menemui jalan ini dari Kuantan? Dan ikut mana untuk lalu kalau dari Terengganu?
Memang agak tersorok ke dua-dua jalan masuk sama ada dari Kuantan atau dari Kemaman Terengganu. Hanya orang sekitar sahaja yang tahu laluan ini. Hanya yang ada urusan dengan daerah ini sahaja yang akan menggunakan laluan ini.
Melihat ke arah papan tanda di sebelah pasti itu jawapannya untuk meneroka laluan klasik ini.
Walaupun ada tertulis tetapi arah mana untuk dituju?
Ok.... sebenarnya penghubung jalan ini dengan bandar Kuantan hanyalah di kawasan Perindustrian Semambu. Sebelum jumpa UMW Toyota. Ada jalan kecil di sebelah kanan. Masuklah ikut situ dan mulakanlah perjalanan. Kalau kali pertama melalui pasti anda tidak percaya berada di sekitar hanya 5 km dari Pusat Bandar Kuantan.
Hati-hati.. Tanah runtuh.. Jalan licin dan cerunan yang dalam di kiri atau kanan jalan. Hayati seketika zaman mula-mula jalan raya dibina. Anda akan lalui pengalaman ini. Bezanya tar sudah baru. Tidak seperti zaman saya ulang alik dilaluan ini dulu. Lopak air ada di merata tempat.
Dahan-dayan pokok yang besar mudah untuk di temui apa lagi pokok-pokok yang besar. Memang nampak betapa klasiknya lokasi ini. Lokasi jalan yang pasti cukup menyegarkan mata bila kita dari Kuantan.
Jalan memang licin. Apa tidaknya bila lumpur melempah atas tar. Berhati-hati dengan kereta dari laluan depan. Kalau dari jenis yang berhati-hati itu memang tidak menakutkan tapi awas ini juga laluan lori-lori yang mahu masuk ke bandar Kuantan.
Benar-benar terasa seperti kita berada dalam hutan yang tebal. Memang lokasi ini kiri kanannya adalah pokok-pokok besar. Hutan yang terletak hanya 1 km dari Semambu Kuantan. Mungkin kalau diteliti pasti dipenuhi dengan flora-flora yang cantik. Mungkin juga fauna-fauna yang jarang ditemui.
Ini yang amat tidak menarik sebab himpunan yang disorokkan dibalik fauna-fauna yang cantik. Himpunan yang menghasilkan bau memang boleh tahan untuk mengelak dari terhidu.
Siapa yang harus dipersalahkan. Nak marah pada kurikulum pendidikan di sekolah. Cuba hayati ilmu yang ada dan diluahkan dalam sukatan pelajaran. Cukup untuk membuktikan perlakuan ini memang tersenarai dan diajar bersifat positif. Buktinya mana ada sampah di sekolah.
Jadi sama-sama kita buah sifat untuk mudahkan diri kita sahaja. Fikir untuk semua orang sebelum bertindak ke arah perkara yang nagetif. Apapun laluan yang aman dan nyaman tiba-tiba dikotori.
Jangan marah dengan apa yang saya tulis tentang sampah itu. Namun itu yang ada selepas kita keluar dari laluan hutan tebal tadi. Selepas melepasi kawasan hutan sudah tentu adanya pembangunan. Ini atara yang boleh ditemui. Jangan gusar untuk lalui laluan ini. Ianya selamat dan sememangnya ada penempatan. Loji air yang menjadi nadi air kawasan sekitar beroperasi di sini. Klinik kesihatanpun ada dibina. Sekolah Menengahpun ada. Ternyata jalan ini amat penting menjadi nadi kepada penduduknya.
Kita masih lagi di Kuantan. Masih lagi dalam negeri Pahang. Belum nampak bayang-bayang Negeri Terengganu. Kita mula temui ladang sawit di tanah Pahang. Anehnya sawit-sawit ini terbiar seperti tidak terjaga. Sawit-sawit yang menambah lagi ngeri kepada yang kali pertama memandu di laluan ini.
Anda akan laluan laluan mendaki dan bila sampai ke puncak dakian anda boleh pandang jauh-jauh. Yang nampak terbentang itu ada Gunung Tapis yang tingginya 4957 kaki. Admin sudah sampai ke puncaknya. Memang menarik. Tidak sangka dari puncak bukit di laluan ini boleh nampak jelas tebing besar Gunung Tapis yang terletak di sungai lembing.
Di gambar sebelah ini adalah laluan mendaki yang memberi peluang untuk melihat ke arah kejauhan. Kejauhan tanah Pahang dan bukannya Tanah Terengganu. Dari Kuantan sebelah kiri kita adalah Tanah Pahang. Bila memandang ke sebelah kanan sudah dekat dengan tanah Terengganu.
Semenjak kawasan Bukit Goh Kuantan dipenuhi dengan permandangan merah kuning, admin belum lalui laluan ini. Apakah menerima nasib yang sama dengan udara kemerahan-,merahan. Merahku Darah Merah dan Darah itu Amarah...
Laluan lurus yang akan membawa ke bumi Terengganu. Laluan lurus yang dihiasi dengan kebun-kebun buah. Banyak sekali pohon rambutan dan durian. Kebun-kebun yang entah wujud berpuluh tahun atau mungkin sudah beratus tahun.
Mahu kata dogeng rakyat atau kebenaran itu bukan soal pokoknya. Yang jelas khabarnya lokasi ini merupakan tempat persembunyian komunis zaman pejuang-pejuang kita berusha untuk mendapatkan kemerdekaan. Ada setengahnya kata ini merupakan kawasan orang-orang Cina yang tidak mahu terlibat dengan apa-apa agenda politik dan lari masuk ke dalam hutan. Mungkin ada pembaca yang mahu memulakan tesis PHD Migrasi atau PHD Sejarah boleh ambil tajuk ini. Sudah pasti skopnya kecil. Senang untuk dibuat kajian. Phd itu adakalanya hanya untuk kepuasan sahaja. Dan Phd itu belum tentu menjamin keluhuran budi pekerti. Sorryyyy.. Sesekali rasa ingin bersetuju dengan serangan orang politik dulu. Yang diketuai oleh Giant Killer mengalahkan Presiden PAS. Marahnya pada "Profesor Kangkung..."
Memang tebing dan lembah di sini banyak kangkung. Sibuk pada profesor rupanya kita sudah sampai ke Terengganu.
Tak jauhpun sempadan Terengganu dan Kuantan. Hanya 15 KM sahaja. Jangan terperangkap. Sempadan ini memberi tahu sebelah kiri kita masih lagi Negeri Pahang. Hanya sebelah kanan sahaja tanah milik Terengganu. Tapi batu sempadan sudah ditunjukkan di sini.
Itulah unitnya sempadan ini. Mula-mula tadi sudah bercerita tentang beza waktu berbuka puasa antara Negeri Pahang n Terengganu atau lebih tepat Daerah Kuantan dan Kemaman. Apapun ada Tokong merah itu berada betul-betul di sempadan dengan Terengganu.
Batu sempadan jelas menunjukkan jarak 15 KM. Bermakna antara sempadan Terengganu dengan bandar Kuantan sebenarnya tidak jauh. Tidak jauh kalau lalu ikut laluan klasik yang dinamakan oleh saya sendiri ini.
Saya memilih klasik sebab saya sudah menggunakan laluan ini dari tahun 1985 lagi. Hinggalah bekerja di kawasan ini pada awal 90 an. Bila lalu pada hari ini. Laluan ini masih lagi begini. Masih lagi seperti begitu terpelihara.
Ramai ke orang Cina di kawasan ini. Mungkin ramai sampai terbina tokong. Setidak-tidaknya laluan ini tetapo menjadi kunjungan yang tidak putus-putus.
Apapun selepas sahaja Tokong merah ini kita sudah berada di bumi Terengganu. Bumi yang kental dengan Pahlawan Abdul Rahman Limbong yang berjuang menentang Inggeris pada Tahun 1920an. Ketika Inggeris cuba kenakan cukai kepada petani-petani miskin di Terengganu. Abdul Rahman Limbonglah yang menjadi wira. Malahan menjadi peguam bela kepada golongan petani. Jahatnya orang putih kerana melebelkan Abdul Rahman Limbong ini sebagai penderhaka kepada kerajaan. Pada hal inilah wira kepahlawanan sebenar orang-orang Melayu dalam usaha menentang pendatang yang cuba bertapak mencari harga di bumi Melayu. Abdul Rahman Limbong ini berguru dengan Tokku Paloh. Bila masuk Terengganu kita selitlah sikit Sejarah Terengganu.
Tanah Terengganu juga memiliki sawit. Tanda sempadan Terengganu sudah ditemui namun segala urusan surat menyurat tetap menggunakan alamat Kuantan. Masih sampai di Pejabat Pos Besar Kuantan sebelumn sampai ke perkampungan ini. Melalui kawasan ini sudah nampak perbezaannya. Pokok-pokok kayu besar sama sekali tiada. Hiasan yang jelas hanya pokok kelapa sawit yang tua dan yang baru di tanam. Laluan juga agak sepoi dan tidak sibuk langsung.
Sedikit demi sedikit kita berpeluang melihat kawasan perumahan. Kawasan seperti sebuah perkampungan tradisi. Sebuah perkampungan Melayu. Perkampungan dengan rumah kayu. Lengkap dengan kemudahan sekolah dan klinik. Jelas dapat kita temui.
Kedai-kedai makan juga ada. Menunggu untuk kita singgah. Namun debu-debu kuning dengan tanah yang kelihatan berbaja itu menyebabkan kawasan di sini berhiaskan kekuningan. Hasrat untuk minum bertukar hanya untuk mengambil gambar sahaja.
Apa yang menariknya.... Kawasan di sini masih lagi milik Negeri pahang. Sedangkan tanda sempadan Terengganu sudah dilalui. Ini antara bukti tanah Terengganu di seberang jalan dan seberang satu lagi Tanah Milik Pahang.
Sekolah-sekolah di sini jelas memberitahu kita masih berada di kawasan pahang.
Di lokasi ini mesti berhati-hati dengan binatang ternakan. Semamangnya lembu dan kambing dibiarkan bebas.
Apakah bebas memakan segala tumbuhan yang ada di sekitar perkampungan ini? Apakah makan hasil tanaman orang lain? Sukar untuk dijelaskan. Yang pasti kalau tidak mendapat kebenaran tuan tanah pasti hasil yang dimakan oleh lembu itu......haram ke? Entahlah tapi apapun konsep berkat dari harta lembu tuan punyanya boleh dipertikaikan. Bela ternakan yang bebas makan apa sahaja di jalan. Lembu kambing memang tidak punya otak berfikir. Bagaimana dengan tuan punya pula.
Apa yang kita lihat di sekliling ini masih lagi milik pahang. Bukan Terengganu walaupun sudah lama kita temui sign sempadan Terengganu n Pahang.
Namun di KM 20 ini kita temui sesuatu yang lain. Papan tanda di sini sudah mula bertukar. Dari Kuantan kepada Kemaman di bahagian bawahnya.
Baru di sini benar-benar berada di Tanah Terengganu.
Ternyata samada Kuantan atau Kemaman hiasanmata kita hanyalah pohon kelapa sawit. Memang ada satu perkampungan Cina di sini. Dengan rumah-rumah papan lama dibina dari atas tanah. Memang jelas memperlihatkan kawsan ini merupakan satu pekan kecil satu ketika dulu. Binaan kedai-kedai kayu cukup banyak dan terbiar.
Terdapat sebuah sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Sekolah didaftarkan dalam daerah Kemaman. Tidak sampai 1km pun dengan sekolah Kebangsaan yang didaftarkan dalam daerah Kuantan. Ada sebuah Balai Polis di sini.
Laluan melewati bawah jambatan LPT2 Jabor ke Kuala Terengganu. Kalau ada sesiapa yang perasan bila melewati LPT2 kita akan bertemu dengan sign bord Selamat datang ke Terengganu dan Kemudian kembali kepada Selamat Datang ke Pahang.
Akhirnya bertemu dengan tanda ladang dimiliki oleh Sime Darby. Dulu budak-budak sekolah tidak kenal sangat dengan Sime Darby ini namun bila berada dalam Liga Super n Liga Perdana Malaysia nama Sime Darby ini serta merta berada di tengah-tengah masyarakat.
Kawasan ini dulu dihuni oleh kaum India. Sehingga terbina sekolah Jenis Kebangsaan India Jabor. Namun hari ini penempatan kaum India di ladang ini semakin mengecil. Berlaku migrasi keluar ke bandar. Sekali lagi peluang diberi untuk yang nak buat master Geografi atau Sejarah boleh guna tajuk ini. Sebab skop kajiannya sangat kecil... Senang untuk lulus. hahahaha..
Hiasan jalan di ladang ini agak menarik. Sesuatu yang jarang-jarang ditemui. Namun mungkin ini permandangan biasa untuk ladang-ladang yang dibuka oleh Inggeris. Asal ladang ini milik Gutrie. Memang sangat menarik untuk dikaji. Kalau tak percaya cuba baca cerita
Serangan di waktu subuh. Siapa yang belum baca boleh google. Cari cerita itu. Cerita yang memperlihatkan hero-hero bangsa. Cerita yang membenarkan kata-kata bila perancangan sempurna maka hasilnya pasti sempurna.
Kalau belum baca sila google sekarang. Tag saja pada nama
Serangan Waktu Subuh. Dan ini adalah ladang peninggalan gutrie.
Akhirnya kita akan meluru keluar ke laluan yang biasa digunakan oleh seluruh penduduk Terengganu yang mahu ke Kuantan sebelum pembinaan LPT2 ini.
Akhirnya perjalanan kita keluar ke Lebuh raya Jerangau - Jabor. Laluan yang diguna setelah sekian lama untuk penduduk di Teregganu dan Kelantan untuk ke Kuantan. Laluan altenatif jika tidak mahu menggunakan jalan pantai.
Ada tanda KM yang patah tapi tetap memberitahu kita keseluruhan laluan ini sejauh 24 KM.
Bila keluar ke Lebuhraya Jerangau Jabor akan terpampang sign bord penunjuk arah. Mahu kembali ke Kuantan atau ke Chukai dan Kuala Terengganu. Saya mencadangkan anda ambil sign bord ke Kuala Terengganu dan naik ke LPT2 di susur Cheneh. Ini antara laluan alternatif terbaik kalau jem di Tol Jabor.
Wakaf hijau itu terletak di jalan masuk dari Lebuh Raya Jerangau Jabor.
Sekian untuk perjalanan hari ini.