Sunday 30 December 2012

Jom ke Pulau Redang

Jom ke PULAU REDANG


Bila sebut Pulau Redang ramai yang mengeluh. MAHAL.... Itu yang bermain difikiran setiap pelancung ke sini. Cuba google dan cari pakej harga ke Redang, paling murah untuk 3 hari 2 malam mesti lebih dari RM400.00

Kalau deal harga dengan resort atau travel agent pastikan Harga yang dibeli tu termasuk keseluruhan makan minum sepanjang di Redang. Maka jelas patutlah pakej tu mahal. Habis boleh ke beli pakej untuk tidur je.... Jawapannya boleh. Harga bilik dikira sebagaimana kita sewa kat bandar atau pusat peranginan lain. Belum habis di situ lagi anda kena pastikan booking tu termasuk dengan Boat Trip untuk pergi snorkeling dan singgah ke pulau di sekitar Redang. Tengok map tu bercambah lagi Pulau-Pulau kecil di sisi Pulau Redang. Pulau-pulau kecil itulah yang menyimpan banyak khazanah dasar lautnya yang cetek yang menarik.

Memang betullah untuk ke Pulau Redang ni mahal harganya, Tapi saya akan tunjukkan dengan hanya RM160.00 anda boleh berada 3H 2M di Pulau Redang ni. Bagaimana caranya?

Tak lain tak bukan kena pergi by group dan berkhemah saja. Jangan lupa tapak khemah di Pulau Redangpun kena sewa dan dikira harga per person dan bukannya per khemah. Tak apalah nak beli pakej resort by group tetap dikira per-person jugak.


Akhirnya dapat juga berkhemah di Pulau Pinang tempat letaknya Taman Laut utama di Pulau Redang. Kebetulan nama sama dengan Pulau yang pernah aku huni selama 4 tahun lebih ketika zaman jadi budak USM dulu.

Susah jugak berada di Pulau yang tidak dikelilinggi Resort. Tapi dikalangan kami hampir 30 orang ni sangat happy. Cukup privacy berada di sini. Bayangkan bila malam hanya grup kami je yang berada di Tapak Khemah

Sebenarnya ada resort jugak di sini, tapi khusus untuk kakitangan kerajaan sahaja. dan langsung tak ada kedai makan di lokasi kami camping ni. Di bahagian depan jeti ramai jugak orang yang terdiri dari kakitangan Taman Laut dan Team Penyelamat JPAM yang memang tinggal di Pulau ni. Dengan bantuan penyelamat JPAM kami dapat Teksi Boat untuk ke tanah besar Pulau Redang. Teksi Boat tu macam biasalah seorang kena RM5.00. Tapi tak kisahlah selepas naik boat malam-malam buta dan bila sampai di tanah besar redang ambil pulak Van juga kena RM5.00 seorang. Van bawak kami ke perkampungan Pulau Redang yang dipenuhi dengan kedai-kedai makan serta runcit dan memang happeninglah berada di Kampung Pulau Redang. Dapat pulak nonton Astro Chelsea VS Norwich. Entah lupa siapa menang tapi kebiasaannya Chelsealahkan. Van tadi jugaklah yang hantar kita balik ke jeti dan boat tadi jugaklah yang bawak kembali ke Pulau Pinang Taman Laut tapak Camping kami.


Jeti Utama Taman Laut
Tempat kami berkhemah ni merupakan di sebuah Pulau yang terasing dari Pulau Tanah Besar Redang dan bukan di Pulau yang dipenuhi resort-resort. Sangat sesuai untuk pertubuhan atau sekolah nak buat camping.

Pusat Penentasan Penyu
Pagi-pagi dah berada di Taman Laut Pulau Pinang tempat tumpuan pelancong. Dikalangan kami yang sudah solat subuh mula siapkan roti bakar dengan telur mata lagi . Packing  alatan masak ringkas je.... Periuk elektrik, periuk sedeharna besar, kuali sebijik dan  Water Heater. Camping Gas dapur yang banyak dijual di Giant tu. Tak payah cari kayu api tempat masak di camping site ni ada plug elektrik. Info ni dah dapat dari kawan yang berkhemah di sini. Tandasnya pulak sangat bersih. Untuk malam ni Segala kemudahan di site camp ini hanya untuk kegunaan 30 orang sahaja..hahaha. (Barangkali boleh kalau nak berkhemah sehingga 200 - 300 orang di kawasan ini)

Ferry Kuala Terengganu ke Redang
Pagi pertama di Redang, Ketika jalan-jalan tepi pantai bertembung dengan kakitangan Taman Laut dan dia beritahu kalau nak mandi tengok tanda aras pada tiang, kalau air dah melepasi warna merah pada tiang tu maka bolehlah terjun laut. Tanda tu letaknya di tiang jeti utama. Kebetulan hari tu air surut, lepas pukul 9.00 pagi barulah kami dapat mandi. Sebelum tu sempatlah tengok Pusat Penetasan Telur Penyu yang terletak tidak jauh dari tapak khemah kami ni.

Snorkeling di Pulau Paku
Kami ke sini naik Ferry dari Jeti Shahbandar Kuala Terengganu yang dekat dengan Pos Malaysia. Kami naik Feri petang jam 3.30 dan sampai di Jeti Redang jam 5.30 petang. Dari sini memang dah booking Teksi Boat yang bawa kami ke Taman Laut Pulau Pinang. Lapor diri kat penguasa Taman Laut langsung bawa kami ke tapak khemah yang tak berapa jauh dengan surau. Dah terfikir dalam hati aku kalau hujan ribut malam ni ke suraulah jawabnya.

Hari ni kami mandi sekejap di Taman Laut bila melihat berpusu-pusu boat dari resort sampai. Sebenarnya kami dah booking boat pelancung RM650 sebuah untuk sehari dan  dah janji pada pukul 10.30 pagi. 

Boat inlah yang bawak kami menjelajah ke seluruh pelusuk Pulau Redang. Mula-mula boat bawak kami snorkeling di Pulau Paku kemudian ke Pulau Lima. Pulau Lima ni memang ada lima biji Pulau yang duduk berdekatan. Memang cantik dasar laut Pulau Lima ni dengan hiasan Terumbu karang. Malangnya kami tak ada underwater camera maka tak bolehlah tampalkan gambarnya di sini.

Dalam perjalanan ke Pulau ini dengan jelas kami nampak resort-resort yang bertebaran di Pulau Redang.  Kami akan singgah jugak di situ sebelah petang nanti. Memang tak ada erti penat bila dapat snorkeling di kawasan Pulau Lima ini. Ikan-ikan begitu jinak sejinak kucing kat rumah. 

Dari boat ke Jeti Perkampungan utama Redang
  Akhirnya jam 2.00 petang boat meluru ke Jeti utama. Memang plan kami  makan nasi di kedai dekat jeti Ferry. Harganyapun taklah mahal sangat. Lebih kurang harga kat bandar je. Lauk pauk pulak boleh tahan jugak untuk buat pilihan.


Pantai Teluk Dalam
Anda Pasti Teruja berada di Teluk Dalam ini
Tak ada kedai runcit  di jeti ni, entah macam mana van yang bawak kami malam tu pun kebetulan ada bersama makan di kedai dekat Jeti ni. Rakan-rakan yang tak keluar pada malam semalam beri cadangan
nak tengok suasana serta view sosial budaya perkampungan Pulau Redang. Tanpa buang masa selepas makan sekali lagi kami naik Van dan terus ke perkampungan.

Lebih menarik pemandu van bawak kami sampai ke The Taras Resort dan terus ke satu panorama yang memang membuat kami sangat teruja. 

Pantai Teluk Dalam.  Tiga keping gambar ini menceritakan segalanya betapa kejernihan air dan keputihan pasirnya membuatkan kami cukup teruja dengan kebesaran Pencipta alam ini.

View di Jeti Perkampungan
Kami berkebetulan dengan satu grup dari sekolah Selangor sedang beraktiviti di Teluk Dalam ini. Hampir satu jam jugak berlegar-legar di perkampungan dan sempat singgah ke Lapangan Terbang Pulau Redang dan kemudian singgah di Masjid Pulau Redang untuk solat.

Selesai segalanya kami kembali ke boat dan  bergerak lagi ke Pasir Panjang. Kawasan Resort-resort dengan pakej harga yang pada saya cukup mahal untuk melancong di Malaysia.


Gambar di sebelah adalah permandangan di Jeti Ferry yang juga jeti utama untuk penduduk tempatan Pulau Redang.

Stesen Minyak
Kalau melancong ke resort kami sebenarnya tidak berpeluang untuk singgah di perkampungan. Itu yang diberitahu oleh boatman. Kecuali menginap di The Taras Hotel yang harganya RM1000.00 lebih untuk satu malam.

Ini adalah satu-satunya stesen minyak bersubsidi untuk penduduk kampung dan seluruh aktiviti pelancongan di Pulau Redang. Khabarnya Stesen Minyak inipun baru dibina dalam Tahun 2012 ni.

laluan dari jeti Ke Boat
Sebelum menaiki boat sempat kami lihat kapal terbang mula terbang rendah untuk turun ke landasan. (Gambar kapalterbang  yang diletakkan dalam blog ni saya ambil kat web pelancongan) 
 


Dari jeti Ferry Pulau Redang Maka bermulalah sekali lagi kami berada di atas boat untuk meredah laut. Itu untungnya sewa boat untuk 1 hari penuh, kita boleh guna sepenuhnya untuk pergerakan. Kali ini kami akan ke Pasir Panjang dan akan habiskan petang ini di kawasan penempatan resort-resort pelancongan Pulau Redang.

Gambar boat kuning di sebelah menjadi nadi kepada pergerakan kami satu grup. Nampak kecil tapi cukup selesa untuk 28 orang penumpang. Boat siap dengan toilet dan kalau nak sewa set snorkelingpun boleh buat tempahan dengan boatman. 

Boat yang bergerak di Kepulauan Pulau Redang
Harga sewaan set snorkling serta jaket keselaman untuk kegunaan 2 hari RM35.00 sahaja. Tapi kebanyakan dari kami memiliki set snorkeling sendiri, namun sebahagiannya kami menyewa dengan boatman ini. 

Perjalanan dengan boat agak menarik juga sebab kami bergerak dekat dengan tebing atau pantai dan dengan jelas dapat menikmati suasana sebenar keseluruhan kawasan pelancongan Pulau Redang.

Gelombang agak besar jugak untuk melengkapkan lagi perjalanan kami dengan boat pelancung yang menyerupai sebuah boat nelayan yang telah diubah suai untuk pengangkutan pelancong.  Malahan saya perhatikan boat-boat yang membawa pelancong dari resort sama je dengan boat yang kami naiki ini. Tidak banyak kami temui boat laju atau boat mewah seperti di Pulau Langkawi.


Siri gambar di sebelah adalah gambar keindahan pulau-pulau kecil yang kami lewati sepanjang perjalanan ke Pasir Panjang Pulau redang.  

Pulau-pulau yang tiada penghuni, menurut boatman semua perairan pulau-pulau itu adalah lokasi snorkeling. Setiap kawasan pulau memiliki kelebihan tersendiri. Kami tak singgah dan kalau nak singgah semua pulau-pulau kecil tu sudah pasti memerlukan masa seminggu untuk berada di Pulau Redang ini.


Sesetengah kawasan snorkeling penuh dengan batu karang dan ikan-ikan cantik, sebahagiannya pula penuh dengan baby shark yang besar kemungkin ibubapanyapun ada. Kalau di kawasan dalam sikit bolehlah bersua dengan penyu. Dan kawasan dalam merupakan surga untuk kaki scuba

Untuk kita yang hanya bersnorkeling ini cukup sesuai di Taman Laut Pulau Redang tempat tapak khemah kami dan dibeberapa pulau yang memang menjadi tanggungjawab boatman untuk bawa ke situ. Itulah yang diceritakan oleh boatman kepada saya.

Gambar di sebelah merupakan tebing yang penuh dengan resort-resort dan ada tapak perkhemahan untuk disewa juga di kawasan ini. 
Lokasi Penghuni Resort mandi

Apa yang mengkagumkan kami di Pulau Redang ini adalah kejernihan airnya. Air yang dalam tapi kita mampu melihat dengan jelas dasarnya serta ikan-ikan yang bertebaran di air. Barangkali itulah antara keunikan Pulau Redang yang membuatkan pengunjung serta pelancong tidak jemu-jemu untuk kembali lagi ke sini.   

Saya sendiri menyimpan hasrat untuk kembali lagi di Pulau ini. Ingin sekali untuk snorkeling lama-lama dan kalau boleh tak mahu ke lokasi lain hanya ingin berada di taman laut dan snorkeling sepuas-puasnya di situ.


Telok pulau yang tenang dan nyaman. Gambar di sebelah adalah kawasan Pasir panjang dari jauh. Permandangan dari kejauhannya sudah begitu mengasyikkan dan memang menjadi surga untuk kaki travel.  

Pantai Pasir Panjang
Sepanjang berada di pantai Pasir Panjang Pulau Redang yang di penuhi dengan hotel dan resort memang happening di sini, Suasana pelancongan yang tidak sama dengan mana-mana pulau yang lain. 

Kalau di Tioman kita sibuk dengan motorsikal yang turut lalu lalang tapi di Redang ini langsung tak ada kenderaan. Yang dapat dilihat hanya kenderaan resort untuk mengangkut barangan sahaja.

Satu persatu resort yang saya lewati dan saya buat satu kesimpulan memang berbaloi kalau yang ingin ketenangan dengan membeli pakej hotel di sini.

Boatman tak turun tapi dia beri arahan untuk berjumpa di Jeti Laguna Resort, Katanya kalau tak jumpa tanya je sesiapa sahaja pekerja hotel atau lifeguard di redang ni, pasti dia akan tunjukkan arah. Dengan syarat terus berjalan ke sebelah kiri pantai ni.

Hampir 2 jam kami berada di sekitar resort dan sempat minum Akhirnya kami sampai juga di jeti Laguna Resort. Boat menunggu kami untuk kembali membawa kami pulang ke Jeti Taman Laut Pulau Redang.

Marine Park Pulau Redang
Tak terasa sudah dua hari di Pulau ni. Malam ni kami masak nasi berlauk sardin. sepatutnya ini menu `tengah hari  tapi apalah sangat masak sardin ni sekejap je dah boleh makan. 

Penyelamat JPAM yang cukup dedikasi membantu
Malam semua keletihan. Lepas solat isyak dah masing-masing mula tidur. Tak sempat nak minum malam, Saya dengan beberapa orang rakan pergi ke jeti Taman Laut lebih kurang jam 10.00 malam, Beberapa kakitangan Taman Laut ada di situ dan saya guna peluang ini untuk bersembang. Katanya kalau bernasib baik boleh tengok penyu bertelur malam ni. Dan di jeti ni juga adakalanya berpeluang tengok penyu, shark dan pari besar. Kami menunggu dan intai-intai tapi hanya layan ikan-ikan kecil yang makan biskut yang kami bawa.

Hari ke tiga tepat jam 9.00 pagi kami snorkeling sepuas-puasnya di Taman Laut Pulau Redang. Memang betullah kita boleh beri makan ikan-ikan dan kita berenang bersama-sama ikan di sekeliling tubuh kita.

Ponton tempat singgah snorkeling
Hairan benar bagaimana beribu-ribu ikan ini tidak lari jauh dari beratus pelancong yang mandi di Taman laut ini. Dikalangan kami seolah-olah tak mahu balik tapi apakan daya tiket Ferry kami jam 1.00 tengah hari dan teksiboat yang kami janjikan akan datang pada jam 12.00 tengah hari.

Untuk berkemas juga tak menjadi masalah sebab malam semalam segalanya sudah di packing cuma tinggal peralatan untuk guna di sebelah pagi saja lagi.

Pagi ini kami dikejutkan dengan kehadiran Pegawai di Taman Laut ke Tapak Khemah kami. Pelawa dia makan tapi hanya minum je....tupun selepas dihulurkan cawan berisi air ke tangannya. Beliau membawa satu kotak putih dan pelawa kami untuk lepas anak penyu... 


Selama ni tengok dalam berita dan rencana TV je aktiviti melepas anak penyu...  Pagi ni riuh rendah kami melepas anak penyu di Taman Laut Pulau Redang. Kenangan yang sukar untuk dilepaskan. Tak jumpa ibu penyupun tak apa, dapatlah juga lepas anaknya. Aktiviti yang sungguh kami tak duga. Terima kasih kepada kakitangan Taman Laut memberi kami satu pengalaman yang sukar dilupakan.

Makan pagi ini menunya nasi goreng dengan telur mata. Masing-masing nak cepat minum untuk "Time Snorkeling di Marine Park" Roti diletakkan dalam botol mineral water kecil. Inilah bekalan untuk memanggil ikan-ikan.

Sememangnya Pulau Redang memiliki segala-galanya untuk kaki travel, segala yang ada di sini sukar untuk ditemui di tempat lain. Keindahan Pulau Redang selain fizikalnya dan lebih menyerlah lagi adalah isi lautan di kawasan Terumbu Karang.


Patutlah resort dan hotel di sini buat pakej antara RM400.00 hingga RM500.00 untuk 3H 2M memang berbaloi untuk bayar dengan harga itu. 

Panjang umur pasti saya ke sini lagi dengan trip murah begini lagi.

Saya akhiri dengan View Taman Laut Pulau Redang yang menarik 


Akhir kata kalau nak ke Taman Laut sila hubungan Jabatan Taman Laut. Pasti ada infonya.




16 comments:

  1. Bro bantu kami nak bawak my team seramai 20 orang untuk berkehamah 3hari 2 malam di Pulau redang.

    ReplyDelete
  2. ktorg nk cmping dlm 10 org. smua llki. tlg bg detail bole? thx.. fahimanadhira0402@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Terima kasih bagi info... Selain Taman Laut ada tak camp site kat tempat lain

    ReplyDelete
  4. mintak email no telefon untuk camp site kat redang..urgent2...shahir_abusamah@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. boleh tolong saya nak detail tentang camping kat redang.. ASAP... ye... ni email.. dayangsyuhadha@hotmail.com

    ReplyDelete
  6. salam email kan juga pd sy detail tapak khemah taman laut ni n contact number van tu
    miss_bella3434@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. salam...bole bantu saya x nak bercamping and snorkeling sramai 10 orng di Pulau Redang...more detail please..
    mal.adira189@gmail.com

    ReplyDelete
  8. salam...bole bantu saya x nak bercamping and snorkeling sramai 10 orng di Pulau Redang... pada 1.6. 2014 iaitu hari ahad .more detail please.. my phone nmber 0145452941

    ReplyDelete
  9. ktorg nk cmping dlm 25 org 3h2m tlg bg detail bole? thx.. nadiah361@gmail.com

    ReplyDelete
  10. tapak khemah berapa ringgit seorang?

    ReplyDelete
  11. tlg emelkn detail tapak khemah taman laut ni n contact number van tu bleh? time kasih.. cwmaisarah@gmail.com

    ReplyDelete
  12. salam .boleh bantu saya tak untuk dapatkan detail package untuk kem site di taman laut ,kami seramai 40 orang ingin menginap di taman laut selama 3 hari 2 malam..ini email sya. mie_ni92@yahoo.com/.0139609452

    ReplyDelete
  13. Admin akan ke Redang dengan pakej sebagaimana cerita di atas....(Lebih kuranglah) Tarikh cadangan dlam bulan April 2017. (Pulau Redang baru dibuka pada tarikh ini. Ada sesiapa yang berminat ikut serta boleh email admin Zulai Budi: gen7outdoor@gmail.com.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. boleh tak sy dapatakan details utk pakej campsite? dlm 60 org. dalam 3 hri 2mlm. tq. nak buat dlm bln 9

      Delete
  14. salam sejahtera. boleh saya dapatkan details lagi ydvengitasamy@yes.my

    ReplyDelete