Thursday, 27 December 2012

Keretapi Sungai Golok ke Bangkok ke Sungai Golok
Sudah agak lama impian ini tersemat di hati untuk merasai pengalaman naik keretapi dari Sungai Kolot ke Stesen Hua Lamphong, Bangkok.
Pengalaman yang jarang-jarang dimiliki oleh orang Malaysia sedangkan inilah pengangkutan utama yang menjadi kebiasaan baik orang muda, dewasa dan bayi yang tinggal di Selatan Thailand.
Akhirnya kesempatan ini dipenuhi ahkir tahun 2012 dan akan saya penuhi cerita untuk panduan sesiapa yang bakal naik keretapi ini. Teruskan bersama dalam Blog yang tidak seberapa ini.
Mudah untuk temui Train yang akan kita naik sebab pada dindingnya ada diselitkan papan tanda. Baik di Golok atau di Bangkok. Namun di Stesen Golok sangat mudah hanya satu atau dua Train yang berada di stesen, berbeza dengan Bangkok yang banyak terminal yang perlu kita perhatikan tapi kembali pada tiket tengok no train yang akan kita naik jadi jangan buang masa terus ke terminal itu.
Jangan lupa kalau nak beli tiket pastikan tiket anda itu ada dengan tempat tidurnya sekali sebab perjalanan yang akan ditempuhi bukannya sekejap. Saya cadangkan anda hanya pilih tiket untuk "Special Express" atau "Rapid" sahaja.  Pilih  Second Class yang ada aircorn, ada tempat tidur dan ada dengan meja makan. Semua itu mudah alih.
Ini rupa tiket, simpan baik-baik sebab setiap perhentian stesen akan naik inspector tiket akan memeriksa. Cuba tengok waktu berlepas dan waktu ketibaan. Ya...hampir 24 jam barulah kita akan tiba di Bangkok tanpa mandi tapi sebenarnya anda boleh mandi dan gosok gigi dalam tandas train tu... tak ada orang yang nak marah.
Nasihat saya ketika di Golok beli dulu bekalan untuk makan malam sebab susah nak dapat Halal Food dalam train walaupun ada restoren. Tapi sepanjang perjalanan melewati Selatan Thai (Dari Golok ke Hat Yai) masih ramai penjaja Islam yang bawak naik makanan. Boleh je kita beli dan harganyapun berpatutan.
Gambar yang berbaju kuning tu penjaja Muslim dalam train. Macam-macam makanan ada. Dari nasi putih hingga ke kuih-muih ada dijaja dalam train. Telur masimpun ada. Tapi yang bes buah mempelam yang telah dibuang kulit dan disertakan dengan asam pedasnya. Memang best.
Tapi bila melepasi HatYai susah untuk kita membeli makanan dari penjaja-penjaja yang naik ke dalam train ni sebab rata-rata yang jualnya bukan orang muslim dan Halal Food yang kita nak makan tu agak sukar diperolehi. Jadi kalau nak beli makanan dalam Train inilah waktunya.
Begitulah jugak halnya jika kita dari Bangkok. Kalau tak berbekal maka tunggulah melepasi HatYai barulah mudah kita dapatkan Halal Food. Puasalah kejap tak ada masalahnyapun.
Cucur udang kakak tudung biru ni memang sedap. Nak rasa kena naik train dulu.
Cafe dalam Train memang Best jugak. Saya lepak-lepak di Restoren tu sambil pekena kopi panas dan menikmati permandangan sekitar laluan train. Jika dari Golok Cafe tu kosong tak ramai orang tapi berbeza jika dari Bangkok. Cafe sebtiasa penuh.
dari Bangkok ke Golok dalam  Jam 9.00 malam saya ke Cafe Train untuk pekena kopi panas tapi terkejut beruk saya dibuatnya. Rupa-rupanya bila malam cafe tu jadi Bar....lah pulak. Pemuda-pemuda siam menari menyanyi sambil mabuk.  Lagu-lagu yang dipasang dengan cukup memeriahkan mini Bar tu. Saya tak jadi nak masuk dan kembali ke tempat tidur.
Dalam train ni tak perlulah sibuk-sibuk dengan "Power Bank" bila nak cass handphone (Namun ada Power Bank satu kelebihan). Plug ada disediakan. Macam biasa sistem elektrik kat Thailand ni tak sama dengan kita jadi buat pesediaan awal-awal membeli conection plug tu. Sepanjang perjalanan kita boleh mengecas telefon. Ada plug disediakan. Malahan bukan setakat telefon. Makcik-Makcik dari Selatan Thai siap bawak Water Heater lagi. Boleh masak air dalam train. Mereka sangat tidak kedekut dan saling membantu bila kita memerlukan.
Tak ramai yang berebut-rebut nak guna plug ni. Namun bukan semua sit disediakan plug namun kita boleh guna mana sahaja plug kosong. Tapi itulahlah yang dibimbangkan takkan telefon kita ni nak letak jauh-jauh dari kita kan. Tepuk dada tanya selera dan kalau nak travel sudah pasti tak menjadi rugi kalau anda sediakan power bank untuk bekalan beteri handphone.
Apa lagi yang nak saya ceritakan.... Pada yang sering menggunakan keretapi mungkin dirasakan ala....benda-benda macam nipun nak cerita. Tapi pada saya yang tak pernah naik train di Malaysia memang amat terasa keunikan dalam train.
Ini seat dalam train. Ruang ini hanya untuk 2 orang. Ruang tengah tu boleh diletakkan papan meja yang ada di bawah seat kita. Maka jadilah meja makan.
Seat sangat selesa jika dibandingkan dengan seat Air Asia. Dan kita boleh bergerak bebas untuk melengkapkan perjalanan yang jauh tu. Barangan kita diletakkan dirak yang disediakan di bahagian tepi dan tidak langsung mengganggu kedudukan kita.
 Kalau kita perhatikan disebelah adalah time untuk tidur. Seat tadi memang mudah alih dan ditarik untuk jadikan tilam. Maka jadilah tilam bahagian atas dan tilam bahagian bawah.
Kita tak boleh berebut nak tidur atas atau bawah sebab pada tiket sudah dinyatakan samada kita ni akan tidur atas atau akan tidur bawah.
Inilah juga waktu sembahyang sambil duduk di atas tilam. Sebab bila disiapkan tilam maka dipasangnya langsir. Waktu inilah diguna untuk sembahyang dan digunakan oleh golongan hawa untuk membuka tudung dan tidur dengan lena selena-lenanya.
Kain biru yang dipasang tu adalah langsir dan orang lain takkan nampak apa kita buat di sebalik langsir tilam kita.
Gambar sebelah menunjukkan tempat tidur bahagian atas yang siap menunggu tuannya. Dibekalkan juga dengan bantal, selimut dan cadar turut disediakan.
Panjang jugak aku boleh mengarang pengalaman dalam train ni. Apapun memang sangat menarik kalau ingin mencubanya.
Bila malam gerabak kita dikunci dengan kemas. Orang dari luar tidak akan boleh masuk. Dan kita juga hanya boleh gunakan tandas dalam gerabak kita je. Dah tak boleh lagi nak ke Cafe atau keluar dari Garabak kita. Lagipun malam tak nampak apa hanya lampu-lampu jalan je. Sunyi seketika dari sebarang aktiviti jual beli dan riuh tawa penumpang.
Jelas dapat kita lihat katil atas dan bawah serta langsirnya. Inilah waktu solat. Di bahagian atas tak selesa sikit nak solat tapi di katil bawah tak ada masalah untuk solat sambil duduk.
Satu hal yang menarik bila kita peramah sikit dalam train ni.. dek kerana perjalanan yang panjang kita berpeluang berkenalan dengan hampir semua penumpang dalam gerabak kita ni. Lebih menarik bila soalan-soalan yang berkaitan dengan Selatan Thai sebab kebetulan dalam coach saya tu ramai muslim Selatan Thai. Jadi bersembang panjanglah jadinya. Merekapun kata jarang-jarang jugak jumpa orang Malaysia naik keratapi ni ke Bangkok sebab tiket Flight dari Narathiwat ke Bangkok tak sampai RM200 pun. Tiket keretapi ni dekat dengan RM100.00 dan kalau booking awal tiket Air Asia dari Narathiwat atau Hat Yai boleh dapat harga sama dengan tiket Train.
Apapun saya nak merasai pengalaman naik Train dan mungkin untuk trip kedua nanti pergi dengan Flight dari Narathiwat atau HatYai dan balik dengan Train. Sebabnya Train tak perlu timbang-timbang barang. Selagi asa boleh muat.
Walaupun Keretapi Express ini tidak berhenti disemua perhentian tapi rasanya banyak juga stesen-stesen menjadi perhentian naik turun penumpang dan kita hanya menjadi penonton tingkah laku manusia yang jarang-jarang dapat ditonton ditempat kita.
Di  Stesen Keretapi Bangkok anda jangan mudah terpengaruh bila didekati oleh peniaga-peniaga Thailand yang menawarkan pelbagai perkhidmatan. Untuk dapatkan hotel anda boleh jalan sendiri keluar dari stesen sebab disekitar stesen keretapi cukup banyak hotel yang bagus dan semurah RM60.00 untuk berdua. Baru RM30.00 seorang. Anda hanya perlu jalan kaki je.

Lebih menarik lagi di stesen keretapi tu juga ada di sediakan tempat sembahyang. Seperti gambar yang saya sertakan tu. Tidak susah untuk solat di Kota Bangkok.
Ramai yang mengeluh nak cari Halal Food di Kota Bangkok. Sepanjang satu minggu saya di sini ianya tidaklah terlalu susah dan juga tidak terlalu mudah. Namun kalau kita rajin bertanya kita akan temui kedai yang baik untuk kita. Sebenarnya ramai orang Islam di Bangkok cuma tidak dizahirkan pada pakaiannya. Saya tanya pada seorang gadis Thailand untuk cari kedai Halal Food ni. Langsung dia panggil rakannya yang beragama Islam barangkali (Dari segi berpakaian nyata seperti orang Siam) Akhirnya saya dapat kedai yang amat menyelerakan perut ini.
Di sekitar stesen keretapi Bangkok, kalau ingin makan pergi je belakang 7 Eleven masuk satu lorong macam Chow Kit Road dan di situ ada dua kedai orang Islam. Taukehnya berasal dari Narathiwat dan kita orderpun guna Bahasa Melayu. Lauk nasinyapun boleh tahan sedap dan lebih murah dari Kuala Terengganu.
Tanyalah apa saje masalah anda di Kota Bangkok ni. Tuan kedai ini sedia membantu, Malahan anaknya boleh pulak tolong carikan kita Van kalau nak ke lokasi yang jauh seperti Patayya atau sebagainya.
Apa yang menarik bila dari Kota Bangkok di mana banyak rumah dan kedai kampung tengah bandar didirikan begitu hampir dengan stesen keretapi. Gambar-gambar ini menceritakan segalanya.
Dua kedai ini dan gambar di bawah tu berada di tengah-tengah kesibukan Kota Bangkok. Memang jerih perih warga tergambar dari kepingan gambar disisi laluan keretapi. Malahan permandangan ini seolah-olah menjadi kebiasaan.
Namun kepada yang sudah lama tidak menikmati keheningan sawah terbentang dengan berlatarkan Teluk Siam pasti boleh mengubat kerinduan keheningan begini.
Keheningan sawah sepanjang laluan mudah untuk kita temui. Begitu juga dengan keunikan bangunan-bagunan dan rumah ibadat yang didirikan.
Memang tidak jemu mata memandang. Barangkali inilah yang aku cari untuk sepanjang perjalanan ini. Bayangkan dari remang-remang subuh sunyi hingga ke kesibukan jual beli setiap stesen yang menjadi persinggahan.
Mungkin kerana selama ini perjalanan di Malaysia kita dihidangkan dengan pokok kelapa sawit dan di sini menjadi begitu indah untuk tatapan mata.
Kita berpeluang melihat kerja-kerja dibendang dan binatang-binatang berkeliaran. Termasuk jugak khinzir yang berebut makan dengan ayam itik. Itulah perjalanan yang sempat aku catatkan di sini.
 Perjalanan tanpa kos travel agent semestinya amat menjimatkan.Mesti ada yang nak tanya berapa kos perjalanan untuk 7 hari ni? Jawapannya untuk perbelanjaan wajib tiket dan hotel tidak termasuk makan anda boleh kira sendiri. Harga hotel kongsi untuk 2 orang RM60.00 satu bilik dan harga tiket pergi balik tak sampaipun RM200.00... Perbelanjaan lain makan minum dan pengangkutan. Naik van mahal sikit dan naik bas dah tentu murah..
Aku tamatkan di sini dengan pos stesen keretapi Hat Yai. Dan Kembali merencana untuk ke Chiang Mai dan Terus ke Chiang Rai..... Nak ikut ke?

5 comments:

  1. salam.agak2 berapa jam dari sungai kolok ke hatyai? tiket boleh beli on d spot kat kaunter kan? pada hari sama perjalanan..

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah saya akan cuba juga... info yang menarik....

    ReplyDelete
  3. Salam nak tanya. Tiket dari sungai kolok ke bangkok boleh beli on the spot x? Terima kasih

    ReplyDelete
  4. Ticket keretpi dari golok ke Bangkok.. Berape rm

    ReplyDelete