Wednesday, 1 January 2014

Selamat Datang 2014

2013 yang penuh bermakna

Tidak ada apa sangat yang mahu diperkatakan tapi kehadiran Tahun 2014 ini benar-benar bermakna dalam perjalanan hidup ini. Sesuatu yang besar telah berlaku. Sesuatu yang amat bermakna dalam hidup ini. Sesuatu yang akan diingat. Tapi sebelum itu ingin berkongsi dengan gambar yang menarik juga tentang tahun 2014.

Agak-agak betul ke tidak pernyataan ini. Nampak macam betul je sebab pada tepat jam 12 malam semalam sekadar duduk borak-borak di kedai kopi dan langsung tak ambil pot dengan apa-apa sambutan.
        Duduk sambil bincang tentang Pulau Kapas Terengganu yang sudah lama tidak singgah. Gitu juga bercerita tentang dunia Short Filem yang nampak memang menarik.
         Dan akhirnya tentang tahun baru dengan apa azam baru. Namun segalanya hanya sekadar satu hiasan dan borak yang tidak berkesudahan.

        2014 dijangka lebih banyak barangan akan naik harga. Katanya lah. Tapi sekarang ini seluruh dunia naik harga barangan. Yang turun hanya harga emas tapi nilai mata wang kita yang lemah menyebabkan harga emas itu masih tinggi juga. Gitulah juga dengan barangan lain.
        Cerita tentang banjir  sudah semakin tenggelam dan semakin hilang pada yang tidak jatuh atas batang hidung sendiri. Pada mangsa banjir kedatangan 2014 dengan rumah belum lagi hilang pada segala kesan banjir.
       Cerita barang naik sampai bawa ke Dataran Merdeka dengan perhimpunan turun kos sara hidup. Sejauh mana kebenaran menuntut kos sara hidup memang boleh dipertikaikan sebab sorakan dalam video tidak menyebab tentang kos sara hidup tapi kepada agenda lain.
Masih ingatkah kita suasana ini dulu. Ada lagi ke hari ini?
        Paling tidak seronok dengan barang naik cuma satu je. Tanggungjawab Menteri menjawab persoalan yang dikemukakan.
      Mungkin boleh difikirkan untuk buat cerita dari himpunan jawapan-jawapan bodoh menteri.
       Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kenaikan kadar tol yang diuar-uarkan bakal berlaku tahun hadapan (2014)  sebagai munasabah dan mereka yang tidak bersetuju boleh menggunakan jalan biasa.
              (Sinar Harian 17 Dis 2013) 
Salah ke kalau rakyat kata Bodohnya Menteri Ni..

       Kita tengok menteri lain pulak yang jawab bila diajukan dengan harga ayam yang naik.
     Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.   -   Sinar Harian 14 Julai 2013.
         Nampak sangat cara menteri menjawab dengan ambil jalan mudah. Ini bukan jawapan yang diminta oleh rakyat. Rakyat bertanya dengan harapan agar mendapat jawapan yang cukup sempurna. Jawapan yang mengambil kira segala kos menyebabkan kenaikan tapi dijawab sekadar melepas batuk di tangga. Naik harga barang tidak salah sangat tapi berilah jawapan yang jelas kepada pertanyaan rakyat.
          Cuba tengok tebing yang tinggi. Bayangkan kalau terjatuh dari tebing itu sukar untuk memanjat naik. Mudah sahaja kalau jatuh sudah pasti tidak akan terdaki naik. Kepada Bahtera pimpinan suami Rosmah, saya ni orang yang dekat dengan maklumat dalam komputer. 
       Kalau ada Blogger pembangkang buat silap atau beri statment yang tak betul sekalipun maka ramai yang beckup, ramai yang menyokong. Ramai yang tolong minta maaf bagi pihak yang buat salah. Pada hal kesalahan itu memang disegajakan sebab nak putar belit fakta. 
       Cuba pihak kerajaan keluarkan sesuatu yang betul. Tak ramailah pulak yang menyokong. Apalagi kalau pihak kerajaan buat sesuatu yang salah. Bertubi-tubi kena hentam dan tak ada pulak yang nak menyokong apa lagi nak pertahankan.
Itu beza minda penyokong kerajaan dengan penyokong pembangkang sehingga tahun 2013 ini.
         Cuma nak tanya pada Kerajaan Malaysia sejauh mana kebenaran yang dipertontonkan dalam gambar ini.
         Lepas jumpa gambar ini maka tercari-cari pihak atau bloger kerajaan yang menyokong tapi langsung tidak kutemui. Segala yang dibaca cukup meloyakan minda. Apa tidaknya penuh dengan maki hamum berbuat dosa secara berkelompok menuduh itu dan ini. Ayat-ayat yang yang langsung tidak sesuai untuk seorang pelajar sekolah rendah membacanya. Tapi apakan daya langsung tidak ada statment dari pihak kerajaan.
          Atas nama Rakyat Malaysia.... kita berhak tahu apa betul atau fitnah gambar yang diperturunkan di atas tu tentang pembinaan sekolah.

Tidak ada apa sangat yang mahu diperkatakan tapi kehadiran Tahun 2014 ini benar-benar bermakna dalam perjalanan hidup ini. Sesuatu yang besar telah berlaku. Mengulanggi balik kata-kata awal dalam cerita ini. Memang nampak macam tidak ada apa-apa tapi ianya sangat besar ertinya.
          Bukan senang mahu berhenti merokok selepas bermula Tahun 1988 hingga ke Tahun 2013. Hampir sebulan jumpa yang jual batang-batang tepi jalan akan dibeli. Sehari hisap dalam 1 - 4 batang selama lebih sebulan. Minggu terahkir hanya 1 batang sehari.
          Bukan nak hisap rokok sangat sebenarnya. Hanya sekadar nak letak rokok ditagan sahaja. Dua jari tetap mahu mengepit rokok. Maklumlah bukan sehari dua untuk dua jari kiri dan kanan bergilir-gilir bertugas memegang rokok. Maka bila tidak diberi tugas itu maka jari-jari ini meronta-ronta menuntut agar tugas itu tetap diberi padanya.
         Buktinya jelas bila hisap sudah tidak ada apa-apa rasanya. Tahap paling kritikal bila ketagih rokok sudah tidak ada tapi mental ini tetap terpikat dengan mamat-mamat yang jual rokok sebatang-sebatang di tepi jalan.
      Tapi Disember 2013 memang sudah benar-benar bebas dari rokok. ni Cerita sebenar yang mahu disampaikan dalam post Tahun baru ini. Cita-cita terlaksana.
      Layakkah aku menasihati orang lain berhenti merokok. Rasanya  belum layak cuma cara aku berhenti hanya tidak hisap rokok dan tidak paksa diri supaya tidak hisap rokok. Itu sahaja.  
      Proses berhentipun tidak diganti dengan apa-apa bahan lain seperti gula-gula atau ambil apa-apa ubat. Langsung tidak. Cara aku berhenti hanya dengan tidak hisap rokok sahaja.

      Apapun ingin mengajak semua pembaca blog ini untuk menonton sebuah movie yang memang menarik dan penuh dengan pengajaran. Sepatutnya negara kita juga sudah menghasilkan filem-filem bermotifkan seperti filem ini. Sebab apa saya mengajak semua menonton cerita ini sebabnya hanya satu sahaja. Bila terbaca artikel bagaimana orang-orang Yahudi seringkali menayangkan cerita ini di sekolah-sekolah mereka pada hari-hari gurunya malas untuk mengajar atau terpaksa melakukan kerja-kerja lain bila berada di sekolah.

             Jom mulakan Tahun 2014 dengan menonton cerita ini.   Selamat Menonton. Tak ada sarikatapun masih boleh faham isi cerita ni. Sebab tak banyak sarikatapun sepanjang cerita ini diputarkan   Tak sangka pula ini filem terbitan Amir Khan Production sendiri.


     Selamat Menonton. Tak ada sarikatapun masih boleh faham isi cerita ni. Sebab tak banyak sarikatapun sepanjang cerita ini diputarkan.






No comments:

Post a Comment