Saturday, 28 December 2013

KONFRONTASI MALAYSIA-INDONESIA 1963 & HARI INI


 
Banyak Orang yang tahu dan ramai yang tidak tahu sejauh mana besarnya pengorbanan ini.

Apakah sekadar serupa cerita Jamudul Kiram Sulu ke Lahad Datu dan cuba peranggi Angkatan Tentera Malaysia.
Banyak versi yang bercerita.

Minggu akhir tahun 2013 ni banyak habiskan masa di KL, Melaka, Seremban dan sudah pasti Selangor juga. Macam-macam kerja kena selesaikan dan menyertai jugak sesi ilmu dengan rakan-rakan penulis.

Yang Bestnya cerita Konfrantasi Indonesia-Malaysia. Kalau bicarakan hari ini seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Tapi kenapa ingin diceritakan dalam penghujung tahun 2013 ni. Semata-mata satu cerita menarik yang telah ditemui. Dari cucu seorang tentera Indonesia yang menusuk masuk waktu Konfrantasi. Datuknyapun sudah meninggal.

Datuknya dulu tentera Indonesia datang untuk menyerang Malaysia. BESAR BUNYINYA ITU. Sempat atau tidak untuk berperang? Bila tentera terjah masuk ke kampung Melayu kebetulan orang kampung sedang buat bubur Syura. Maka dipelawalah semua tentera Indonesia menjamu bubur syura. Sehingga habis bubur syura tu. Lebih menarik orang kampung dengan bantuan tentera Indonesia masak semula bubur syura tu sebab ramai lagi rakan-rakan yang lain kelaparan. Memang kelaparan sebab sudah hampir 2 minggu lebih bersedia dalam paya bakau  di sebelah Selangor tu untuk menunggu order menyerang. Bila dapat makan maka habis dipanggil keluar untuk makan.

Tentera Indonesia dimaklumkan yang pasukannya akan berhadapan dengan tentera Malaysia mempertahankan sepanjang pantai Malaysia. Tapi yang sebenarnya orang kampung tidak pernah tahu yang tentera Indonesia akan menyerang. Sebab waktu itu sudah ramai orang Indonesia yang berhijrah dan tinggal di pinggir pantai dengan aman damai. Kehidupan yang selesa di Malaysia.

Akhirnya semua Tentera Indonesia pasukan datuk kawan saya ni meletak senjata dalam diam dan tinggal di perkampungan itu. Hinggalah ke hari ini. Malahan orang kampung sebenarnya menjangkakan mereka (Tentera Indonesia) memang datang untuk bekerja di Malaysia. Lagi satu orang kampung tepi pantai itu juga sebahagian besarnya memang orang asal Indonesia yang sudah tinggal lebih dari 50 tahun di situ. Malahan masih punya saudara-mara mereka di Indonesia dan masih berhubung. Jadi mereka sedikitpun tidak gentar dengan Tentera Negara Mereka juga.

Tapi semua ini berbeza dengan apa yang berlaku di Sabah dan Sarawak.



Batu asas di Tugu Peringatan Kalabakan bagi memperingati perajurit yang telah terkorban ini telah diletakkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia pada 2 Disember 1966.
Umum mengetahui bahawa Konfrontasi Indonesia dan Malaysia bermula apabila Presiden Sukarno melancarkan Gerakan Ganyang Malaysia yang sememangnya menjejaskan keselamatan Negara Malaysia pada ketika itu. Pada 20 Januari 1963 pula, sebuah perhimpunan telah diadakan oleh pihak Indonesia dan Menteri Luar Indonesia pada masa itu, Dr. Subandrio telah mengisytiharkan konfrontasi terhadap Malaysia. Sebagai akibatnya pula, Kepala Staf Strategik Angkatan Darat Indonesia, Jeneral Achmad Yani telah menasihati Presiden Sukarno agar tidak terus melancarkan konfrontasi dengan Malaysia kerana ini akan menyebabkan pihak tentera 
4 batang pokok payung yang telah ditanam di Tugu Peringatan Kalabakan dan telah disempurnakan oleh Sultan Kedah selaku Kolonel YDP Rejimen Askar Melayu Diraja, Sultanah Kedah, TYT Sabah dan isteri TYT Sabah pada 6 April 2005.
British dan Australia terlibat konflik dengan Tentera Nasional Indonesia (TNI). Walaubagaimanapun, Presiden Sukarno menyifatkan nasihat itu sebagai membelakangi arahannya.

Dalam usaha Presiden Sukarno menggulingkan penubuhan Malaysia, beliau juga telah memulaukan Laporan Suruhanjaya Cobbold yang ditugaskan pada tahun 1962 yang bertujuan untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak terhadap penubuhan Malaysia. Konfrontasi Presiden Sukarno telah berubah dari perang mulut sehingga membawa kepada konfontasi ketenteraan.




Batu asas di Tugu Peringatan Kalabakan
KONFLIK INDONESIA-MALAYSIA BERMULA DENGAN TEMBAKAN PERTAMA.

Tembakan pertama yang memulakan perang gerila di sempadan Sarawak – Kalimantan yang berakhir dari 1963 sehingga 1966 dilepaskan pada 12 April 1963 di dalam pos polis yang terletak di Tebedu yang terletak 40 kilometer dari Kuching. Tembakan pertama dalam konflik ini telah membunuh seorang anggota polis yang berpangkat Korperal iaitu, Korperal John Remek yang pada ketika itu sedang menjalankan tugas di dalam “Charge Room” setelah menggantikan seorang lagi anggota polis yang bertugas. Beliau merupakan perajurit pertama yang gugur di dalam serangan pertama di Sarawak oleh pihak Indonesia.

Korporal John Remek telah diserang hendap oleh pasukan penyerang Tentera Nasionalis Indonesia yang meluru masuk ke dalam balai polis tersebut. Korporal John Remek telah ditembak bertubi-tubi sehingga meninggal dunia pada jam 0200 pagi dan pada tarikh itu, 12 April 1963 turut merupakan hari Good Friday. Menurut siasatan yang dijalankan, para penyerang ini telah lama memerhatikan Balai polis Tebedu ini dalam sesuatu tempoh dan ada di antara mereka telah berpura-pura menjadi peniaga yang mencari rezeki di pasar yang berdekatan kerana Tebedu merupakan salah satu tempat perniagaan di antara peniaga Indonesia dan peniaga tempatan utk mencari rezeki. Dengan berpura-pura menjadi peniaga sehingga bertahun-tahun lamanya, kegiatan pasukan penyerang ini tidak akan disedari oleh pihak keselamatan (Security Forces). 

4 batang pokok payung yang telah ditanam di Tugu Peringatan Kalabakan dan telah disempurnakan oleh Sultan Kedah selaku Kolonel YDP Rejimen Askar Melayu Diraja, Sultanah Kedah, TYT Sabah dan isteri TYT Sabah pada 6 April 2005.

Di dalam serangan ke atas Balai Polis Tebedu tersebut, bilik senjata polis juga telah dicerobohi oleh penyerang tersebut. Senjata api dan amunisi-amunisi turut dilarikan oleh mereka. Selain itu, mereka juga melepaskan tembakan ke arah berek polis dan mencederakan seorang konstabel polis (PC) di lengan kanannya dan turut mencederakan seorang anggota polis yang berpangkat Korporal di telinga dan peha kanannya. Para penyerang Berjaya melarikan 13 laras senapang, 2 laras Sterling 9mm Sub Machine Gun (SMG), sepucuk revolver, selaras Bren Gun, selaras Greener Gun, 3 laras senapang patah, sepucuk Verey Light pistol dan 85 butir peluru pelbagai jenis. Sebelum meninggalkan balai polis tersebut, penyerang-penyerang tersebut turut meninggalakn beberapa keeping gambar tentera dari Tentera Nasionalis Kalimantan Utara (TNKU) dan satu ‘shoulder patch’logam yang tertulis “TNKU” dan “BAT-X” sebagai bukti kehadiran mereka.

Serangan kedua oleh para militant TNKU berlaku pada 27 April 1963. Sebuah lagi Balai Polis di Tebedu telah dijadikan sebagai sasaran dan kali ini, para penyerang hanya terdiri daripada Sembilan orang penyerang sahaja. Para penyerang bertindak dengan melepaskan tembakan yang bertubi-tubi dengan senjata automatic yang dipercayai dilakukan pada jarak kurang daripada 100 ela ke 200 ela. Namun begitu, para penyerang kali ini berhadapan dengan pasukan komando British dari 40 Komando Marin Diraja (40th Royal Marine Commandos) dan Pasukan Polis Hutan (kini dikenali dengan Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia) yang mengawal seluruh perimeter balai polis tersebut dengan serta-merta membalas tembakan pihak musuh. Insiden tembak-menembak berlangsung selama lima belas minit tanpa korban pada kedua-dua belah pihak. Disebabkan oleh keadaan yang gelap-gelita pada ketika itu, pihak Pasukan Keselamatan tidak mengejar musuh tetapi sebaliknya, menunggu sehingga awal pagi pada keesokan harinya utk menjejaki para penyerang itu. Unit anjing pengesan atau Tracker Dogsturut dibawa masuk dari Kuching oleh pihak tentera British.

Salah satu insiden yang menyedihkan adalah serangan yang dilakukan di Gumbang, Bau, Sarawak. Kisah ini diceritakan oleh seorang ayah yang berasal dari Sidin, iaitu sebuah perkampungan kecil Indonesia yang terletak berhampiran dengan Gumbang, Bau. Beliau yang berasal dari Sarawak, telah Berjaya menyusup keluar ke sempadan Sarawak bagi mencari perlindungan untuk diri sendiri dan ahli keluarganya walaupun mereka telah menetap di Sidin selama 20 tahun pada ketika itu. Menurutnya, sebelum serangan di Gumbang, Bau dilancarkan oleh pengganas TNKU, mereka telah menghampiri anaknya dengan tujuan untuk memujuk dia bekerja sebagai ‘porter’ untuk membawa amunisi dan bekalan makanan kepada mereka. Namun begitu, anaknya telah enggan bekerjasama dengan para pengganas TNKU ini dan akhirnya, menyebabkan dirinya dibunuh oleh mereka dengan melepaskan tembakan dari peluru .303 lebih kurang 20 butir. Pembunuhan ini dilakukan di hadapan ahli keluarga mangsa. Bayangkan keadaan Si Ibu melihat anaknya dibunuh dengan matanya sendiri! Hanya Allah S.W.T yang tahu kepedihan ini.


Cerita dengan huruf senggeng ni - Petikan Facebook VAT 69 - Perjuangan Semalam



           Dari apa yang diperkatakan oleh Media Indonesia ternyata negara itu begitu takut dengan bayang-bayang sendiri. Apakah benar ada TNI yang jadi Askar Wataniah Malaysia. Jawapannya satu sahaja iaitu Media Indonesia membuat laporan dari sudut yang jahat. Laporan yang melaga-lagakan dua bangsa. Percayalah kalau British yang memerintah Indonesia maka semua orang Indonesia itu akan dipanggil Melayu sebagaimana di Malaysia. Tapi Indonesia dikuasai oleh Belanda. Maka hilanglah nama Melayunya.Begitu juga kalau Belanda yang menjajah Malaysia maka orang Malaysia juga akan dipanggil Indonesian.

 

Cuba kita dengar berita ini.
                                  

 
Banyak sekali video-video di YouTube tentang  Soekarno yang tidak dapat dikongsikan di sini. Mungkin telah didaftarkan untuk tidak dikongsikan. YouTube membicarakan Pandangan Malaysia di kacamata Soekarnopun ada lebih dari 5 buah atau mungkin banyak lagi. Jadi sama-samalah buat penilaian sendiri selepas menonton video-video ini di youtube.
https://www.youtube.com/watch?v=A62x0dp693E
Link untuk Malaysia di mata Soekarno



No comments:

Post a Comment