artikel ini cukup menarik untuk sama-sama kita kongsi
Tragedi Bario dikaitkan dengan Segi Tiga Borneo
KAWASAN helikopter Bell 206 Long Ranger terhempas yang
menyebabkan juruterbang dan enam penumpang terbunuh pada 12 Julai lalu
di kenali sebagai kawasan Segi Tiga Borneo yang memang ditakuti oleh
juruterbang.
Kedudukannya di antara Bario, Pa'Lungan dan Gunung Murud itu adalah antara kawasan paling ditakuti di kalangan juruterbang yang berulang-alik antara Bario ke Ba'kelalan.
Seorang juruterbang Hornbill Skyways yang enggan dikenali berkata, kawasan berkenaan mempunyai persamaan dengan Segi Tiga Bermuda dan menyimpan pelbagai misteri.
Malah seorang jurucakap Jabatan Penerbangan Awam (DCA) juga memberitahu bahawa kawasan berkenaan memang terkenal sebagai kawasan berbahaya sejak zaman pemerintahan British lagi.
Tahun lepas, sebuah helikopter jenis sama milik Hornbill Skyways terhempas di kawasan segi tiga berkenaan dan meragut nyawa juruterbangnya.
Nahas terbaru menambah lagi lipatan misteri di kawasan berkenaan ekoran tempoh yang terlalu lama diambil bagi mengesan kedudukan bangkai helikopter berkenaan.
Yang menghairankan semua pihak mengapa juruterbang, Kapten Samsuddin Hashim tidak mengikut laluan udara yang ditetapkan DCA dan memilih laluan itu yang memang telah sedia maklum cukup berbahaya kerana sering berlaku fenomena angin lintang.
Pada kebiasaannya dari Bario untuk ke Ba'kelalan jika menggunakan helikopter, laluan yang ditetapkan ialah mengikut sebelah tepi kanan Gunung Murud dan apabila laluan itu ditutupi oleh awan, juruterbang akan berpusing ke arah kiri gunung itu.
Ini adalah kerana Bario dan Ba'kelalan dipisahkan oleh Gunung Murud dan pesawat ringan tidak mempunyai kemampuan mengikut laluan yang mendaki gunung itu.
Di dalam kes kali ini juruterbang itu dipercayai memilih untuk terbang ke puncak gunung berkenaan berdasar kawasan bangkai pesawat itu ditemui dan keadaan helikopter yang seolah-olah tidak dapat dikawal dan melanggar pokok-pokok.
Walaupun di kawasan Gunung Murud memang terdapat kawasan pendaratan kecemasan termasuk jalan balak, tetapi risikonya terlalu tinggi kerana helikopter mungkin gagal mendaki dan akan melanggar gunung tersebut.
Seperkara yang menjadi persoalan, juruterbang helikopter malang itu juga ti-dak memaklumkan kepada menara kawalan di Bario atau Kota Kinabalu atau Miri sebelum mengubah haluannya.
Sedangkan mengikut prosedur penerbangan, juruterbang perlu memaklumkan kepada menara kawalan udara tentang sebarang perubahan laluan yang diambilnya.
Biasanya perubahan laluan itu berlaku apabila penumpang yang paling kanan memberi arahan supaya juruterbang pergi ke kawasan lain dan juruterbang harus mematuhinya.
Bagaimanapun di dalam keadaan cuaca buruk, juruterbang mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan haluan yang harus digunakan dan tiada pihak yang boleh memberi arahan kepadanya.
Semua persoalan itu mungkin terjawab selepas siasatan oleh DCA selesai dalam tempoh sebulan lagi atau mungkin terus menjadi persoalan yang tidak terjawab.
Banyak pihak juga yang mempersoalkan cara operasi mencari dan menyelamat (Ops Cari) di Bario dikendalikan kerana ia tidak diterajui sejak awal lagi oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seperti lain-lain tragedi di negara ini.
Penglibatan `orang politik' di dalam operasi kali ini menjadikan ia kurang berkesan pada peringkat awal kerana ia berjalan secara tidak teratur dengan pelbagai arahan dikeluarkan juga mengelirukan.
Masuk hari ketiga barulah operasi berjalan agak lancar dan lebih banyak anggota tentera, polis, bomba dan penduduk kampung dikerahkan ke dalam hutan.
Selepas itu pelbagai pesawat termasuk beberapa buah yang dilengkapi peralatan canggih mula tiba di Bario yang kesemua berjumlah 20 buah menjadikan Lapangan Terbang Bario seperti karnival pertunjukkan udara yang terbesar di Sarawak.
Pelbagai pesawat dan peralatan canggih seperti pesawat PC-3 Orient dari Amerika Syarikat, sistem maklumat geografikal (GIS), kamera digital pengesan haba infra merah dari Australia digunakan.
Rupa-rupanya peralatan canggih yang dikatakan boleh mengesan benda sekecil syiling 10 sen itu mempunyai kemampuan yang terhad apabila berdepan dengan konflik di Bario. Pelbagai kesukaran yang dihadapi sepanjang operasi itu telah menghantui semua pihak terutama ahli keluarga tujuh mangsa yang terlibat serta pasukan mencari dan menyelamat.
Penggunaan peralatan canggih yang tidak membuahkan sebarang hasil itu, telah mendorong saudara-mara mangsa yang terlibat untuk menggunakan khidmat bomoh.
Khidmat lapan bomoh termasuk empat yang diterbangkan dari Semenanjung Malaysia, digunakan bagi membantu mencari mangsa dan bangkai helikopter.
Menurut, salah seorang bomoh dari Semenanjung yang digunakan dalam usaha mencari itu, Rahim Mohamad Hail, khidmat dia digunakan bagi membantu mengesan kedudukan mangsa secara ghaib.
Upacara yang dilakukan oleh bomoh itu dibuat secara rahsia dan pemberita tidak langsung berpeluang melihat aktiviti mereka.

Peristiwa kehilangan sebuah
helikopter di Bario, Sarawak pada Julai tahun ini tiba-tiba menjadi satu
misteri yang menggemparkan banyak pihak.
Setelah hampir 20 hari pencarian dilakukan oleh hampir 2000 tenaga
manusia dan alat teknologi tercanggih, akhirnya helikopter itu ditemui
juga dengan bantuan orang-orang yang dekat dengan Allah, yang berusaha
takut dan cinta Allah dengan sebenar-benarnya.
Parlimen Malaysia sudah hampir mahu memberhentikan operasi pencarian, sejurus sebelum helikopter itu ditemui.
Kaedah bomoh biasa juga gagal dalam menghadapi kes ini. Berbagai jenis
bomoh dari berbagai agama mencuba berbagai alatan perbomohan bersama
jampi serapahnya tetapi sia-sia.
Apa sebenarnya berlaku?
Bersabda Sulaiman
" Wahai orang-orang mulia, siapakah diantara kamu yang boleh membawa
kepadaku tahta kerajaan Ratu Saba' itu sebelum mereka datang tunduk
kepadaku?"
Berkata Ifrit di antara Jin
" Saya dapat membawanya kepadamu sebelum engkau berdiri dari majlis
ini, sesungguhnya saya kuat lagi jujur"
Berkata seorang manusia yang di sisinya ada ilmu dari Kitab
" Saya boleh membawanya kepadamu dalam sekelip mata"
AnNaml: 38-39
- Helikopter Bell 206 Long Ranger kepunyaan Hornbill Skyways membawa
seorang Menteri Sarawak, Dr Judson Sakai Tagai, bersama-sama lima orang
yang lain dan dikemudi oleh juruterbang Kapten Shamsudin Hashim, yang
satu-satunya Muslim, bertolak pada tanggal 12 Julai 2004, Selasa
12.15pm. Perjalanan melintasi Bario bertujuan meninjau lokasi sesuai
untuk pembinaan projek empangan hidro-elektrik baru di Sarawak.
- Baru 3 minit berlepas, helikopter itu terputus hubungan dengan menara kawalan dan terus hilang. Perjalanan sepatutnya mengambil 20 minit ke destinasinya iaitu Ba'kelalan.
- Yang menjadi pertanyaan, mengapa helikopter tidak sempat menghubungi menara kawalan atas kerosakannya padahal baru sahaja berlepas 3 minit.
- Isyarat kawalan automatik juga tidak berfungsi menunjukkan lokasi terhempasnya.
- Operasi mencari dimulakan seawal 2 petang. Persekitaran di mana
logiknya helikopter itu jatuh dan sekitarnya sudah digeledah 25 pesawat
dan 2000 orang pencari terdiri dari PDRM, TUDM, RAMD, TNI-AD, dan
bermacam-macam lagi pasukan, termasuk penduduk kawasan sekitar di situ
termasuk penduduk negara jiran Indonesia.
- Termasuk sebuah helikopter dari Australia yang lengkap dengan sistem
pengesan haba infra-red yang mampu mengesan perubahan suhu, merakam
gerakan visual dan mengesan kewujudan jarak di dalam hutan, misi dibantu
2 pakar warga OZ.
- Helikopter de Orient dari USA yang mampu mengesan sehingga syiling
sebesar 10 sen tidak mampu mengesan helikopter itu, tetapi satu
jentolak/jentera pengangkut balak yang buruk dan berkarat dapat
dikesannya.
- Pakar teknologi satelit dan pemetaan berbangsa Afrika dari badan Perhutanan Sarawak.
- Pesawat bantuan juga datang dari Singapura, Brunei dan Korea Selatan.
Maklumat sebenar tentang apa yang terjadi kepada heli itu telahpun didapati oleh penaung Skylab (Ustaz Ashaari Muhammad) seelok sahaja helikopter itu hilang secara alam kerohaniannya.
*Skylab adalah satu persatuan gabungan doktor-doktor kerohanian dan doktor-doktor fizikal termasuk doktor specialist dari bidang medical dan dentisry yang bekerja dengan kerajaan, universiti, tentera dan private practise*

- Setelah hari kelapan barulah Skylab campurtangan dalam kes ini kerana
pada peringkat awalnya pihak kerajaan menolak pertolongan penaung Skylab
dan anak buahnya.
- Pihak kerajaan terbahagi dua dalam menerima kehadiran Skylab, tetapi
pihak Ketua Menteri Sarawak menerima permohonan Skylab untuk membantu
apabila Ketua Menteri mendapat maklumat dari bomoh bahawa heli itu
hilang kerana ditutup oleh jin dengan berlapis-lapis tutupan yang sangat
tebal. Dan mereka berkata hanya orang yang bersembahyang sahaja yang
mampu membuka tutupan itu.
Sebelum dua orang doktor kerohanian Skylab menyertai operasi, mereka
bermesyuarat bersama-sama anggota Skylab lain dengan guru mereka Ustaz
Ashaari di Labuan.
Seperti yang diduga mereka dapat melihat dengan jelas seorang wakil jin
yang menyerupai manusia bernama Al dihantar oleh pembesar jin bernama
Zar. Tujuh pengiring Al menunggu di luar dan tidak masuk ke bilik
mesyuarat. Tidak semua member Skylab mampu melihatnya, mereka ini hanya
merasa kehadiran makhluk Allah ini dengan hati.
Jin bernama Al yang mewakili pembesar Zar ini meminta manusia membayar
segala kerosakan yang ditanggung oleh penduduk jin akibat pencerobohan
helikopter itu ke daerah mereka, merosakkan rumah-rumah mereka, membunuh
seramai 37 bangsa jin, lagi pula tujuan asal manusia itu bertujuan
meninjau kawasan pembuatan empangan hidro-elektrik baru yang akan
memusnahkan bandar dan perkampungan jin di Bario.
Syaratnya adalah menebus dosa manusia ini dengan mengeluarkan sedikit
wang, lalu menyembelih seekor kambing dan dijamukan kepada para fakir
miskin yang tinggal di rumah atas air di Labuan.
Jikalau manusia sanggup melakukannya, barulah perundingan melepaskan barang tawanan dimulakan.
Makhluk jin yang marah itu yang saiznya boleh membesar sebesar gunung
telah mencekup helikopter tersebut dan dibawa ke alam mereka, lalu
menutupnya dari pandangan mata kasar manusia.
Lalu Skylab mengeluarkan RM 400.00 untuk mengadakan jamuan kepada jemaah
masjid atas air di Labuan, sebelum menyertai pasukan operasi mencari.
1. Pada 23 Julai 2004 (Jumaat) selepas 11 hari helikopter hilang, Tabib
Abdul Rahim Manaf dan Tabib Hassan Mohd Zain yang berupaya melihat
makhluk jin dan bercakap-cakap dengan makhluk Allah ini, memulakan
operasi pencarian yang pertama bersama-sama pilot Capt George (bangsa
Iban) dan seorang jurubahasa bernama Afendi. Kawasan yang diilhamkan
adalah Pa'Longan, satu kawasan yang tidak diminati kerana terkeluar dari
laluan asal dan bearing heli tersebut. Kedua orang tabib itu dapat
melihat adanya heli itu dengan jelas di sana - di alam ghaib, cuma di
alam lahir lokasi sebenarnya tidak diketahui dan ianya tertutup dari
pandangan manusia biasa.
2. Pada 24 Julai 2004 (Sabtu) jam 11.00 pagi, operasi kedua dimulakan.
Pada 11.45 pagi mereka ternampak sebatang pokok yang putus, tinggal kayu
balaknya sahaja menegak, mungkin kesan helikopter jatuh. Semasa operasi
ini, Tabib Hassan terus-menerus berhubung secara ghaib dengan Al si Jin
Islam. Masyarakat jin di situ mempunyai 3 raja adik-beradik iaitu
Kalamngan, Kalamung dan Kalapung. Hanya seorang raja yang boleh diajak
berunding dengan baik, yang dua lagi susah diajak berunding. Seorang ini
yang akhirnya memeluk Islam. hasil perhubungan dan perbincangannya
dengan manusia ini.
Perundingan dengan jin mengambil masa yang lama. bukankah dikatakan sebaik-baik jin itu sejahat-jahat manusia.
Sepanjang operasi pertama itu, Tabib Hassan merayu "Bukankah kami sudah sembelih kambing seperti yang disyaratkan, tolonglah beri petunjuk di mana helikopter itu boleh ditemui"
Selepas menentukan lokasi pokok patah itu dan diambil gambarnya, mereka balik untuk solat Zuhur.
3. Pada 24 Julai 2004 (Sabtu) petang, operasi ketiga - dengan panduan
sistem GPS - Global Positioning System, mereka menuju ke kawasan pokok
patah tadi. Aneh sekali, kerana kali ini dua batang pokok pula yang
patah. Mengiringi heli mereka adalah dua lagi heli lain, tetapi
penumpang heli utama melihat 2 lagi heli itu terlalu kecil, sebesar
hujung pena. Seolah-olah mereka sedang berada jauh di alam lain iaitu
alam jin.
Sesudah itu mereka pulang kerana helikopter belum dibuka tutupnya oleh Jin.
Setelah petunjuk pertama ditemui, seorang ketua kaum Penan - kaum
pribumi Sarawak - telah bergerak ikut darat dengan tujuan mencari heli,
bila sampai ke kawasan itu dia telah mencantas dahan dan dihalakan ke
udara, metode secara perbomohan untuk ditunjukkan hala sebenar bau
mayat. Tiba-tiba ribut kuat memukulnya sehingga dia terhempas ke pokok
dan patah gigi. Heli penyelamat terpaksa dipanggil untuk
menyelamatkannya
Sebuah helikopter Nuri TUDM, telah menurunkan seorang tentera dengan
tali pada pagi Ahad 25 Julai. Heli telah bergegar kuat dan tali itu
berpusing-pusing sampai tentera itu terhempas ke pokok juga. Dia
terpaksa naik semula sebelum sempat memijak tanah.
Sekembalinya dari operasi ketiga, Tabib Hassan mengucapkan terima kasih kepada Raja Jin 3 beradik diperantarai Al.
Tabib Hassan berkata "Tolonglah bukakan heli itu pula untuk kami dapat lihat"
Jawab Al " Yalah..kami akan bukalah!!"
Inilah perangai jin, kerja sehari jadi 3 hari!
4. Pada 25 Julai 2004 (Ahad) pagi, di kawasan tersebut ada perkembangan
terbaru, di antara dua pokok patah itu, terdapat seolah- olah satu ruang
terjerumusnya helikopter. Tetapi helikopter masih tidak kelihatan.
Tabib Hassan mengeluh.." Jin,jin mengapa lambat sangat nak buka ni?."
Aneh pula, Afendi si jurubahasa kelihatan sangat terganggu perasaannya,
berkeras mahu dihantar pulang ke kampungnya di Miri. Terpaksalah demi
menjaga hatinya, mereka semua terus berlepas ke Miri, padahal sudah
sangat hampirnya dengan penemuan heli itu. Operasi diteruskan juga oleh
beberapa yang lain seperti yang diceritakan tadi, tetapi aneh habis
semua terpelanting dikerjakan oleh jin-jin di situ.
Sampai sahaja di Miri, para tabib itu mendapat arahan dari ustaz Ashaari
guru mereka, supaya bertukar orang, kerana pasukan yang ada tidak cukup
ampuh. Afendi diganti dengan Ustaz Ahmad Zahari iaitu Pengarah Rufaqa'
Sarawak. Di sinilah percaturan Tuhan, di Bario perhubungan telefon
memang terputus, balik ke Miri ada tujuan yang telah diatur oleh Tuhan.
Pada mulanya Ustaz Ahmad Zahari tidak dibenarkan naik ke heli menolong
usaha mencari oleh Tan Sri George Chan. Semasa sedang bermenung dan
berselawat dan berzikir itu, dia dan Tabib Hassan melihat pihak tentera
membawa 2 ekor anjing pengesan yang terlatih menaiki helikopter di
pengkalan untuk menghidu mangsa di tempat pokok patah itu..
"Kami melihat 2 ekor anjing itu bila dibawa ke heli, mereka seperi
sangat ketakutan dan berlari ke belakang. Setelah dikejar dan dipaksa
naik juga hingga beberapa kali, tetap anjing-anjing itu memprotes.
Sehingga akhirnya heli itu pergi tanpa anjing. Pada masa yang sama
riuh-rendah kedengaran ayam berkokok seolah-olah melihat sesuatu".
5. Pada 27 Julai 2004 (Selasa), Tabib Hassan, Ustaz Ahmad Zahari dan
pilot Cpt Thomas meredah lagi hutan meneruskan pencarian di lokasi.
Ustaz Ahmad Zahari dengan penuh tawakkal kepada Allah, merenjis air
bacaan doa Ustaz Ashaari ke atas bumi Bario. Diiringi doa anggota Skylab
dan doa ahli Rufaqa' Sarawak serta guru mereka, pada jam 5.00 petang
heli itu dapat dilihat oleh Cpt thomas ditempatnya.
Jin sudah membukanya.. Tetapi SEBENTAR sahaja, waktu itu sahaja.
Semasa heli itu kelihatan hari sudah hampir malam, walaupun baru jam
5.00 petang di Bario, jadi apa sahaja usaha menghampiri heli terpaksa
ditangguhkan keesokan harinya, lagi pula cuaca yang sejuk, berangin
serta keadaan tanah cerun menyukarkan penyediaan landing point dsb.
6. Pada 28 Julai 2004 (Rabu), hujan turun renyai-renyai. Ramai manusia
yang berbondong-bondong keluar ke tempat lokasi untuk mencari heli itu.
Pada petangnya, dua orang polis udara AS Ehsan dan DSP Lukman terus mencari Tabib Hassan dan memaklumkan "Tolong kami ustaz, saya seram ni.. Gunung Murut sudah hilang!!"
Rupa-rupanya sepanjang hari mencari mereka tidak melihat heli itu, yang
dijumpai satu pokok manggis besar di tempat terjerumusnya heli itu,
buah-buahnya pula masak dan besar. Bila heli buat u-turn untuk mendekati
pokok manggis itu, pokok manggis itu ghaib pula.. Bila mereka pandang
ke arah Gunung Murut, gunung itu turut hilang.. Terus ASP Ehsan mengarah
pilot memecut heli mencari si Tabib.
Tabib memberitahu ASP Ehsan " Nampaknya jin itu telah menutup heli itu semula! Kalau begitu marilah kita bersolat, baca Fatihah 4x, AyatQursi dan selawat pada Rasulullah SAW.
Akhbar-akhbar tanggal 30 Julai 2004 Jumaat, melaporkan pada sepanjang
malam itu (Rabu 28 Julai, malam Khamis) 2 komando diturunkan dan tidur
bersama mayat, ada yang mengatakan pasukan Bomba - pemadam kebakaran -
yang menjumpai heli itu. Ada yang mengatakan ekor heli sahaja dijumpai
padahal di lokasi ekor dan badan heli ada bersama-sama.. Macam-macam
khabar yang tidak sinonim disebarkan dengan apa yang sebenarnya terjadi.
Hakikatnya, sukar untuk menurunkan komando dalam cuaca yang gelap dan
sejuk begitu, tanah di situ pula agak curam dan bercerun, tiada tanah
rata, agak sukar membuat operasi menyelamat, apa lagi heli itu ghaib
semula waktu itu!!
Padahal, sepanjang malam itu ASP Ehsan tekun berdoa bersama tabib-tabib semalaman agar dimudahkan segala usaha.
7. Pada 29 Julai 2004 Khamis, ASP Ehsan dan orang-orangnyalah yang
berjaya menemui heli malang itu dan mengangkat tujuh mayat yang berada
di situ (tiada komando yang bermalam bersama mayat sebelum itu seperti
yang dilaporkan akhbar-akhbar utama di Semenanjung).
Operasi itu dilakukan waktu siang terang-benderang. Landing point
helikopter dibuat agak jauh dari tempat heli malang ditemui kerana
tanahnya yang curam. Seorang anak buah ASP Ehsan, anggota penyelamat,
membaca kata-kata ini di dinding helikopter yang ditemui.
"Mengapa lambat selamatkan kami?".. Bayangkan cuaca di Bario itu mencecah 10 darjah Celcius, tanpa bekal sedikitpun makanan, jatuh di kawasan hutan yang sangat tebal dan bercuram.
Heli itu langsung tidak terbakar, hanya ekornya yang patah. Jika
terhempas di gunung dalam keadaan petrolnya penuh mesti ia terbakar.
Pintu heli terbuka lebar dan dua orang ditemui di luar helikopter,
termasuk mayat Allayarham Kapten Shamsudin. Sementara mayat-mayat lain
sukar dikenali akibat reput dan mengalami dekomposisi yang teruk, mayat
Kapten Shamsudin mudah dikenali, walaupun reput, bau kapur barus cukup
kuat pada mayat itu. Ada sejadah lapik solat yang tidak reput di
sebelahnya, di keliling mayatnya sampah-sarap dan kayu-kayan disapu
bersih.
Bila dirujuk pada Ustaz Ashaari dia menjawab "Itulah petanda kehadiran jin-jin Islam"
Kapten Haris menceritakan heli itu terletak elok, hanya ekor dan
kipasnya yang patah, pokok-pokok disekitarnya pun masih dalam keadaan
asal. Seolah-olah heli itu diletakkan di situ dan jin-jin yang bekerja
mencantas dua pokok secara berperingkat hingga tinggal batangnya sahaja
untuk menggambarkan seolah-olah heli itu terhempas di situ.
Ahbar berbahasa Cina dan Inggeris - Miri Daily News di Sarawak
menemubual mengambil gambar individu-individu yang menolong dalam
operasi mencari heli hilang itu dan melaporkan kejadian yang sebenar.
Akhbar-akhbar di Indonesia hanya melaporkan heli itu ditemui dengan
pertolongan bomoh/dukun/pawang. Tiada langsung berita mengenai Skylab
pada akhbar utama di Semenanjung.
(Sistem rohani dan ghaib itu jauh lebih hebat dari sistem akal. Alam
ghaib memang wujud..Alam perwalian, alam Roh, cuma kita yang terlalu
sekular ini sangat terpengaruh dengan fahaman Barat. Mana-mana yang
berlainan sedikit dari logik mudah sahaja dituduh sesat, menyesatkan,
bid'ah dsb.)
Bila ditanya kepada Ustaz Ashaari oleh Skylab.. "Apakah Ustaz didampingi jin?"
Beliau menjawab "Mendidik manusia cukup susah bahkan sering gagal, hebatnya saya kalau mampu menundukkan jin. Sejahat-jahat manusia itu sama dengan sebaik-baik Jin Islam."
Dan akhirnya..salah seorang Raja jin yang masuk Islam itu adalah yang
bernama Kalamung. Dia hatinya agak lunak dan mudah diajak berunding.
Namanya ditukar ke Abdul Jabir, nama yang dipilih dan diberi oleh
manusia yang telah berhubung dengannya melalui alam yang tidak
terjangkau akal. Mana mustahil, kaum Jin suatu hari nanti akan turut
sama membantu manusia sebagai sebahagian tentera Allah seperti yang
banyak berlaku sebelum-sebelum ini.
Wallahua'lam... Hanya Allah yang maha mengetahui...
Dipetik dari buku,
Kuasa Tuhan Mencabar Kuasa Manusia Di Bario
SKYLAB September 2004
Ditulis bersama oleh: Haji Abd Rahim
Manaf, Hassan Mohd Zain, Mejar Dr Yusof Abu Bakar, Dr Johari Alias,
Dr
Hanif Abd Rahman, Dr Abd. Rahim Tahir, Dr Azlina Jamaluddin,
Mejar Dr
Abd Hamid Sujak, Dr Rohaya Dato' Muhamad.
SUMBER:
http://www.mazeermohamad.com