Tuesday, 11 March 2014

Pray for MH370


artikel ini cukup menarik untuk sama-sama kita kongsi


Tragedi Bario dikaitkan dengan Segi Tiga Borneo
KAWASAN helikopter Bell 206 Long Ranger terhempas yang menyebabkan juruterbang dan enam penumpang terbunuh pada 12 Julai lalu di kenali sebagai kawasan Segi Tiga Borneo yang memang ditakuti oleh juruterbang.
Kedudukannya di antara Bario, Pa'Lungan dan Gunung Murud itu adalah antara kawasan paling ditakuti di kalangan juruterbang yang berulang-alik antara Bario ke Ba'kelalan.
Seorang juruterbang Hornbill Skyways yang enggan dikenali berkata, kawasan berkenaan mempunyai persamaan dengan Segi Tiga Bermuda dan menyimpan pelbagai misteri.
Malah seorang jurucakap Jabatan Penerbangan Awam (DCA) juga memberitahu bahawa kawasan berkenaan memang terkenal sebagai kawasan berbahaya sejak zaman pemerintahan British lagi.
Tahun lepas, sebuah helikopter jenis sama milik Hornbill Skyways terhempas di kawasan segi tiga berkenaan dan meragut nyawa juruterbangnya.
Nahas terbaru menambah lagi lipatan misteri di kawasan berkenaan ekoran tempoh yang terlalu lama diambil bagi mengesan kedudukan bangkai helikopter berkenaan.
Yang menghairankan semua pihak mengapa juruterbang, Kapten Samsuddin Hashim tidak mengikut laluan udara yang ditetapkan DCA dan memilih laluan itu yang memang telah sedia maklum cukup berbahaya kerana sering berlaku fenomena angin lintang.

Pada kebiasaannya dari Bario untuk ke Ba'kelalan jika menggunakan helikopter, laluan yang ditetapkan ialah mengikut sebelah tepi kanan Gunung Murud dan apabila laluan itu ditutupi oleh awan, juruterbang akan berpusing ke arah kiri gunung itu.
Ini adalah kerana Bario dan Ba'kelalan dipisahkan oleh Gunung Murud dan pesawat ringan tidak mempunyai kemampuan mengikut laluan yang mendaki gunung itu.
Di dalam kes kali ini juruterbang itu dipercayai memilih untuk terbang ke puncak gunung berkenaan berdasar kawasan bangkai pesawat itu ditemui dan keadaan helikopter yang seolah-olah tidak dapat dikawal dan melanggar pokok-pokok.
Walaupun di kawasan Gunung Murud memang terdapat kawasan pendaratan kecemasan termasuk jalan balak, tetapi risikonya terlalu tinggi kerana helikopter mungkin gagal mendaki dan akan melanggar gunung tersebut.
Seperkara yang menjadi persoalan, juruterbang helikopter malang itu juga ti-dak memaklumkan kepada menara kawalan di Bario atau Kota Kinabalu atau Miri sebelum mengubah haluannya.
Sedangkan mengikut prosedur penerbangan, juruterbang perlu memaklumkan kepada menara kawalan udara tentang sebarang perubahan laluan yang diambilnya.
Biasanya perubahan laluan itu berlaku apabila penumpang yang paling kanan memberi arahan supaya juruterbang pergi ke kawasan lain dan juruterbang harus mematuhinya.
Bagaimanapun di dalam keadaan cuaca buruk, juruterbang mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan haluan yang harus digunakan dan tiada pihak yang boleh memberi arahan kepadanya.
Semua persoalan itu mungkin terjawab selepas siasatan oleh DCA selesai dalam tempoh sebulan lagi atau mungkin terus menjadi persoalan yang tidak terjawab.
Banyak pihak juga yang mempersoalkan cara operasi mencari dan menyelamat (Ops Cari) di Bario dikendalikan kerana ia tidak diterajui sejak awal lagi oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seperti lain-lain tragedi di negara ini.
Penglibatan `orang politik' di dalam operasi kali ini menjadikan ia kurang berkesan pada peringkat awal kerana ia berjalan secara tidak teratur dengan pelbagai arahan dikeluarkan juga mengelirukan.
Masuk hari ketiga barulah operasi berjalan agak lancar dan lebih banyak anggota tentera, polis, bomba dan penduduk kampung dikerahkan ke dalam hutan.
Selepas itu pelbagai pesawat termasuk beberapa buah yang dilengkapi peralatan canggih mula tiba di Bario yang kesemua berjumlah 20 buah menjadikan Lapangan Terbang Bario seperti karnival pertunjukkan udara yang terbesar di Sarawak.
Pelbagai pesawat dan peralatan canggih seperti pesawat PC-3 Orient dari Amerika Syarikat, sistem maklumat geografikal (GIS), kamera digital pengesan haba infra merah dari Australia digunakan.
Rupa-rupanya peralatan canggih yang dikatakan boleh mengesan benda sekecil syiling 10 sen itu mempunyai kemampuan yang terhad apabila berdepan dengan konflik di Bario. Pelbagai kesukaran yang dihadapi sepanjang operasi itu telah menghantui semua pihak terutama ahli keluarga tujuh mangsa yang terlibat serta pasukan mencari dan menyelamat.
Penggunaan peralatan canggih yang tidak membuahkan sebarang hasil itu, telah mendorong saudara-mara mangsa yang terlibat untuk menggunakan khidmat bomoh.
Khidmat lapan bomoh termasuk empat yang diterbangkan dari Semenanjung Malaysia, digunakan bagi membantu mencari mangsa dan bangkai helikopter.
Menurut, salah seorang bomoh dari Semenanjung yang digunakan dalam usaha mencari itu, Rahim Mohamad Hail, khidmat dia digunakan bagi membantu mengesan kedudukan mangsa secara ghaib.
Upacara yang dilakukan oleh bomoh itu dibuat secara rahsia dan pemberita tidak langsung berpeluang melihat aktiviti mereka.

© Utusan Melayu (M) Bhd
artikel ini cukup menarik untuk sama-sama kita kongsi
 
Peristiwa kehilangan sebuah helikopter di Bario, Sarawak pada Julai tahun ini tiba-tiba menjadi satu misteri yang menggemparkan banyak pihak.
Setelah hampir 20 hari pencarian dilakukan oleh hampir 2000 tenaga manusia dan alat teknologi tercanggih, akhirnya helikopter itu ditemui juga dengan bantuan orang-orang yang dekat dengan Allah, yang berusaha takut dan cinta Allah dengan sebenar-benarnya.
Parlimen Malaysia sudah hampir mahu memberhentikan operasi pencarian, sejurus sebelum helikopter itu ditemui.
Kaedah bomoh biasa juga gagal dalam menghadapi kes ini. Berbagai jenis bomoh dari berbagai agama mencuba berbagai alatan perbomohan bersama jampi serapahnya tetapi sia-sia.
Apa sebenarnya berlaku?


Bersabda Sulaiman

" Wahai orang-orang mulia, siapakah diantara kamu yang boleh membawa
kepadaku tahta kerajaan Ratu Saba' itu sebelum mereka datang tunduk
kepadaku?"

Berkata Ifrit di antara Jin

" Saya dapat membawanya kepadamu sebelum engkau berdiri dari majlis
ini, sesungguhnya saya kuat lagi jujur"

Berkata seorang manusia yang di sisinya ada ilmu dari Kitab

" Saya boleh membawanya kepadamu dalam sekelip mata"

AnNaml: 38-39
- Helikopter Bell 206 Long Ranger kepunyaan Hornbill Skyways membawa seorang Menteri Sarawak, Dr Judson Sakai Tagai, bersama-sama lima orang yang lain dan dikemudi oleh juruterbang Kapten Shamsudin Hashim, yang satu-satunya Muslim, bertolak pada tanggal 12 Julai 2004, Selasa 12.15pm. Perjalanan melintasi Bario bertujuan meninjau lokasi sesuai untuk pembinaan projek empangan hidro-elektrik baru di Sarawak.

- Baru 3 minit berlepas, helikopter itu terputus hubungan dengan menara kawalan dan terus hilang. Perjalanan sepatutnya mengambil 20 minit ke destinasinya iaitu Ba'kelalan.

- Yang menjadi pertanyaan, mengapa helikopter tidak sempat menghubungi menara kawalan atas kerosakannya padahal baru sahaja berlepas 3 minit.

- Isyarat kawalan automatik juga tidak berfungsi menunjukkan lokasi terhempasnya.
- Operasi mencari dimulakan seawal 2 petang. Persekitaran di mana logiknya helikopter itu jatuh dan sekitarnya sudah digeledah 25 pesawat dan 2000 orang pencari terdiri dari PDRM, TUDM, RAMD, TNI-AD, dan bermacam-macam lagi pasukan, termasuk penduduk kawasan sekitar di situ termasuk penduduk negara jiran Indonesia.
- Termasuk sebuah helikopter dari Australia yang lengkap dengan sistem pengesan haba infra-red yang mampu mengesan perubahan suhu, merakam gerakan visual dan mengesan kewujudan jarak di dalam hutan, misi dibantu 2 pakar warga OZ.
- Helikopter de Orient dari USA yang mampu mengesan sehingga syiling sebesar 10 sen tidak mampu mengesan helikopter itu, tetapi satu jentolak/jentera pengangkut balak yang buruk dan berkarat dapat dikesannya.
- Pakar teknologi satelit dan pemetaan berbangsa Afrika dari badan Perhutanan Sarawak.
- Pesawat bantuan juga datang dari Singapura, Brunei dan Korea Selatan.
Maklumat sebenar tentang apa yang terjadi kepada heli itu telahpun didapati oleh penaung Skylab (Ustaz Ashaari Muhammad) seelok sahaja helikopter itu hilang secara alam kerohaniannya.

*Skylab adalah satu persatuan gabungan doktor-doktor kerohanian dan doktor-doktor fizikal termasuk doktor specialist dari bidang medical dan dentisry yang bekerja dengan kerajaan, universiti, tentera dan private practise*
- Setelah hari kelapan barulah Skylab campurtangan dalam kes ini kerana pada peringkat awalnya pihak kerajaan menolak pertolongan penaung Skylab dan anak buahnya.
- Pihak kerajaan terbahagi dua dalam menerima kehadiran Skylab, tetapi pihak Ketua Menteri Sarawak menerima permohonan Skylab untuk membantu apabila Ketua Menteri mendapat maklumat dari bomoh bahawa heli itu hilang kerana ditutup oleh jin dengan berlapis-lapis tutupan yang sangat tebal. Dan mereka berkata hanya orang yang bersembahyang sahaja yang mampu membuka tutupan itu.
Sebelum dua orang doktor kerohanian Skylab menyertai operasi, mereka bermesyuarat bersama-sama anggota Skylab lain dengan guru mereka Ustaz Ashaari di Labuan.
Seperti yang diduga mereka dapat melihat dengan jelas seorang wakil jin yang menyerupai manusia bernama Al dihantar oleh pembesar jin bernama Zar. Tujuh pengiring Al menunggu di luar dan tidak masuk ke bilik mesyuarat. Tidak semua member Skylab mampu melihatnya, mereka ini hanya merasa kehadiran makhluk Allah ini dengan hati.
Jin bernama Al yang mewakili pembesar Zar ini meminta manusia membayar segala kerosakan yang ditanggung oleh penduduk jin akibat pencerobohan helikopter itu ke daerah mereka, merosakkan rumah-rumah mereka, membunuh seramai 37 bangsa jin, lagi pula tujuan asal manusia itu bertujuan meninjau kawasan pembuatan empangan hidro-elektrik baru yang akan memusnahkan bandar dan perkampungan jin di Bario.
Syaratnya adalah menebus dosa manusia ini dengan mengeluarkan sedikit wang, lalu menyembelih seekor kambing dan dijamukan kepada para fakir miskin yang tinggal di rumah atas air di Labuan.
Jikalau manusia sanggup melakukannya, barulah perundingan melepaskan barang tawanan dimulakan.
Makhluk jin yang marah itu yang saiznya boleh membesar sebesar gunung telah mencekup helikopter tersebut dan dibawa ke alam mereka, lalu menutupnya dari pandangan mata kasar manusia.
Lalu Skylab mengeluarkan RM 400.00 untuk mengadakan jamuan kepada jemaah masjid atas air di Labuan, sebelum menyertai pasukan operasi mencari.
1. Pada 23 Julai 2004 (Jumaat) selepas 11 hari helikopter hilang, Tabib Abdul Rahim Manaf dan Tabib Hassan Mohd Zain yang berupaya melihat makhluk jin dan bercakap-cakap dengan makhluk Allah ini, memulakan operasi pencarian yang pertama bersama-sama pilot Capt George (bangsa Iban) dan seorang jurubahasa bernama Afendi. Kawasan yang diilhamkan adalah Pa'Longan, satu kawasan yang tidak diminati kerana terkeluar dari laluan asal dan bearing heli tersebut. Kedua orang tabib itu dapat melihat adanya heli itu dengan jelas di sana - di alam ghaib, cuma di alam lahir lokasi sebenarnya tidak diketahui dan ianya tertutup dari pandangan manusia biasa.
2. Pada 24 Julai 2004 (Sabtu) jam 11.00 pagi, operasi kedua dimulakan. Pada 11.45 pagi mereka ternampak sebatang pokok yang putus, tinggal kayu balaknya sahaja menegak, mungkin kesan helikopter jatuh. Semasa operasi ini, Tabib Hassan terus-menerus berhubung secara ghaib dengan Al si Jin Islam. Masyarakat jin di situ mempunyai 3 raja adik-beradik iaitu Kalamngan, Kalamung dan Kalapung. Hanya seorang raja yang boleh diajak berunding dengan baik, yang dua lagi susah diajak berunding. Seorang ini yang akhirnya memeluk Islam. hasil perhubungan dan perbincangannya dengan manusia ini.
Perundingan dengan jin mengambil masa yang lama. bukankah dikatakan sebaik-baik jin itu sejahat-jahat manusia.
Sepanjang operasi pertama itu, Tabib Hassan merayu "Bukankah kami sudah sembelih kambing seperti yang disyaratkan, tolonglah beri petunjuk di mana helikopter itu boleh ditemui"



Selepas menentukan lokasi pokok patah itu dan diambil gambarnya, mereka balik untuk solat Zuhur.
3. Pada 24 Julai 2004 (Sabtu) petang, operasi ketiga - dengan panduan sistem GPS - Global Positioning System, mereka menuju ke kawasan pokok patah tadi. Aneh sekali, kerana kali ini dua batang pokok pula yang patah. Mengiringi heli mereka adalah dua lagi heli lain, tetapi penumpang heli utama melihat 2 lagi heli itu terlalu kecil, sebesar hujung pena. Seolah-olah mereka sedang berada jauh di alam lain iaitu alam jin.
Sesudah itu mereka pulang kerana helikopter belum dibuka tutupnya oleh Jin.
Setelah petunjuk pertama ditemui, seorang ketua kaum Penan - kaum pribumi Sarawak - telah bergerak ikut darat dengan tujuan mencari heli, bila sampai ke kawasan itu dia telah mencantas dahan dan dihalakan ke udara, metode secara perbomohan untuk ditunjukkan hala sebenar bau mayat. Tiba-tiba ribut kuat memukulnya sehingga dia terhempas ke pokok dan patah gigi. Heli penyelamat terpaksa dipanggil untuk menyelamatkannya
Sebuah helikopter Nuri TUDM, telah menurunkan seorang tentera dengan tali pada pagi Ahad 25 Julai. Heli telah bergegar kuat dan tali itu berpusing-pusing sampai tentera itu terhempas ke pokok juga. Dia terpaksa naik semula sebelum sempat memijak tanah.
Sekembalinya dari operasi ketiga, Tabib Hassan mengucapkan terima kasih kepada Raja Jin 3 beradik diperantarai Al.


Tabib Hassan berkata "Tolonglah bukakan heli itu pula untuk kami dapat lihat"

Jawab Al " Yalah..kami akan bukalah!!"

Inilah perangai jin, kerja sehari jadi 3 hari!
4. Pada 25 Julai 2004 (Ahad) pagi, di kawasan tersebut ada perkembangan terbaru, di antara dua pokok patah itu, terdapat seolah- olah satu ruang terjerumusnya helikopter. Tetapi helikopter masih tidak kelihatan.


Tabib Hassan mengeluh.." Jin,jin mengapa lambat sangat nak buka ni?."
Aneh pula, Afendi si jurubahasa kelihatan sangat terganggu perasaannya, berkeras mahu dihantar pulang ke kampungnya di Miri. Terpaksalah demi menjaga hatinya, mereka semua terus berlepas ke Miri, padahal sudah sangat hampirnya dengan penemuan heli itu. Operasi diteruskan juga oleh beberapa yang lain seperti yang diceritakan tadi, tetapi aneh habis semua terpelanting dikerjakan oleh jin-jin di situ.
Sampai sahaja di Miri, para tabib itu mendapat arahan dari ustaz Ashaari guru mereka, supaya bertukar orang, kerana pasukan yang ada tidak cukup ampuh. Afendi diganti dengan Ustaz Ahmad Zahari iaitu Pengarah Rufaqa' Sarawak. Di sinilah percaturan Tuhan, di Bario perhubungan telefon memang terputus, balik ke Miri ada tujuan yang telah diatur oleh Tuhan.
Pada mulanya Ustaz Ahmad Zahari tidak dibenarkan naik ke heli menolong usaha mencari oleh Tan Sri George Chan. Semasa sedang bermenung dan berselawat dan berzikir itu, dia dan Tabib Hassan melihat pihak tentera membawa 2 ekor anjing pengesan yang terlatih menaiki helikopter di pengkalan untuk menghidu mangsa di tempat pokok patah itu..
"Kami melihat 2 ekor anjing itu bila dibawa ke heli, mereka seperi sangat ketakutan dan berlari ke belakang. Setelah dikejar dan dipaksa naik juga hingga beberapa kali, tetap anjing-anjing itu memprotes. Sehingga akhirnya heli itu pergi tanpa anjing. Pada masa yang sama riuh-rendah kedengaran ayam berkokok seolah-olah melihat sesuatu".
5. Pada 27 Julai 2004 (Selasa), Tabib Hassan, Ustaz Ahmad Zahari dan pilot Cpt Thomas meredah lagi hutan meneruskan pencarian di lokasi. Ustaz Ahmad Zahari dengan penuh tawakkal kepada Allah, merenjis air bacaan doa Ustaz Ashaari ke atas bumi Bario. Diiringi doa anggota Skylab dan doa ahli Rufaqa' Sarawak serta guru mereka, pada jam 5.00 petang heli itu dapat dilihat oleh Cpt thomas ditempatnya.
Jin sudah membukanya.. Tetapi SEBENTAR sahaja, waktu itu sahaja.
Semasa heli itu kelihatan hari sudah hampir malam, walaupun baru jam 5.00 petang di Bario, jadi apa sahaja usaha menghampiri heli terpaksa ditangguhkan keesokan harinya, lagi pula cuaca yang sejuk, berangin serta keadaan tanah cerun menyukarkan penyediaan landing point dsb.
6. Pada 28 Julai 2004 (Rabu), hujan turun renyai-renyai. Ramai manusia yang berbondong-bondong keluar ke tempat lokasi untuk mencari heli itu.


Pada petangnya, dua orang polis udara AS Ehsan dan DSP Lukman terus mencari Tabib Hassan dan memaklumkan "Tolong kami ustaz, saya seram ni.. Gunung Murut sudah hilang!!"
Rupa-rupanya sepanjang hari mencari mereka tidak melihat heli itu, yang dijumpai satu pokok manggis besar di tempat terjerumusnya heli itu, buah-buahnya pula masak dan besar. Bila heli buat u-turn untuk mendekati pokok manggis itu, pokok manggis itu ghaib pula.. Bila mereka pandang ke arah Gunung Murut, gunung itu turut hilang.. Terus ASP Ehsan mengarah pilot memecut heli mencari si Tabib.
Tabib memberitahu ASP Ehsan " Nampaknya jin itu telah menutup heli itu semula! Kalau begitu marilah kita bersolat, baca Fatihah 4x, AyatQursi dan selawat pada Rasulullah SAW.
Akhbar-akhbar tanggal 30 Julai 2004 Jumaat, melaporkan pada sepanjang malam itu (Rabu 28 Julai, malam Khamis) 2 komando diturunkan dan tidur bersama mayat, ada yang mengatakan pasukan Bomba - pemadam kebakaran - yang menjumpai heli itu. Ada yang mengatakan ekor heli sahaja dijumpai padahal di lokasi ekor dan badan heli ada bersama-sama.. Macam-macam khabar yang tidak sinonim disebarkan dengan apa yang sebenarnya terjadi.
Hakikatnya, sukar untuk menurunkan komando dalam cuaca yang gelap dan sejuk begitu, tanah di situ pula agak curam dan bercerun, tiada tanah rata, agak sukar membuat operasi menyelamat, apa lagi heli itu ghaib semula waktu itu!!
Padahal, sepanjang malam itu ASP Ehsan tekun berdoa bersama tabib-tabib semalaman agar dimudahkan segala usaha.
7. Pada 29 Julai 2004 Khamis, ASP Ehsan dan orang-orangnyalah yang berjaya menemui heli malang itu dan mengangkat tujuh mayat yang berada di situ (tiada komando yang bermalam bersama mayat sebelum itu seperti yang dilaporkan akhbar-akhbar utama di Semenanjung).
Operasi itu dilakukan waktu siang terang-benderang. Landing point helikopter dibuat agak jauh dari tempat heli malang ditemui kerana tanahnya yang curam. Seorang anak buah ASP Ehsan, anggota penyelamat, membaca kata-kata ini di dinding helikopter yang ditemui.
"Mengapa lambat selamatkan kami?".. Bayangkan cuaca di Bario itu mencecah 10 darjah Celcius, tanpa bekal sedikitpun makanan, jatuh di kawasan hutan yang sangat tebal dan bercuram.

Heli itu langsung tidak terbakar, hanya ekornya yang patah. Jika terhempas di gunung dalam keadaan petrolnya penuh mesti ia terbakar. Pintu heli terbuka lebar dan dua orang ditemui di luar helikopter, termasuk mayat Allayarham Kapten Shamsudin. Sementara mayat-mayat lain sukar dikenali akibat reput dan mengalami dekomposisi yang teruk, mayat Kapten Shamsudin mudah dikenali, walaupun reput, bau kapur barus cukup kuat pada mayat itu. Ada sejadah lapik solat yang tidak reput di sebelahnya, di keliling mayatnya sampah-sarap dan kayu-kayan disapu bersih.
Bila dirujuk pada Ustaz Ashaari dia menjawab "Itulah petanda kehadiran jin-jin Islam"
Kapten Haris menceritakan heli itu terletak elok, hanya ekor dan kipasnya yang patah, pokok-pokok disekitarnya pun masih dalam keadaan asal. Seolah-olah heli itu diletakkan di situ dan jin-jin yang bekerja mencantas dua pokok secara berperingkat hingga tinggal batangnya sahaja untuk menggambarkan seolah-olah heli itu terhempas di situ.
Ahbar berbahasa Cina dan Inggeris - Miri Daily News di Sarawak menemubual mengambil gambar individu-individu yang menolong dalam operasi mencari heli hilang itu dan melaporkan kejadian yang sebenar. Akhbar-akhbar di Indonesia hanya melaporkan heli itu ditemui dengan pertolongan bomoh/dukun/pawang. Tiada langsung berita mengenai Skylab pada akhbar utama di Semenanjung.
(Sistem rohani dan ghaib itu jauh lebih hebat dari sistem akal. Alam ghaib memang wujud..Alam perwalian, alam Roh, cuma kita yang terlalu sekular ini sangat terpengaruh dengan fahaman Barat. Mana-mana yang berlainan sedikit dari logik mudah sahaja dituduh sesat, menyesatkan, bid'ah dsb.)
Bila ditanya kepada Ustaz Ashaari oleh Skylab.. "Apakah Ustaz didampingi jin?"



Beliau menjawab "Mendidik manusia cukup susah bahkan sering gagal, hebatnya saya kalau mampu menundukkan jin. Sejahat-jahat manusia itu sama dengan sebaik-baik Jin Islam."
Dan akhirnya..salah seorang Raja jin yang masuk Islam itu adalah yang bernama Kalamung. Dia hatinya agak lunak dan mudah diajak berunding.
Namanya ditukar ke Abdul Jabir, nama yang dipilih dan diberi oleh manusia yang telah berhubung dengannya melalui alam yang tidak terjangkau akal. Mana mustahil, kaum Jin suatu hari nanti akan turut sama membantu manusia sebagai sebahagian tentera Allah seperti yang banyak berlaku sebelum-sebelum ini.
Wallahua'lam... Hanya Allah yang maha mengetahui...
Dipetik dari buku,
Kuasa Tuhan Mencabar Kuasa Manusia Di Bario
SKYLAB September 2004


Ditulis bersama oleh: Haji Abd Rahim Manaf, Hassan Mohd Zain, Mejar Dr Yusof Abu Bakar, Dr Johari Alias,
 Dr Hanif Abd Rahman, Dr Abd. Rahim Tahir, Dr Azlina Jamaluddin,
 Mejar Dr Abd Hamid Sujak, Dr Rohaya Dato' Muhamad.
 
SUMBER:
 http://www.mazeermohamad.com

No comments:

Post a Comment