Ada dua laluan utama masuk untuk menjelajah Tasik Kenyir. Laluan utama sudah tentu ikut Pengkalan Gawi dan laluan tradisionalnya ikut Dam Empangan Tasik kenyir. Pemilihan laluan ini bergantung kepada boat yang disewa. House bot yang berada di pengkalan mana. Tapi kita boleh arahkan house bot tersebut untuk ke pengkalan mana yang kita suka.
Memilih bot untuk ke Tasik Kenyir sangat penting. Kalau nak bawa keluarga yang ada anak kecil pastikan bot yang betul-betul selamat. Kalau boating dengan penuh nilai Islamic dicadangkan dua buah bot satu untuk lelaki dan satu lagi untuk perempuan. Kalau nak tidur selesa kena cari bot yang punya tempat tidur selesa dengan aircon atau kipas yang baik. Kalau mahukan bot yang ala kadar je... sebagaimana team pemancing yang dalam kepala hanya nak memancing dan tidak kiralah bagaimana bentuk bot maka mudahlah kalau nak menjelajah tasek kenyir.
Maaflah rakan-rakan pilot bot di tasik kenyir. Apa yang diceritakan ini bukan dari orang yang hanya naik sebuah bot. Saya ni orang yang terlibat dalam banyak aktiviti di Tasik Kenyir dan pernah menyewa 12 buah house bot serentak untuk menjayakan program. Menjadi kebiasaan masuk ke Tasik Kenyir dengan menyewa 3 hingga 5 buah bot.
Dari gambar bot anda sudah boleh buat penilaian sendiri bagaimana decoration bot tersebut. Perkara utama yang saya dikomplein setiap kali pulang dari Tasik kenyir bila bawa grup ala-ala Mak Datin. (Mak Datinpun sebahagian besarnya langsung tak cerewek, kita je kadang-kadang buat persediaan sehingga merimaskan dia).
Hakikatnya pada yang nak enjoy atau release tension dengan berada atas bot sebenarnya kena ubah your mind set. ANDA SEKARANG ATAS BOAT dan bukan berada DI RUMAH.
Boat yang selesa |
Bot tempat lain macam naik Feri ke Pulau redang je. Sampai ke Destinasi maka kita turun ke tanah. Boat di Kenyir ini sampai ke Distinasi kita hanya turun beraktiviti dan bila nak makan, tidur maka kena naik semula atas bot. Itulah suasana sebenar holiday dengan bot house di Tasik kenyir.
Ini baru cerita pasal bot belum lagi cerita betapa "kerek" crue-crue bot. Biasanya pemandu atau orang yang diamanahkan mengendalikan bot itu cukup sporting dan bertanggungjawab tapi
crue-cruenya seolah-olah tidak wujud orang lain atas botnya.
Sorry to say sebab harapan agar boatman pilih crue yang bijaksana dengan tuturkata dan sensiviti tentang aurat muslim. Bayangkan crue dengan seluar pendek ala botser tanpa baju mundar mandir dalam boat yang sedang bergerak menuju destinasi. Tanpa peduli kaum hawa yang ada dalam bot. Tanpa peduli Ketua Jabatan ke... Pengarah ke... atau Apa saja pangkat orang yang ada dalam bot. Paling best main laung je kalau nak panggil rakan di belakang.
Rata-rata house bot di Kenyir ni ada Astro.... Taklah boring sangat. Orang kita ni memang bila nampak ada Astro maka mulalah nak mengkhatan drama bersiri yangmasing-masing dok hafal. Paling best crue bot datang tukar Channel sebab ada cerita kegemaran yang dia juga nak tengok. Lebih best lagi kita di kerusi crue boat tadi
Dapur dalam House bot |
Dikalangan penyewa boat berkata sinis pada saya... encik mintak biar crue boat ni kerja hotel untuk sebulan dua. Barulah dia faham bagaimana nak layan penyewa.... Segan je saya yang bertindak sebagai penganjur ni.
OK Dah Dapat Boat
Kini Lokasi Untuk Jelajah Tasik Kenyir.
Laluan ikut Dam Empangan Kenyir |
Pernah saya bersama rakan-rakan dari Kota Bharu kehilangan dua buah kereta ketika tinggalkan di pengkalan Gawi. Laporan Polis dibuat dan sebuah daripadanya dapat semula body kereta je. Aksosori dan apa yang bernilai pada kereta itu hilang.
Tapi kalau ikut Dam memang selamat. hanya bayar RM10 untuk 2 malam kenderaan anda anda berada dalam pagar TNB.
Namun untuk memudahkan urusan kita menaiki bot dan membeli sedikit sebanyak barangan saya cadangkan naik ikut Pengkalan Gawi. Sebab di sini banyak kemudahan tersedia untuk pelancong. Berbeza sekali dengan segala peraturan yang ketat jika masuk ikut Dam Empangan melalui Kampung Jenagor. Semua pengunjung kena faham. Memang patut memperketatkan apa sahaja melibatkan humanitarium sebab itu adalah Empangan Hidro Elektrik.
Jadi masuklah ikut Pengkalan Gawi sebab itu lokasi pelancongan. Tidak ada apa yang menyusahkan.
Lokasi Mana Perlu Pergi untuk jelajah Tasik Kenyir
Memilih lokasi mesti mengikut hobi dan tujuan masuk ke Tasik kenyir. Nanti saya perjelakan di cerita akan datang.
No comments:
Post a Comment