Kuantan ke Kuala Terengganu 13 jam
Bandar Kuantan yang lengang pada Rabu 4 Dis 2013 jam 9.20 pagi |
Bandar Chukai dari Udara. Laluan Jakar - Balai Bomba ke SMK Chukai (gambar dari FB) |
Banjir besar melanda Kuantan. Hotel-hotel di bandar Kuantan pada 4 Dis 2013 tidak menerima tetamu. Walking Check In langsung tidak di terima. Segalanya berpunca bekalan elektrik dan air terputus.
Saya sudah berada di Kuantan sejak 3 Dis 2013
dan terpaksa pulang awal pada 4 Dis 2013. Banjir baru bermula tapi di Kuantan sebenarnya sudah kecoh dengan kehadiran banjir yang sangat besar. Isipadu air pada tahun ini cukup berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Malahan sepanjang hidup tidak pernah mendengar banjir sebesar ini di Kuantan.
Masjid di Bandar Pekan Kuantan (gambar dari FB) |
Sebelum sampai ke Balok sebenarnya kereta sudah bortingkek-tingkek beratur samada berehat atau menunggu air banjir surut. ataupun tidak mahu meneruskan perjalanan dalam hujan lebat. Tandas Stesen Minyak Shell dekat Balok penuh dengan pengunjung. Memang beratur panjang hanya untuk masuk tandas.
Cabaran bermula bila naik ke LPT dari Tol Jabor ke Susur keluar Sungai Ular. Jarak yang pendek. 10 minit untuk hari biasa. Tapi kenderaan penuh berhenti di sepanjang jalan dan ada yang memandu melawan arus. Segala-galanya seperti tidak teratur.
Dari simpang Balok ke LPT dah jumpa satu tempat dinaiki air. Tahun lepas kawasan ni sangat rendah tapi selepas dibaiki tinggi masih jugak naik air. Jalan dekat pembuangan sampah tu. Namun mudal melepasi kawasan ini. Kereta kancilpun boleh lepas. Tq kerajaan sebab dah tinggikan jalan kawasan ni.
Tapi kenderaan tetap bersesak-sesak untuk melepasi kawasan ini jugak. Dengar cerita kawasan surau dekat tol Jabor penuh dengan kenderaan. Lebih perik laluan ke Jabor ikut highway Sungai Besi dah dinaiki air. Hanya tinggal jalan LPT yang boleh dilalui.
Bersedia nak rentas air.. Banyak kereta tak berani |
Gambar sebelah tu tempat pertama LPT dinaiki air. Panjang jugak. Antara Tol Jabor ke Susur keluar Sungai Ular ada tiga tempat air naik. Dua yang besar, satunya lepas Kawasan Perindustrian China Malaysia dan sebelum sampai di Pusat Latihan Maritim. Dua-dua air sangat laju. Kereta dah bersusun-susun sejak dari Jabor lagi. Hujan pulak turun selebat-lebatnya. Kami buat keputusan redah je sebab kalau tunggu air makin naik. Kalau kenderaan mati sama-sama pakat tolak. Pulang tetap kena pulang jugak. Berada di sini lagi menyusahkan. Dah terlanjur di jalan raya maka perjalanan diteruskan.
Air dari hutan hitam pekat. Barangkali inilah yang dinamakan air hitam. Apa yang mengecewakan pada kenderaan yang tidak mahu merentas banjir tapi berada di bahagian paling hadapan. Cukup mengganggu untuk lori-lori yang nak meneruskan perjalanan. Dah tahu tidak mahu melintas sepatutnya beradalah di bahagian belakang atau memberi lorong pada yang mahu menyemberang.
Ada kereta kancil mampu lepas bila dia ikut rapat dengan belakang lori. Air yang diredah oleh lori menjadi pendiding untuk dia meneruskan jalanan. Toyota Unser yang follow kami juga lepas. Dia ikut dengan cukup rapat. Tapi ada sebuah kereta terkandas. Sangat bahaya terkandas dalam banjir di sini sebab arusnya sangat laju. Berkemungkinan kereta tu boleh dibawa oleh arus.
Hujan yang berhenti seketika memudahkan perjalanan tanpa viper dan kosantrasi pemancupun agak baik untuk redah banjir ini.
Keadaan air yang merentasi jalan di LPT dekat Gebeng |
Kenderaan melawan arus di LPT |
Jalanan mula mesti kena sangat berhati-hati. Laluan kita sudah ada kenderaan datang dari hadapan. Malahan ke dua-dua lorong sama sahaja. Kenderaan dari arah bertentangan di atas LPT seperti satu kejadian biasa sahaja. Masing-masing tidak ada pilihan sebab ada Guide Rail di tengah jalan antara kiri dan kanan dan kenderaan tidak boleh redah.
Sebenarnya sudah ada Guide Rail pemisah antara laluan yang rosak atau dilanyakkan oleh kenderaan berat. mungkin dilakukan ketika sesak semalam. Sebab air di sini sudah melintas sejak pagi 3hb lagi. Malam sudah ramai yang tidur dalam kereta di LPT ini. Bayangkan kalau terperangkap antara dua lintasan air ini, bagi kenderaan kecil tidak boleh ke mana-mana hanya perlu tunggu sahaja mengharapkan air yang melintas menjadi rendah itu sahaja yang mampu dilakukan. Sedihnya sebab tiada makanan atau sebarang kedai di kawasan ini. Ramai yang terperangkap dan tidur di LPT dekat Gebeng.
Kereta Bomba ada stanby kat sini mungkin untuk memberi bantuan kalau apa-apa yang berlaku. Anggotanyapun seperti siap sedia untuk membantu jika diperlukan.
Bomba berada di hadapan air dan di sini hanya satu lorong sahaja di buka untuk kenderaan berat. Jalan hala Sungai Ular ke Jabor. Dan Gude Rail yang patah dijadikan lorong untuk menukar laluan. Kenderaan yang berani rentas melencong melalui Guide Rail yang patah dan mulalah perjalanan melawan arus sebab kawasan sebelah lawan arus lebih cetek airnya.
Kalau tadi tengok kenderaan lain lawan arus kini giliran kami pulak lawan arus. Guna lorong paling tepi. Namun kenderaan dari hadapan tidak ada yang lalu. Dengan lain perkataan tidak ada kenderaan dari Sungai Ular ke arah Tol Jabor. Dengan sebuah Thanker paling hadapan maka banyaklah kereta dan 4x4 follow dari belakang. Sehinggalah sampai ke susur keluar di Sungai Ular . Di sini memang kawasan air yang sangat banyak. Memang bila di lihat hanya air sahaja di atas jalan menghala ke Pelabuhan Kuantan tapi kami pusing ke arah Chukai Kemaman. Juga terpaksa meredah air.
Nasib Malanglah Ambulan nok lalu sebab masing-masing bukan tak nak bagi jalan tapi kereta jem rapat-rapat sangat. Apapun memang susah nak bergerak ke tepi sebab adakalanya jalan satu lorong tu jadi dua atau tiga lorong.
Cabaran dalam jem bermula bila lepasi air melintas jalan di Sungai Ular. Dari sini sempat turun jalan-jalan beli makanan di kedai dan kenderaan yang kita naik tu baru bergerak sejauh jarak sebuah bas. Ini kerana air yang banyak dekat simpang nak masuk Club Mediteraniam di Cendor.
Jalan di sini jem bukan kerana air di sini, rupanya kerana air yang panjang di Jambatan Pendek dekat R & R Chendor. Sini menjadi penyebab jem yang amat panjang. Kenderaan bergerak hanya jarak sebuah bas sahaja setiap kali berjalan. Selebihnya berhenti menunggu hampir 10 - 20 minit.
Memang peluang masing-masing keluar membeli makanan. Kedai-kedai runcitpun kehabisan makanan dan manakala kedai makan hanya ada air je. Makanan sudah habis. Ketika di sini dalam jam 2.00 petang. Kedai-kedai makan yang di buka hanya jual air minuman panas je.
Ketika dalam jem di Cendor sempat keluar berjalan sehingga ke kawasan banjir. Hampir 2 jam dari waktu keluar kenderaan dan berada di Kawasan banjir.
RESPECT orang kampung Cendor Kuantan sebabnya membantu semua kenderaan lalu lalang. Rela Cendorpun bertugas mengawal jalan raya. Polis tidak ada. Tak tahulah kalau polis tu berpakaian preman tapi kalau dengan uniform memang tak ada. Memang saya cari-cari. Segala-galanya dikendalikan oleh RELA dan penduduk kampung. RESPECT.
Lebih RESPECT bila kenderaan mati di tengah laluan air masing-masing berebut tolong tolak. Dan ditolak sehingga ke kawasan tidak mengganggu lalulintas. Bila pemandu kereta beri upah semua menolak.
"Kita hanya tolong bang... kita sama-sama dalam kesusahan ni"
Memang mulia hati orang muda dan penduduk kampung Cendor Kuantan Pahang yang membantu mangsa yang melalui kawasan banjir. Hanya Tuhan yang membalas jasa baik kalian di ketika kita sama-sama berada dalam kesusahan ini. RESPECT.
Permandangan kereta tenggelam dan rumah yang tenggelam memang dapat dilihat sepanjang jalan. Begitu jugak dengan penonton yang berdiri di kiri kanan jalan untuk menambahkan lagi kesibukan ketika banjir ni. Orang lain tension sebab memandu dari jauh terperangkap dia begitu bersuka ria bergurau senda ketika melalui kawasan banjir. Ini lah wajah orang muda hari ini yang bakal mentadbir negara hari depan. Tidak memperdulikan kesusahan orang lain.
Ada yang menyakitkan hati bila sengaja motor-motor cubcai berkonvo dalam air merentasi banjir. Sepatutnya ini bukan masa untuk tambah kesibukan yang teramat jem. Berehat di sini agak lama sebab hanya satu laluan di buka. Pergi ke R & R langsung tak ada makanan. Habis stock dan toilet pulak tidak ada elektrik dan air. Sisa tidak di flush lebih memburukkan suasana. Ada gambar saya ambil tapi tak tergamak nak masukkan ke dalam cerita ini. Sekadar sebut je. Kesihan pada yang kelaparan sebab tidak ada apa yang boleh dibeli di sini selain minuman panas.
Banyak kereta berani rentas di tempat laluan air sebelum ini tapi tidak berani merentas kawasan ini. |
dalam dan paling jauh. Kenderaan bersesak-sesak untuk melepasi kawasan ini. Banyak kenderaan yang mati di tengah air.
RESPECT Orang di sini juga tidak ambil upah membantu kereta yang mati di dalam air. RESPECT.
Kesesakkan di sini amat teruk sebab kereta-kereta yang lepas di lintasan air sebelum ini tidak berani meneruskan perjalanan merentas air di kawasan ini.
Namun penduduk kampung di Sempadan ini menyediakan lencungan masuk ke Taman Perwaja dan memberi peluang untuk kenderaan kecil menyemberang. Namun khabarnya sebelah petang semua kenderaan kecil tidak dibenarkan lalu kawasan ini.
Melepasi kawasan ini sekali lagi berdepan dengan Jem yang amat teruk. Seperti tadi juga kenderaan bergerak amat perlahan. Lebih banyak berhenti dari bergerak. Bayangkan ketika kenderaan bergerak dalam jem sempat masuk tandas di Masjid Geliga. Selepas menyelesaikan hajat buang isi perut, kenderaan masih lagi berada di sekitar kawasan masjid,
Kenderaan di parkin masjid seperti hari Jumaat yang penuh dengan kenderaan. Tangisan bayi dan bunyi bising kanak-kanak riuh. Semuanya adalah mangsa banjir yang tidak di dendangkan.
Mangsa Banjir yang tidak didendangkan terkandas hanya masjid tempat singgah dan tidak ada sebarang bantuan makanan dan minuman. Malangnya tak bawa kamera ke sini.
Baby yang menangis dan anak-anak kecil yang lapar dan ibubapa jugak lapar. Kedai berdekatan sudah habis barangan yang boleh di makan. Untung juga
Jem di sini memang amat teruk namun pandangan kita tidak putus-putus ke arah seluruh kawasan lembah di naiki air. Nampak jelas jalanraya Mak Lagam di Chukai dah jadi padang air. Pusat Service Produa ditenggelami air. Malahan seluruh kawasan kilang di sebelah kiri dari Kuantan di tenggelami air pada paras tempat duduk Case atau Buldozer yang tenggelam di situ. Telefon sudah kehabisan bateri dan tidak boleh ambil gambar lagi. Power Bank pun diguna oleh orang lain.
Ni di Kuantan ni (ambil kat FB) |
Ini bukan di Chukai (ambil dlm FB) |
Ketika melepasi Jambatan Geliga yang panjang nampak jelas dua buah stesen minyak yang dinaiki air 10% dan jalan sesak sehingga simpang dekat Tunas Manja. Membelok ke arah Kampung Dusun Nyior lalu ikut Jalan Jakar. Masuk ikut bandar Chukai. Ini sahaja laluan yang ada dan boleh dilalui. Waktu kami lalu Jambatan Limbong masih boleh dilalui dan air di sini juga sangat banyak.
Jambatan Limbong hala ke Pasar. Waktu kami lalu belum putus |
Berhenti di Masjid Besar Chukai jam sudah menunjukkan pukul 6.00 petang. Jamak Takhir. Kebetulan kawasan ini banyak kedai makan yang dibuka. Selepas jamu selera solat jamak pulak Magrib/Isyak.
Perjalanan dari sini ke Kuala Terengganu tidak ada masalah namun tidak boleh bergerak laju sebab jalan sesak dengan kenderaan sehinggalah Dungun barulah traffic seperti biasa.
Rumah sedara di Bukit Mentok Kemaman |
11.30 malam sampai ke Kuala Terengganu.
Rumah sahabat di Bukit mentok Kemaman |
"Allah akan memberi kenikmatan kepada hambanya bersama cabaran-cabaran..."
Musibah dasyat begini tiada siapa pun yang mengjangkanya..namun sebagai manusia kena redha ujian yang maha hebat ini...pasti sesuatu yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya...jadikan ianya suatu pengajaran bagi menghadapi hari2 mendatang
ReplyDelete